Showing posts with label blogosphere. Show all posts
Showing posts with label blogosphere. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

Segmen: Saya nak tambah followers

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dah lama sangat tak join segmen







klik banner untuk join

Bismillah..



sebenanrnya,dah lama tidak membuat segmen memandangkan segmen sebelum ini agak kurang mendapat sambutan.Namun aku harap kali ini dapat sambutan dan supporters dari rakan-rakan semua!

SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS

Tujuannya:adalah untuk menambahkan bilangan followers(rakan2 )dan meningkatkan traffic blog:)




untuk yang ingin join :


  1. follow blog JIAKREATIFELT ok

  2. add aku di google +

  3. Buat tajuk entry : SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS

  4. Tinggalkan link entry korang di kotak komen aku



  5. TARIKH TAMAT PADA 31 MEI 2013

    JOM JOIN SEMUA~!...^_______^








    **Wah..senang, mudah dan cepat. Copy code je terus dah siap entry aku.
    Thanks jiakreatifelt!


    Saturday, February 16, 2013

    Segmen: Jom jadi blogger pilihan wan 2013

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


    Follow blog: DONE
    Follow fanpage Corat coret kehidupanku : DONE
    Jemput follow fanpage Wardah Alisya juga. Thank you :)

    tag:
    ALIA AZ
    ALIA RIDZUAN

    *dua-dua nama alia lah.hehe

    Saturday, February 9, 2013

    Jom join bloglist JS 2013

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

    Bangun, bangun.
    Sempena perayaan Tahun Baru Cina ni seminggu dapat cuti.
    Hoyeah!! aku pulak terlebih gembira dari budak-budak. hehe.
    So, cuti-cuti ni haruslah join segmen kan.. bila lagi nak tambah kenalan blogger.
    Sesiapa yang berminat boleh join sekali. Klik saja pada banner
    Jangan malu jangan segan untuk klik


    Owh. Hampir terlupa. Dari negeri
    JOHOR

    ok, tarikh tutup segmen adalah pada 28.2.2013
    Bloglist JS akan bermula Mac hingga Disember 2013
    Terima kasih daun keladi :)

    Sunday, December 16, 2012

    Segmen Tambah Follower di Hujung Tahun

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

    Selamat pagi!
    Selamat berhujung minggu~

    hari ni nak join segmen oleh miss banu
    jom ramai-ramai meriahkan segmen beliau
    buat masa ni follower ada : 1019
    target : 1119

    hm..cantik nombor tu kan?.hehehe
    siapa yg beminat boleh join segmen ni. klik je banner comel tu. tamat pada 29-12-12
    selamat bersegmen :)

    Sunday, November 18, 2012

    SEGMEN: CARI FOLLOWERS NOVEMBER

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

    Dah lama tak bersegmen :)


    dan dah lama follow blog Bicara Hati Dot Blogspot :)


    siapa-siapa yang berminat nak join, sila klik banner ye.
    tamat: 20 nov 2012 (selasa)

    Monday, October 15, 2012

    Aku sudah tiada jiwa blogger kah?

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

    Apa khabar? Aku harap kalian sihat-sihat selalu. Aku sudah tiada jiwa blogger? Satu persoalan yang harus dijawab. Menjadi seorang blogger itu perlukan jiwakah? Menjadi seorang aku, setiap kali melihat dashboard, idea yang sebelumnya mencurah-curah hilang entah ke mana? Buktinya, blog aku berhabuk bersawang dan berdebu tanpa sebarang entri. Petanda apakah itu?

    Menjadi seorang blogger itu perlukan komitmen. Setuju? Kerana setiap blog itu pasti ada pembacanya tersendiri. Bila ada pembaca, haruslah ada entri-entri yang terkini. Betul tak? Blog aku ini entahkan ada pembaca ke tidak ya? Oh...jangan tertipu dengan bilangan follower itu. Kerana itu tidak mencerminkan bilangan trafik anda...

