Sunday, September 6, 2009

Teringin sangat...

salam. ha...ape yg korang teringin sgt nk mkn tp masih lg lom dpt mkn dlm bulan ramadhan ni? Macam aku, teringin sgt nk mkn mee bandung...wawawa...tp bukan made in tg malim la...rasa x sama...hm...cbe tgk gmbar kt bwh ni.
ade udang...ade daging...sedapnye...
pastu, teringin jgk nk mkn kek batik. yg kt KHAR tu kecik sgt...
ada x yg macam ni?hehe
Macam-macam. Takpe2, nt balik cuti raya ni, kalo sempat insya Allah aku buat...kecur liur tgk kek batik tu. Tapi, kalau sape yg mmg x suka coklat, mmg xde perasaan la tgk kek batik tu.adeyh...and lastly, cocktail buah (mesti yg sejuk, kalau x sejuk, x sedap)
Buah + nata de coco + susu cair
Ha...tetiba rasa lapar. Adeyh..tu la...pepg da post pasal makanan. Mane x lapar? Salah sendiri la tu...So, apa pulak yg korang nk sgt mkn?

Thursday, September 3, 2009

ramadhan dan september

...Ramadhan kembali lagi... ...Menggamit sebuah memori... ...Membawa seribu erti... ...Episod suka dan duka... ...Kini... ...Ku terus berdiri... ...Walau susah... ...Walau pedih... ...Walau payah... ...Ku gagahkan jua... ...Agar dapat ku tebus... ...Kelalaian masa lalu... Salam. Tiba-tiba je datang idea 'merapu' kat atas tu...Actually nak kongsikan kata-kata ni. Dipetik daripada sebuah buku ala-ala La Tahzan. Tapi buku ini khas untuk wanita sahaja. (^_^) "Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?" ...Jangan Bersedih: Jadilah Wanita yang Paling Bahagia... Sungguh, sebelum ni tak pernah dengar kata-kata tu...dan itulah apa yang aku buat for the past few years (sangat kasihan pada diri sendiri)...Tapi alhamdulillah, rutin kesedihan itu tidak lagi menjadi sebahagian dari hidupku kini. Kerana aku akhirnya sedar, walau sedih macam mana pun, tidak akan dapat mengembalikan apa yang telah kita buat pada masa lalu...So, lets us appreciate the present and think of the future.

Friday, August 21, 2009

Katak bawah tempurung

Salam Rutin pagi Jumaat. Hari Jumaat tiada kelas. So, biasanya pagi-pagi Jumaat ni aku akan online dan meng'update' apa yang patut. Setelah melihat blog teman-teman, terasa minda ini segar dengan pengisian-pengisian akal dan jiwa. Bermula dgn e-mail, pastu friendster (biasalah tu), kemudian blog-blog kengkawan dan seterusnya ke pautan-pautan yang dirasakan perlu. Tergerak hati nak kunjungi website sekolah lama...dan banyak sungguh perubahan yang berlaku. Sungguh aku terasa spt katak di bawah tempurung. Apa boleh buat, wireless = sekejap dapat sekejap tidak, assingment = banyak sangat, discussion = hampir setiap hari ada. So, berbalik pada website td. Bila surf tu, banyak la jugak tahu perkembangan kawan-kawan mase masih 'budak hingusan' dulu...dan bila bandingkan dulu dengan sekarang, banyak betul berubah. Masing-masing dengan gaya tersendiri, hidup sendiri...tapi, jauh di sudut hati, rasa macam sedih sebab ada member yang da ter'keluar' sedikit daripada landasan yang cuba diterapkan oleh ust2 mase sekolah dulu. Dan aku rasa bangga jugak kepada kawan-kawan yang aku tengok 'one step ahead' di universiti masing-masing...bila tengok dorang dan compare dengan diri sendiri, aku rasa rendah diri sangat. Tapi, masing-masing ada keupayaan sendiri kan? (nak sedapkan hati). Takpe la...jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk aku terus berjaya lagi...insya Allah...lastly, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan semoga kita mendapat maghfirah dan keberkatan daripada-Nya..ameen..