Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, matlamat Alisya ialah untuk pergi solat terawih sebanyak hari yang mungkin. Tahun-tahun sudah, awal-awal puasa je yang semangat. Hurm..tak baguslah begitu kan. Ni dah duduk kat rumah, rasanya haruslah selalu pergi terawih. 'Exercise' yang baik di bulan Ramadhan. Dan satu lagi, Alisya berazam untuk membaca kitab suci al-Quran sekurang-kurangnya satu muka setiap hari. Mudah-mudahan Alisya mampu melawan nafsu malas dalam diri Alisya ni. Haih, kalau rajin bukak blog, kitab suci pun harus rajin baca lor...Jangan fikir saham dunia je..saham akhirat pun kena jaga jugak Alisya!
Kenapa? Macam dalam entri Alisya yang ini, Alisya mengharapkan Ramadhan pada kali ini lebih bermakna dan 'terisi'. Mahu rebut banyak-banyak ganjaran yang percuma dari Tuhan. Alisya tidak mahu jadi seperti kata-kata yang terdapat dalam entri ini. Doakan Alisya berjaya!
Sekian.
No comments:
Post a Comment