    Lalu mengapa tidak update? Jawapan cliche - tiada masa. Ya...kekangan masa membuatkan blog aku terbiar sepi tanpa entri. Terbiar tidak dijaga. Mengapa tidak schedule post sahaja? Entah...kerana aku tidak tahu penyakit apa yang menjangkiti diri aku kerana aku buntu, stuck tiap kali aku punya niat untuk update. Oleh itu, kepada kalian yang masih berjiwa blogger, teruskan menulis. Jangan jadi seperti aku...jiwanya ada, tapi komitmennya entah ke mana. Ikut sedap jari, sesedap rasa bila aku mahu menulis.

    Oh ya, hari ini merupakan kertas terakhir bagi calon-calon PMR yang tidak mengambil subjek Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Sudah "Merdeka" lah ya. Mesti seronok bukan main. Tapi harus diingat, dalam seronok-seronok tu, jangan tinggalkan buku terus ya. Anda masih ada 2 tahun lagi sebelum peperiksaan yang paling besar iaitu SPM. Tapi kalau nak release tension tu bolehlah...dipersilakan...
    Buat calon-calon yang akan mengambil peperiksaan hari esok, selamat maju jaya diucapkan. Jawablah sehabis baik agar mendapat keputusan yang cemerlang. Kelebihan pada diri anda kerana mengambil subjek lebih daripada orang lain. Aku juga begitu suatu masa dahulu :)

    Sebelum aku merapu entah apa-apa lagi, aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi singgah walau sekejap ke blog usang aku ini. Yang meninggalkan komen apatah lagi. Aku sangat-sangat menghargainya. Terima kasih.

    Sunday, May 13, 2012

    Mula-mula kenal blogger

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


    Masa tu tahun 2009, masih lagi dalam pengajian. Semester 6 kalau tak silap. Sebelum tu ada juga kawan-kawan yang sudah mempunyai blog, tapi tak takde inisiatif pun nak pergi tengok. Tapi, selepas mendapat tugasan dari pensyarah, pulak tu nak kena hantar melalui penulisan artikel di blog, masa tu barulah mula nak explore dunia blog ni. Terkial-kial jugalah masa tu.

    Masa tu design blog ke, follower ke, segmen ke semua tak ambil kisah.. yang penting tugasan siap dan dihantar sebelum tarikh akhir penghantaran. Tapi lepas tu, mula timbul minat nak tambah kawan-kawan blogger, rasa nak cantikkan blog sendiri..nak ada bloglist..bermula dari minat tu aku belajarlah serba sedikit pasal blog ni. Mula-mula tu macam pelik je nak join segmen dengan giveaway. Tapi dengan segmen, giveaway dan contest lah membolehkan kita mendapat kawan-kawan blogger yang baru.

    Gambar ada kaitan ke? sumber

    Sampai sekarang, aku masih lagi setia dengan blogspot ni. Walaupun dah tak sekerap dulu aku update tapi blog tetap di hati. Dan aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi jadi kawan-kawan aku dalam dunia maya ni. Apa yang baik dari blog aku ni, moga dapat dijadikan pengajaran dan yang buruk tu moga mendapat teguran untuk penambahbaikan...

    Tuesday, March 13, 2012

    Kritikan membina

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


    Sudah hampir sebulan berakhirnya segmen Ben Ashaari tanya kau berani kritik blog aku tak. Baru sekarang berkesempatan nak balas kritikan dan kunjungan. Terima kasih aku ucapkan kepada yang sudi memberi kritikan dan komen. Antara komen yang aku terima:
    better tukar font kat tajuk entri sebab susah nak baca
     wiget follower letak di sidebar
    kemaskan sidebar
    lebarkan sikit ukuran blog
    besarkan ruang entri
    Terima kasih..terima kasih.. So, dengan gigihnya aku dah tukar template semalam. Daripada tema pink dah jadi hitam putih. Aku guna template yang readymade sebab tak reti nak design sendiri. Harap-harapnya dapat memenuhi segala teguran di atas. Kalau ada yang terkurang lagi, jangan segan-segan tinggalkan komen ya. 

