Wednesday, January 13, 2010

Kekalutan di pagi hari

Bermula sejak pagi Isnin. Bangun jam 0750 sedangkan ada lab pagi tu. Warghhhh!! Memang tidur mati tak sedar apa-apa. Kes tahu tutorial last minit la. Tidur lambat dan akibatnya lambat ke makmal. Mujurlah lecturer tak marah...dia tak perasan sebenarnya kitorang lambat. Kalau tidak...maunya tak kena marah. Then, masuk kelas petang (Genetik) juga terlambat sedikit, dan tiba-tiba terus presentation. Apakah? Rasa sangat 'down' selepas pembentangan itu. Sebenarnya. Moral of the story: Jangan tidur lambat sekiranya ada kelas pagi pada keesokan harinya.

Seterusnya pada keesokan hari pula, pagi-pagi lagi sudah mengangkat berat dan meng'interframe'kan diri di pintu masuk bitarasiswa. Yang tu kira xpe la sebab tanggungjawab kan. Jadi, aku terima seadanya. Ada lab lagi hari ini. Fisio pula. Apabila jam hampir 1030, aku dan fareha ke lab dengan senang hatinya. Tapi bila sampai je kat lab, tutor kami telah habis memberikan penerangan tentang lab pada pagi tersebut. Apa yang berlaku ni?? Minggu lepas kata jam 1030, tapi datang lab dah mula sejak 1000 lagi. Haila...Akibatnya, aku jadi 'blurr' tak tahu nak buat apa dah. Tapi  mujurlah petang tu aku rasa seronok blaja Fisio. Lecturer kami telah mengaplikasikan kaedah pembelajaran JIGSAW. Very interesting. Semua orang berpeluang menjadi 'guru' dalam masa yang singkat. Terima kasih Dr...

Dan hari ini, hari Rabu merupakan hari yang penuh dengan kuliah. 8jam. Bila dari pagi ada kelas, faham-faham jelah bila masuk kelas yang terakhir tu. Semua muka monyok dan berusaha untuk menahan kantuk yang amat sangat. Ada yang terlelap pun. Kuliah tamat jam 6 dan setelah itu kami beramai-ramai ke bilik pensyarah untuk melihat siapakah gerangan yang akan menjadi 'supervisor' kitorang untuk penyelidikan nanti. Siapa dia? Nanti aku kongsikan.

Akhir sekali, aku ingin memetik kata-kata pensyarah Ekologi aku. Katanya, menjadi seorang mahasiswa, tugas anda adalah belajar, belajar dan belajar. Jadi, nikmatilah tempoh tersebut sementara anda masih memilikinya. Lebih kurang macam tu la... :)


No comments: