Sunday, January 10, 2010

Alahai en siput dan cik kiambang


Sejak semalam usaha mencari siput giat dijalankan di sekitar KHAR dan KUO, namun hasilnya tidak seperti yang dijangkakan. Ku ingatkan banyak siput di sini...rupa-rupanya hanya beberapa ekor sahaja.

Misi mencari bersambung pula pada pagi tadi dengan harapan akan menemui banyak siput di dalam kawasan kelapa sawit. Namun lain yang dicari, lain pula yang dijumpa.

Oh, selepas itu kami berjalan pula menyusuri sungai di tepi kolej dengan harapan untuk menemui tumbuhan akuatik yang terapung di situ. Tiada juga. Hampa lagi.

Petang ini bercadang ke Proton City dan sungai Samak pula. Harap-harap ada sesuatu yang kami temui di sana. Teruskan berusaha. Fighting!

4 comments:

Dayang Bulat said...

wahai fara.. kenapekah cari siput?

Wardah alisya said...

untuk mini projek ekologi..ingat nak buat pasal populasi siput.hihi.. :)

Asrari said...

wah, exciting project! Try to give the best yea... Dr Husni ajar lg ke sem ni?

Wardah alisya said...

Aah..dr husni ajar...
Insyaallah,i'll give my very best!