    Thursday, February 16, 2012

    BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


    Setelah sekian lama tak join segmen Ben Ashaari, hari ini dengan beraninya aku join segmen beliau.




    Kritik jangan tak kritik. Aku terima seadanya. Kalau berani, join sekali. Klik banner di atas.

    P/S: Terima kasih yang datang kritik!

    Monday, January 2, 2012

    Segmen | Qaseh ajak kenal kawan blogger

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


    Alhamdulillah, segmen pertama yang aku join dalam tahun baru.
    Cantik kan header ni..

    Sebenarnya bw dari blog HJ, nampak segmen ni. Nampak header cantik tu, terus je rasa nak join. Tentang aku? Takde yang menarik untuk dikongsikan. Tapi kalau nak tahu jugak sikit-sikit boleh je klik tab "About" kat atas tu. Kenapa aku berblog? Sebab orang lain ada blog...hihi..takdelah, aku buat blog ni pun sebab masa sem bape aku tak ingat, lecturer aku suruh hantar assignment menggunakan medium blog. So, dari situ aku mula berjinak-jinak dengan dunia blog ni...Best apa, ada blog. Dapat ramai kawan..kan?kan?

    Pasal blog Qaseh, aku sebenarnya baru je kenal blog beliau ni. Penulis novel? Waa...novel apa ye? Peminat novel ni....tapi aku memang berkenan dengan header blog Qaseh. 
    Conteng menconteng cinta dan Qaseh hanya untuk Illahi...
     Mendalam maksudnya....
    Ok, 5 blog yang aku suka lawat...Nombor tu bukan ranking ya..
    1. Belog UBi
    2. yoUnique
    3. Budak Lelaki Sebelah Pintu
    4. .blog ijat.
    5. cisdel.com

    Sape yang nak join, klik banner Qaseh ye. Ada hadiah..jeng-jeng-jeng...
    Tutup: 10 malam ini.

    Tuesday, December 20, 2011

    Nombor bertuah II

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


    Selepas nombor bertuah kali pertama di sini, kali ini aku nak kongsikan nombor bertuah yang kedua :)
    Cantik nombor nya...


    Kan? kan? kan?
    Terima kasih kepada Nur Atiqah Ismail kerana sudi follow blog yang tak seberapa ni.
    Tapi kan, bila klik profile takda link blog...nasib baik ada tinggal jejak dekat shoutbox...Rugi tau tak letak link blog...

    Kalau nak kenal dengan Atiqah ni, jangan segan-segan klik banner blog beliau :)


    #okbai
    #Bisik-bisik: Masa sangat cemburu dengan aku...

    Sunday, November 13, 2011

    HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


    Salam hujung minggu


    Link segmen, boleh klik banner


    Nama blogger: Wardah Alisya
    Nama blog: Wardah Alisya
    Mula blog: Julai 2009
    Target blog 2011: Update 1 entri 1 hari. Walaupun kadang-kadang tersasar, blog tak berupdate dua tiga hari. Target follower sebelum berakhir 2011 pula ialah seribu follower. Tercapai? Akan kutunggu hingga akhir tahun ini.

    Tutup sebelum 10 pagi

    #Bisik-bisik: Suka bebenor buat last-last minit ye...

    Saturday, November 12, 2011

    Ada yang rindu ke?

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


    Update kali ni nak menjawab tag daripada cik Zareliqa Afiqa :: Bila jejari bercherita. Dah lebih seminggu baru nak jawab. Jangan marah ha..Dua hari blog tak berupdate. Ada yang rindu ke??

    11 perkara tentang Wardah Alisya
    1. Wardah Alisya -- bukan nama sebenar
    2. Sudah tamat belajar
    3. Nak tahu lagi? Klik sini

    Soalan yang perlu dijawab daripada Afiqa:

    1. Berapa lama jadi blogger?
    Mula-mula jadi bloggr tahun 2009, bulan Julai.


    2. Umur?
    Saya calon SPM 2005
    (korang kira sendiri, boleh tak cam tu?)


    3. Dah ada boifren/girlfren?
    Errr...pass


    4. Apa yang menarik kat pasangan yang buat korang tak tido malam?
    Pass.


    5. Guna perfume? Perfume apa?
    PURE Perfume inspired by Paris Hilton


    6. Suka makan coklat?
    Suka je


    7. Jika korang kartun, kartun apa yang korang nak jadi?
    Doraemon - sebab boleh guna mesin cahaya masa


    8. Korang rasa daku seorang..?
    Peramah dan sweet


    9. Suka blog daku?
    Suka


    10. Pakai handphone apa?
    Nokia 7310 Supernova


    11. 10 tahun akan datang...anda seorang?
    Isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak soleh dan solehah.
    (boleh jawab camtu?)  

    Sekian. Tak tag siapa-siapa.

    #Baru lepas tengok AIM. Tahniah kepada pemenang...
    Greyson Chance? Confirm lepas ni ramai yang google + youtube pasal dia.

    Sunday, October 2, 2011

    Dapat doodle dan banner yang super comel

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


    Hai semua! Okey, terus cerita straight to the point. Nampak tak banner kat sidebar blog? Haa..hari ni aku happy sangat sebab aku dapat doodle dan banner yang super comel! Macam mana boleh dapat? Aku join giveaway ini. Dan rupa-rupanya aku antara salah seorang yang bertuah dapat doodle dan banner tu. Cuma aku je tak perasan yang aku menang sehinggalah cik Dil tinggalkan komen di shoutbox aku. Haha. Kalau naik keretapi ni, sah sah dah lama aku tertinggal. Memang masin mulut iPai.

    Yang ni pulak doodle mewakili Wardah Alisya. Cantikkan?
    Oh...sangat-sangat berterima kasih kepada Cik Dil; Blog kerana manisnya epal. Doodle-doodle yang cik Dil reka semuanya super comel dan cantik. Kalau yang belum kenal dengan cik Dil ni, sila terjah beliau sekarang.


    Lepas ni, bolehlah kita tukar-tukar banner ya?

    Friday, September 30, 2011

    Follow by email

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


    Dah ada bloglist baru.. cer tengok, cer tengok. Lepasni, bolehlah blogwalking selalu. Lepas dah siap update bloglist, tangan ni tiba-tiba gatal pulak p tekan "follow by email". Eh, tau-tau dah ada feed sendiri. Hadoi. Aku pun blur-blur ubi feed tu apa. Tapi yang aku faham, feed tu membolehkan kita membaca entri sesebuah blog tanpa perlu pergi ke blognya. Tapi kena subscribe dulu lah. Betul ke pemahaman aku ni?

    So, korang boleh la try follow by email pulak ye. Tu, yang dekat atas kotak chatbox strawberry tu. Kalau klik kat ikon feed sebelah kanan atas pun boleh jugak...


    Yang kiri tu untuk twitter. Kalau klik pun ok jugak. Sangat dialu-alukan...

    Monday, September 26, 2011

    Nombor bertuah

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


    Baru habis tengok cerita my girlfriend is a gumiho...tu bi doo bi doo raf fa..ops! Termenyanyi pulak. Ok, cakap pasal nombor bertuah ni, aku tak pernah menang cabutan nombor bertuah. Mungkin aku tak cukup bertuah untuk menang kot? Takde rezeki lah....Apa aku melalut nih. Ok, sebenarnya aku nak share nombor-nombor yang bertuah kat blog aku nih. 

    Yang pertama...drumrolls!!

    Siapakah gadis itu? Klik banner yang cute di bawah untuk ke blog beliau.


    Nombor bertuah yang kedua pula jatuh kepada


    Harus juga terjah blog beliau. Klik saje banner di atas. Dan nombor bertuahnya ialah...


    Nombor-nombor yang lain juga bertuah sebenarnya...kerana tanpa yang lain, tiadalah nombor bertuah seperti yang di atas. Cuma aku mahu kongsikan detik-detik nombor bertuah itu muncul. Terima kasih semua!

    Oh, pencarian masih diteruskan...klik sini untuk bersama-sama aku mencari...

    Friday, August 26, 2011

    Tak sama rupanya

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


    Aku baru perasan yang blog aku ni tak sama rupanya jika dibuka dengan browser yang berlainan. Alkesah pagi tadi aku tengok adik aku online menggunakan desktop rumah. Dia buka blog aku dan aku tengok eh..apsal lain rupanya nih? Browser yang digunakan ialah Internet Explore. Sila fokus pada anak panah berwarna merah.

    Paparan menggunakan Internet Explorer
    Gambar yang kedua pula menggunakan Google Chrome. 

    Paparan menggunakan Google Chrome
    Tulisan berbeza dan alignment "Wardah Alisya" juga tak sama. Mase edit blog ni, aku guna Google Chrome. Ingatkan samalah kan bila tengok guna browser lain. Rupa-rupanya tidak... Tak tahulah bagaimana rupa blog ni bila guna Mozilla pulak ya? Dulu pernah guna Mozilla, tapi sekarang setia pada yang satu. Chrome lagi best. 

    So, aku nak mintak maaf la ya kalau view blog aku tengok nama senget benget ka, tak center ka..sebab view yang terbaik menggunakan Google Chrome. Yes! Pengguna browser lain jangan marah eh....

    Monday, August 15, 2011

    Bila blog di 'unfollow'

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

    Lepas sahur tadi bukak dashboard jap..tengok komen..tengok follower..ehh..ada orang unfollow blog. Sentap ok. Terus takde mood dah. Aduyai...Rase baru je baca entri genkcorner; dugaan Ramadhan | follower hilang seorang. Alih-alih, blog sendiri pun sama da... Dugaan, dugaan...

    Isu follower ni kalau dibincangkan memang tak habis. Bukanlah nak kata kejar follower sangat, tapi tanpa follower, siapalah seorang blogger itu. Ibarat tulis diari baca sendiri. Tak berkembang. Dan tidak dinafikan bagi sesetengah blogger, bilangan follower menjadi pembakar semangat untuk terus menulis dan menulis. 

    Takpelah, pujuk diri sendiri. Agaknya dia dah sampai limit follow, jadi kena unfollow sesetengah blog.. Moral of the story, tak semua orang suka blog kita. Ada yang follow dengan ikhlas, ada yang follow untuk difollow balik.. Lepas ni kena upgrade lebih sikit dari segi entri. Kepada yang follow blog Wardah Alisya dan masih kekal hingga sekarang, saya ucapkan jutaan terima kasih atas kesetiaan anda. Tanpa anda, siapalah saya...

    Friday, August 5, 2011

    Header baru

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

    Apa khabar semua? Pejam celik pejam celik sudah masuk hari ke-5 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Oh, header itu sudah tukar la. Sebenarnya, Alisya tak terror pun buat header nih... Lepas sahur tadi, tangan gatal-gatal nak try buat. Itulah jadinya. Sebelum-sebelum ni Alisya guna header ini. Guna Shabby Blogs punya, tinggal letak gambar je.


    Lepastu Alisya join contest ini dan ehh..menang la..dapat 3 header..tapi alisya guna yang ini


    Terbaru, yang ada sekarang tu lah..So, Alisya nak tanyalah pendapat semua, header mana yang lebih elok?

    Tuesday, July 19, 2011

    Hizami, Nak Header Satu!

    Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

    Sape Hizami? Tetiba je kan. Kalau nak kenal sape dia, klik je Budaklelaki.com. Confirm lepas tu kenal. So, kenapa pulak sibuk-sibuk nak mintak header dengan dia? Sebab..dia nak bagi header FREE lah. As usual, siapa yang tak nak benda free? Ok, tengok banner ni


    Utusan kepada saudara Hizami,
    Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab saya memang 'fail' bab-bab header ni. Photoshop lagilah. Ke laut perginya. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih daun keladi.
     Tag: cikgufiq

    p/s: Hizami, selamat berkonvo~~~