Monday, January 18, 2010

Ukhwah itu indah

Salam. Dalam satu minggu ni ada tiga aktiviti persatuan bahasa arab yang telah berlangsung iaitu minggu pengambilan ahli, ijtima' (perhimpunan) PBA dan hari keluarga PBA. Alhamdulillah, semua aktiviti boleh dikatakan berjaya. Walaupun terdapat sedikit kekurangan sana sini. Insyaallah, segala kekurangan tersebut akan diperbaiki pada masa hadapan. Uniknya PBA di sini kerana ia terbuka kepada semua jurusan walaupun tidak tahu berbahasa arab. Dengan aktiviti yang telah dijalankan, alhamdulillah, ia telah merapatkan lagi ukhwah antara ahli persatuan. Kalau sebelum ni, tak kenal, sekarang dah kenal dah. Kalau dulu malu malu nak tegur, tapi sekarang tidak lagi.

Bila masuk persatuan ni, banyak perkara yang aku belajar. Belajar memahami orang lain, belajar bertolak-ansur, belajar membuat keputusan, belajar untuk memberi arahan dan menerima arahan, belajar untuk bekerjasama dalam organisasi yang besar, belajar untuk menegur orang lain dan ditegur dan belajar untuk memahami diri sendiri. Kadang-kadang, rasa tak boleh nak buat sesuatu perkara tu, tapi sebenarnya kita boleh je buat. Yang penting percaya pada diri sendiri!

Antara gambar yang sempat diambil



 

P/S: Seronok sangat bila dapat berkumpul macam ni. Terima kasih semua :)

2 comments:

An-Nur Furqan said...

gamba kat blog tak leh tag yer..hehe..semoga kita mampu melakukan yang terbaik dengan taklifan kiter

ara said...

Kalau boleh tag, da lame da aku tag dayah...
Insyaallah...