Alhamdulillah, tercipta lagi sebuah kenangan manis selama dua hari satu malam di Ipoh, Perak. Field trip kali kedua ini bertempat di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Perjalanan ke Ipoh mengambil masa selama dua jam dari tg malim. Sampai je Gunung Lang, masing-masing dengan riak muka teruja dengan pemandangan yang sangat cantik. Untuk ke camp site, kami dikehendaki menaiki bot kerana kawasan rekreasi tersebut dikelilingi oleh tasik serta gunung batu kapur. Setibanya di camp site, seperti biasa iaitu aktiviti memasang khemah dan settle down barang masing-masing. Kali ni, kitorang dapat khemah yang special sedikit sebab boleh memuatkan sehingga 8 orang satu khemah. Juga terdapat satu ruang untuk beristirehat dan sembahyang. :)
Kumpulan kami mendapat tugasan tentang kepelbagaian serangga dan burung. Selepas taklimat daripada pensyarah, kami meneruskan aktiviti memasang jaring burung dan menangkap serangga. Untuk menangkap serangga, dua cara digunakan iaitu "pit-fall trap" dan menggunakan sweeper. Petang itu, saya dan asz berkejar-kejaran dengan pepatung di tengah padang yang panas. Last-last pepatung juga yang menang. Hasil tangkapan pada petang itu hanyalah kupu-kupu kecil, belalang, cengkerik dan pianggang.
Pada sebelah petangnya, hujan turun mencurah-curah ke bumi mengingatkan saya dengan field trip di Sungkai. Hujan turun dengan sangat lebat. Namun itu tidak mematahkan semangat Fadh, Aida, Mas, Dayah dan yang lain-lain untuk bersama-sama menyiang ayam untuk barbeku pada sebelah malamnya. Dalam hujan lebat kitorang buat kerja. Memang pengalaman yang tak akan dilupakan. Habis semua basah lencun. Sejuk usah cerita. Alhamdulillah, menjelang Isyak, hujan berhenti dan aktiviti diteruskan dengan persembahan daripada setiap kumpulan. Persembahan kumpulan Asyraf mendapat tempat pertama pada malam itu. Cerita tentang keluarga siamang. Best. Persembahan kumpulan lain juga tak kurang hebatnya. Kemudian aktiviti diteruskan dengan membakar ayam untuk barbeku. Jam 1 pagi, melelapkan mata.
Pagi Ahad, selepas bersarapan kami hanya memeriksa perangkap serangga dan melihat jaring. Tiada tangkapan bagi burung mungkin disebabkan oleh hujan lebat pada petang semalam. Untuk serangga pula, kami meneruskan pencarian sehingga jam 11. Teruja sangat bila dapat tangkap rama-rama dan pepatung. Alahai, macam budak kecil pula rasa. Tepat jam 11 kami berkumpul dan mengemas kembali tapak perkhemahan dan selepas makan tengahari, kami bertolak pulang ke tg malim.
p/s: Gambar terakhir ini daripada asz. Suka gambar ni :)
Kepada kumpulan satu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ijat, Kak Ecah, Asz, Izzati, Sue, Ct, Aini dan Fizah atas kerjasama daripada korang semua. Jumpa lagi.