Tuesday, November 16, 2010

Diet Rasulullah

1. Jenis makanan

Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tidak boleh makan dengan sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai-bagai penyakit antaranya kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan penyakit-penyakit lain. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakanannya.

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU (cthnya koktel)
2. Cara makan

a. Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
b. Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
c. Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
d. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Sumber: Berita Harian Online

No comments: