Saturday, May 11, 2013

Move on

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Perkataan "move on" lazimnya sinonim dengan seseorang yang baru putus cinta atau "break" atau "clash" atau apa-apa sahaja term yang boleh menerangkan tentang hubungan yang putus di tengah jalan. Tidak kisahlah atas sebab apa pun. Yang penting jika sebelumnya sehati sejiwa, ber"hubby" ber"baby" tapi setelah putus mungkin boleh jadi musuh seteru yang sangat-sangat dibenci. Kalau boleh sebut nama pun tak mahu.

Well, bagi yang sudah atau pernah melalui fasa "move on" ini, sudah semestinya ia suatu fasa yang perit di mana setiap hari-hari yang dilalui itu membuatkan engkau seolah-olah makan hati berulam jantung. Maksudnya berada dalam fasa kemurungan, sedih, rasa sunyi, dan sebagainya. Tapi tidaklah bagi yang lepas putus aje sudah ada pengganti. Mungkin tidak terasa sangat fasa move on tu.

Move on. Bergantung kepada diri engkau sendiri. Sejauh mana engkau kuat untuk menghadapi setiap hari itu tanpa ada lagi dia di sisi. Aku sendiri pernah berada dalam fasa ini. Jujur aku katakan aku sendiri ambil masa setahun untuk betul-betul move on selepas putus dahulu. (Sebab tu kita tak digalakkan untuk bercinta, couple sebelum kahwin. sebab ini lah) ok, aku tak nak ulas bab itu. Nama pun remaja kan...Dan kawan-kawan engkau akan nampak perubahan besar pada diri engkau. Aku sendiri, entah macam mana berat badan aku turun mendadak. Entah, diri sendiri tak sedar perubahan tu, sebab aku rasa aku makan macam biasa saja. Ha ha ha.

Fake smile. Pernah buat untuk bagitahu orang lain bahawa aku 'okey'. [credit]

Dalam move on ni, benda paling perit ialah menerima kenyataan bahawa segala rutin yang engkau dan dia selalu buat sudah tidak ada lagi. Jika masa dalam fasa bercinta itu, setiap pagi engkau akan wish good morning, sekarang setiap pagi handphone engkau jadi sepi. Tiada lagi tanya khabar, usik-mengusik, otp (on the phone), mesej bunga-bunga, keluar dating, semua tu terus lenyap. Dan pada masa itu engkau akan merasakan kejanggalan yang amat sangat. Dari situlah engkau akan mula teringat, terkenang dan mungkin menangis menyesali tindakan kau itu.

So, apa yang pernah aku buat ialah menerima hakikat bahawa dia tiada lagi di sisi. Menerima kenyataan yang dia bukan lagi milik kau. Menerima kenyataan yang engkau bukan lagi orang yang dia sayang (aku rasa, itulah paling susah sekali nak buat). Sekiranya engkau tidak dapat lakukan itu, engkau akan hidup dalam fasa penafian. Mulalah engkau stalk dia. Dan akhirnya engkau juga yang akan sedih. So, come on lah. Jangan buat macam tu ok. Ye, aku tahu susah...tapi usahalah.

Move on tu satu benda yang bagus. Yang akan buat engkau muhasabah balik segala tindakan engkau. Kalau sebelum ini engkau tinggalkan kawan-kawan demi kekasih, sekarang kawan adalah pendorong utama untuk kau move on. Keluarga juga. Dan yang paling penting, yang mengatur semua suratan takdir diri kau. Yang kat 'atas' sana tu. Bila move on, janganlah musnahkan diri sendiri ya. Ingat, mugkin bukan dia yang terbaik buat diri engkau, dan mungkin bukan engkau yang terbaik untuk dia. Kembali pada Tuhan. Insya Allah, kau akan berjaya move on dengan cemerlang.

entri lama: awal-awal move on dulu
sisi lain move on: moving on is not just for love (promote sikit)
sekian.

No comments: