Kena berdiri mase kelas petang tadi. Saje je. Malu saya. Tiga serangkai pulak tu (aku, dayah, aa). "Sudah ditakdirkan ", bak kata Dr Ong. Memang kantoi r tak study sebelum masuk kelas. Tiba-tiba Dr Ong nak tanya soalan pulak kan...nasib baik beliau tak buat pop-kuiz. Kalau tidak...jawabnya markah boleh masuk bawah tanah agaknya. Maka disebabkan itu, kami dikehendaki membuat presentation bagi kuliah yang seterusnya. Takpe la, bagus jugak sebenarnya macam tu. Tapi, minggu depan minggu midterm. Ditambah pula dengan pergi field trip minggu ni. Mampukah aku?? Bersedia jelah menjadi penderma darah yang berjaya kepada pacat-pacat di sana.
Kembali kepada kelas petang tadi. Apa yang aku dapat semasa kuliah petang tadi selain lecture ialah, untuk menjadi seorang guru,
- Bahasa badan sangat memainkan peranan penting. Sebab gaya/aksi guru itu akan membuatkan pelajar lebih mengingati apa yang diajar di dalam kelas.
- Mimek muka. Yang ni pun penting sebab ia akan mempengaruhi mood pelajar dan secara tak langsung pelajar akan ingat apa yang cikgu sampaikan.
- Cara penyampaian guru berkenaan. Yakin dan penuh bersahaja. "
Confident tu penting walaupun salah". - Jika hendak bertanya soalan kepada pelajar, tanya dulu soalan itu--beri masa kepada pelajar untuk berfikir--baru panggil pelajar jawab.
- Aktif. Dalam erti kata lain, bergerak dan tidak hanya statik berdiri dihadapan kelas sahaja. Penting untuk mengelakkan pelajar mengantuk sebab pelajar akan buat senaman mata dengan menggerakkan mata ke kiri dan kanan untuk melihat guru tersebut.
No comments:
Post a Comment