Pejam celik pejam celik tahun 2009 sudah hampir melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar, usia juga semakin meningkat. Beberapa jam sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru iaitu tahun 2010.
Sepanjang tahun 2009 ini, banyak cubaan dan dugaan yang berlaku. Mane taknya, dua sem sudah berlalu iaitu sem 4 dan sem 5. Kepada kawan-kawan yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan lepas tu, aku ucapkan tahniah kepada kamu semua. Aku tumpang gembira dengan pencapaian yang cemerlang itu. Semoga sem 6 ni lebih cemerlang hendaknya.
Semester 6 sudah hampir seminggu kulalui. Melihatkan subjek yang diambil dan tugasan yang perlu diselesaikan pada semester ini, sedikit sebanyak aku berasa sedikit 'goyang' apatah lagi semester ini subjek-subjeknya agak 'berat'. Untuk subjek Ekologi sahaja sudah ada 3 kerja lapangan yang perlu dilakukan. Aku harap tiada perkara buruk yang berlaku sepanjang kerja lapangan tersebut dan semoga kami satu kumpulan dapat bekerjasama dengan baik. Kawan-kawan semua, doakanlah ye...
Bercakap tentang azam, hm...tak semua azamku tercapai untuk tahun 2009 ni. Walaubagaimana pun terdapat satu azam yang berjaya aku capai. Nak tahu apa dia? Biarlah rahsia...
Akhir sekali, disebalik kesedihan itu pasti ada kegembiraan sesudahnya...disebalik kepayahan itu pasti ada kesenangan sesudahnya dan disebalik kesempitan itu tentu sekali adanya kelapangan. Terpulang kepada pemikiran masing-masing. Dan aku harap semester 6 ini akan meninggalkan memori paling manis sepanjang pembelajaranku di UPSI ini. Insyaallah...
No comments:
Post a Comment