Thursday, June 20, 2013

Cuti berganti kerana jerebu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Apa khabar semua? Harap-harap korang semua masih lagi dalam keadaan yang sihat walaupun aku sekarang dah pedih-pedih mata dek kerana bau asap. Dalam keadaan cuaca sekarang, panas dan berjerebu aku harap korang jaga lah kesihatan tu ye. Kurangkan aktiviti di luar rumah dan banyakkan minum air masak. Mudah-mudahan dapat menjaga kesihatan kita dengan izin Allah..

Esok (21 Jun), sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang diarahkan ditutup (cuti berganti) berikutan IPU (Indeks pencemaran udara) Pasir Gudang berada di paras merbahaya. [Berita dari laman web PPD Pasir Gudang]. Setakat pukul 5 petang tadi, IPU di Pasir Gudang sudah mencapai 333. Ok, tu memang dah paras merbahaya tu. Eloklah tu. Masa dekat sekolah tadi pun sesetengah pelajar dan guru dah mula memakai topeng muka (mask) berikutan jerebu teruk. Ada juga pelajar yang pulang awal kerana sesak nafas. Jadi, cuti esok duduk dekat rumah aje lah ye.

haze

Gambar yang aku ambil pada jam 9.48 pagi tadi..selalunya, boleh nampak Austin Hills kat atas bukit tu. Hari ni, dah rasa macam jauh sangat dah. Jerebu.

So, selamat bercuti kepada yang berkenaan esok.
Jaga diri.
:)

No comments: