Saturday, August 27, 2011

Baru ku tahu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Alhamdulillah, selamat sampai Kuantan petang tadi. Perjalanan so far, ok. Cuma jam masa nak masuk daerah Pekan. Banyak giler kereta. Rupa-rupanya YAB PM kita nak beri zakat.. Patutlah.. Tapi sebanyak-banyak kereta tu, banyak juga yang accident. Minta dijauhkan... Jauh lagi perjalanan nak sampai ke Kelantan nih.

Oh ya, kat Kuantan kebetulan hotel yang kami check in tu dekat dengan Megamall, maka haruslah singgah ronda-ronda kejap kan... Ramainya orang... Sale pun banyak wo.. Tengok jam dah pukul 6. Adik pulak teringin sangat nak berbuka dengan burger McD. Maka kami pun teruslah ke McD kan... Sampai je.. uih dah panjang beratur. Biar betik? Tengah-tengah baratur tu sekali boleh terjumpa pulak dengan ex-student masa praktikum kan.. Alahai.. Berbuka McD jugak ke? Ramai rupanya yang berbuka dengan fast food ya. Jeling-jeling KFC, panjang jugak beratur. Dapat je order, terus balik hotel balik. Berbuka kat bilik je la hari ni.. Malam-malam sikit karang baru cari nasi. Lapar.

Esok, pagi-pagi nak gerak. Doakan kami selamat sampai ke destinasi.

6 comments:

::Cik Pija:: said...

mudah2an selamat sampai ke tempat yg dituju. selamat beraya :)

Kaki Wayang said...

Tadi baru je balik dari East Coast Mall dan Megamall hehehehe..kalau tau leh jumpe...

Nizam Ijam said...

oooo...org kuantan ker?

Alisya said...

@::Cik Pija:: terima kasih... selamat beraya juga.

Alisya said...

@Kaki Wayang ye ke..shopping raya ke?

Alisya said...

@Nizam Ijam lahir kt kuantan..tp sekarang menetap di johor~~