Sunday, December 27, 2009

Santau vs Avatar

Dua hari berturut-turut tengok wayang! Tak pernah lagi aku buat sebelum ni. But I just did.

Santau--> Tak expect pun nak tengok so mind set aku takdelah set ke mode takut or seram. Neutral je. Masa tengok pun boleh cool lagi. Tak macam mase tengok Histeria dulu. Cuak. Tapi Santau, macam tak caya je aku boleh rilek. Cerita dia, O-K la...Maka disebabkan cerita tu, adik aku tak dapat tidur dua hari berturut-turut. And he is a guy! Pengajaran daripada cerita ni: Kawan masih boleh makan kawan walaupun kawan baik sendiri.

Avatar--> Pada mulanya aku tak berminat langsung nak tengok cerita tu. Orang Arab kata apa, takda 'zuk' nak tengok. Disebebkan tiket pun dah dibeli, maka dengan paksa relanya aku tengok la jugak. Tapi bila dah duduk tengok, ai macam best la pulak. Rasa nak jadi saintis jer. Berbaloi r tengok. Seronok je rasa. Apa yang aku dapat daripada cerita ni...semua makhluk ciptaan Allah mempunyai fungsinya yang tersendiri yang kadang-kadang kita tak sedar. Terdapat hikmah disebalik segala penciptaanNya. Hanya manusia yang kurang mahu bersyukur...

No comments: