Showing posts with label blog review. Show all posts
Showing posts with label blog review. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Ibu Berbicara VS Tyka Syazwani

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Apa khabar semua? Selamat hari Isnin. Bagi yang bekerja tu, ada monday blues tak? Hari ini juga merupakan hari pertama pelajar SPM naik kembali untuk sambung perjuangan mereka setelah seminggu bercuti. Semoga mereka dapat menjawab soalan dengan baik sekali. Yelah, dah recharge bateri seminggu kan...

Ops, sebelum terlupa. Kenapa tajuk entri aku hari ini Ibu Berbicara VS Tyka Syazwani? Sebelum tu, singgah blog Ibu Berbicara dulu..

Klik saya

Cantikkan header blog ibu. Jenguk-jenguk blog ibu, aku suka entri Kelasku, Rumahku. Wah, tak sangka ibu seorang guru juga.. mohon tunjuk ajar daripada ibu..hihi. Lihatlah pengorbanan seorang guru, mencantikkan kelas agar pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam suasana yang ceria, selesa dan kondusif. Dan kelas ibu sangat cantikkk :)

Yang kedua pula blog Tyka Syazwani.

Klik saya juga

Disebabkan tak boleh copy header tyka, kita buat manually je lah ye. *sorry tika
Ok, untuk pengetahuan semua, Tyka baru menyambut hari lahirnya baru-baru ni. Entri. Happy birthday :) Semoga sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Jangan lupa follow blog Ibu Berbicara dan Tyka Syazwani :)
Entri ini khas buat mereka kerana merupakan follower blog Wardah Alisya yang ke-999 dan 1000 :)
Thank you, thank you, thank you

Tuesday, December 20, 2011

Nombor bertuah II

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selepas nombor bertuah kali pertama di sini, kali ini aku nak kongsikan nombor bertuah yang kedua :)
Cantik nombor nya...


Kan? kan? kan?
Terima kasih kepada Nur Atiqah Ismail kerana sudi follow blog yang tak seberapa ni.
Tapi kan, bila klik profile takda link blog...nasib baik ada tinggal jejak dekat shoutbox...Rugi tau tak letak link blog...

Kalau nak kenal dengan Atiqah ni, jangan segan-segan klik banner blog beliau :)


#okbai
#Bisik-bisik: Masa sangat cemburu dengan aku...

Monday, September 26, 2011

Nombor bertuah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Baru habis tengok cerita my girlfriend is a gumiho...tu bi doo bi doo raf fa..ops! Termenyanyi pulak. Ok, cakap pasal nombor bertuah ni, aku tak pernah menang cabutan nombor bertuah. Mungkin aku tak cukup bertuah untuk menang kot? Takde rezeki lah....Apa aku melalut nih. Ok, sebenarnya aku nak share nombor-nombor yang bertuah kat blog aku nih. 

Yang pertama...drumrolls!!

Siapakah gadis itu? Klik banner yang cute di bawah untuk ke blog beliau.


Nombor bertuah yang kedua pula jatuh kepada


Harus juga terjah blog beliau. Klik saje banner di atas. Dan nombor bertuahnya ialah...


Nombor-nombor yang lain juga bertuah sebenarnya...kerana tanpa yang lain, tiadalah nombor bertuah seperti yang di atas. Cuma aku mahu kongsikan detik-detik nombor bertuah itu muncul. Terima kasih semua!

Oh, pencarian masih diteruskan...klik sini untuk bersama-sama aku mencari...

Wednesday, July 6, 2011

Awesome blog!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Kali ni Alisya nak kongsikan satu blog yang memang osm! (baca awesome). First time jumpa dulu, terus berkenan. Sebab blog ni memang osm lah. Tak caya tengok header dia...


Sangat osm kan? Oh..OSM itu juga bermaksud Owh So Muslim. Comel je cartoons dalam osm ni. Selain daripada kartun yang comel dan menarik, bahasa yang digunakan juga mudah di fahami. Sebab mereka gunakan simple English. Insya Allah boleh faham... Kanak-kanak pun mesti suka tengok kartun yang comel-comel plus mereka boleh belajar sekali ethics/adab-adab pergaulan, kisah Nabi Muhammad SAW dan macam-macam lagi dengan lebih mudah. 


Contohnya dalam table manners in Islam ini. Sebelum makan dan minum, ucapkan "Bismillah" dahulu..Simple words yet related image..kalau tak faham ayat pun boleh tengok gambar. Nak tahu apa lagi yang anda boleh perolehi di OSM?

Klik sini.
Sudah klik? you're AWESOME!