Friday, August 21, 2009

Katak bawah tempurung

Salam Rutin pagi Jumaat. Hari Jumaat tiada kelas. So, biasanya pagi-pagi Jumaat ni aku akan online dan meng'update' apa yang patut. Setelah melihat blog teman-teman, terasa minda ini segar dengan pengisian-pengisian akal dan jiwa. Bermula dgn e-mail, pastu friendster (biasalah tu), kemudian blog-blog kengkawan dan seterusnya ke pautan-pautan yang dirasakan perlu. Tergerak hati nak kunjungi website sekolah lama...dan banyak sungguh perubahan yang berlaku. Sungguh aku terasa spt katak di bawah tempurung. Apa boleh buat, wireless = sekejap dapat sekejap tidak, assingment = banyak sangat, discussion = hampir setiap hari ada. So, berbalik pada website td. Bila surf tu, banyak la jugak tahu perkembangan kawan-kawan mase masih 'budak hingusan' dulu...dan bila bandingkan dulu dengan sekarang, banyak betul berubah. Masing-masing dengan gaya tersendiri, hidup sendiri...tapi, jauh di sudut hati, rasa macam sedih sebab ada member yang da ter'keluar' sedikit daripada landasan yang cuba diterapkan oleh ust2 mase sekolah dulu. Dan aku rasa bangga jugak kepada kawan-kawan yang aku tengok 'one step ahead' di universiti masing-masing...bila tengok dorang dan compare dengan diri sendiri, aku rasa rendah diri sangat. Tapi, masing-masing ada keupayaan sendiri kan? (nak sedapkan hati). Takpe la...jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk aku terus berjaya lagi...insya Allah...lastly, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan semoga kita mendapat maghfirah dan keberkatan daripada-Nya..ameen..

 

2 comments:

aahafiza said...

katak sekarang da pasang wireless kat dlm tempurung die..hihi

Wardah alisya said...

haha..sbb dlm tempurung la wireless tu sekejap O.K sekejap K.O