Wednesday, March 27, 2013

Wordless Wednesday #30 - Terapi pengubat duka

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dulu, inilah caranya untuk mengurangkan kesedihan, kemarahan dalam diri => entri ini
Tapi kini, melukis dan mewarna juga mampu mengurangkan sedikit sebanyak kesedihan, kecelaruan yang aku alami.


"La tahzan artinya jangan bersedih. Ingatlah Allah sentiasa bersama orang-orang yang sentiasa mengingati-Nya"

Lidah tidak bertulang

Assalamualaikum semua..
Ok dah lama gila aku tak update blog ni. Dah berhabuk bersawang bagai dah. Dan bertukar template lagi. Hm.. back to basic katanya...
Sekarang aku kat perodua tunggu servis kereta kesayangan aku tu. Ok, lagu dia pasang kat luar semua best2. Dan disebabkan influence lagu Aishah yang aku dengar tadi maka itulah tajuk post aku, lidah tak bertulang. Betul, lidah tu tak bertulang sebab tu kerana lidah berlaku pergaduhan, salah faham dan pertelingkahan.
Betullah peribahasa orang dulu2, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Jap2, apa kaitan santan dengan pulut eh? Ok... aku memang tak tau. Sebab tu sebelum mengeluarkan kata2 mesti kena fikir dulu. Hati orang kan... siapa yang tahu. Depan kita da tak tunjuk tapi siapa tahu dia mengamuk pulak kat twitter. Opss!
Kuasa yang ada pada kata2... ia boleh membina semangat orang dan juga boleh menjatuhkan orang lain. Kerana mungkin dengan kata2 kita tu ia akan memberi kesan seumur hidup pada seseorang. Lontarkan kata2 yang positif agar orang disekeliling kita mendapat manfaatnya.
Salam ceria.

Saturday, March 2, 2013

Bulan ditutup awan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Ada orang kata lagu ni slow, ada pulak yang kata dengar sampai mengantuk. Macam-macam. Tapi aku suka je lagu ni.. Lain orang lain kan halwa telinga dia. Tapi lagu ni memang first time aku dengar. Terus suka.
Tapi yang versi Yuna lah.

Lirik lagu Bulan Ditutup Awan

Wahai janji setia sudah diiucapkan
Aduh kata bersumpah telah kupadukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jika kau kutahu janjimu palsu
Tentu tidak kuturut sedari dahulu


Lirik lagu yang mudah, ringkas tapi puitis. Penuh makna...sempoi je Yuna nyanyi.