Wednesday, December 23, 2009

steam+boat=steamboat?

Apakah? Seperti yang kita tahu steam ialah wap air manakala boat pula ialah sejenis pengangkutan air. Tetapi jika dua perkataan ini dicantumkan maka jadilah ia perkataan steamboat. Lain pula maksudnya. Steamboat ialah sejenis makanan berupa makanan laut atau seafood mentah yang direbus di dalam periuk yang mempunyai lubang ditengah-tengahnya. Seafood ini direbus seberapa lama mengikut citarasa orang itu sendiri. Ada yang suka mentah, separuh masak, dan masak sepenuhnya. Makanan yang direbus tidak terhad kepada seafood sahaja malah boleh dipelbagaikan kepada sayur-sayuran, tauhu, soohon dan sebagainya. Selain itu, steamboat ini boleh juga dimakan bersama menu sampingan yang lain seperti ketam masak cili dan lain-lain. Kuah steamboat pula boleh dipilih mengikut citarasa samada mahukan sup ayam ataupun tomyam. Kepada yang sukakan makanan laut, steamboat mungkin merupakan makanan yang paling enak untuk dimakan tetapi kepada yang kurang menggemarinya, steamboat boleh jadi satu 'nightmare' kepada orang tersebut. Kenapa? Terdapat sesetengah orang yang alah kepada makanan laut. Jadi, berhati-hati ya. Kenapa aku cerita pasal steamboat? Sebab semalam ayah belanja kami makan steamboat =) P/S: Hm...bagi aku yang tidak biasa makan steamboat, agak kurang enak rasanya bila ia menuruni anak tekak aku ni. Jangan marah ha...

No comments: