Salam Rutin pagi Jumaat. Hari Jumaat tiada kelas. So, biasanya pagi-pagi Jumaat ni aku akan online dan meng'update' apa yang patut. Setelah melihat blog teman-teman, terasa minda ini segar dengan pengisian-pengisian akal dan jiwa. Bermula dgn e-mail, pastu friendster (biasalah tu), kemudian blog-blog kengkawan dan seterusnya ke pautan-pautan yang dirasakan perlu. Tergerak hati nak kunjungi website sekolah lama...dan banyak sungguh perubahan yang berlaku. Sungguh aku terasa spt katak di bawah tempurung. Apa boleh buat, wireless = sekejap dapat sekejap tidak, assingment = banyak sangat, discussion = hampir setiap hari ada. So, berbalik pada website td. Bila surf tu, banyak la jugak tahu perkembangan kawan-kawan mase masih 'budak hingusan' dulu...dan bila bandingkan dulu dengan sekarang, banyak betul berubah. Masing-masing dengan gaya tersendiri, hidup sendiri...tapi, jauh di sudut hati, rasa macam sedih sebab ada member yang da ter'keluar' sedikit daripada landasan yang cuba diterapkan oleh ust2 mase sekolah dulu. Dan aku rasa bangga jugak kepada kawan-kawan yang aku tengok 'one step ahead' di universiti masing-masing...bila tengok dorang dan compare dengan diri sendiri, aku rasa rendah diri sangat. Tapi, masing-masing ada keupayaan sendiri kan? (nak sedapkan hati). Takpe la...jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk aku terus berjaya lagi...insya Allah...lastly, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan semoga kita mendapat maghfirah dan keberkatan daripada-Nya..ameen..
Friday, August 21, 2009
Sunday, August 16, 2009
mencari pelangi part 2
salam. mcm hambar je blog neh..hah ha..sbb xtw nk tulis pe..adeyh..so, setelah lama men'dormant'kn diri dan internet pon ok neh...dapat la diupdate kn blog ni....so, aku nak bercerita ttg ked's story..mula baca dlm bas ke kl, dr larkin tu..sampai ayer keroh abes da ked's story. Best. Hm...tp byk la jgk istilah yg tak faham memula. sbb watak utama dia budak skate. tp ak suke ayat ked yg satu ni...
"Relationship bagi aku ada satu ending je. Marriage. Aku tak nak bawak awek lawa seksi ke hulu ke hilir buat teman sosial macam dah kahwin, lepas tu nak kahwin nanti cari lain pulak. Aku nak wife aku nanti, yang tak pernah disentuh dipandang lelaki selain dari apa yang patut. Dan aku tak rasa patut untuk aku untuk buat macam tu pada mana-mana perempuan yang bakal jadi isteri orang jugak satu hari nanti", ked.
Bagusnye la kalo semua lelaki kat dunia ni fikir macam tu. So, xde la isu 'ringan2' kan mase couple. Xde la isu perempuan yg mengandung sebelum kahwin. Haila...Bagi aku, sangat kesian la kpd mereka yg dah buat apa yang tak perlu dibuat sebelum kahwin sbb nanti da x rasa nikmat perkahwinan tu...okey, semua manusia x perfect. aku pon dlu hanyut jgk...tp alhamdulillah, sebelum tenggelam tu, aku dapat timbul balik. Kire apa yg aku tulis ni cakap kat batang hidung sendiri jugak. Bila da banyak baca novel hlovate, sedikit sebanyak mind set tu mungkin dah ada influence dia la. tapi aku suka jer sebab dia tlh membuka minda aku ni tentang relationship ni. Tak semestinya bila in relationship kena jumpa selalu, kena sms selalu, kena call selalu, and so on la. Masa kawan tu, batas2 perlu dijaga. and kalau rasa dah suka sgt, jumpa parents bgtaw, end dgn marriage. Sbb byk jgk la cerita ak dgr yg kaple dgn org lain, kahwin dgn org lain. Bila fikir2 balik kn, mcm byk jer kredit yg dah dibazirkan, byk jer masa yg da dihabiskan, dan byk la jgk duit yg dah dilaburkan. Hm..kenapa jd mcm tu ye? fikir-fikirkanlah....
Wednesday, August 5, 2009
Terima kasih kawan-kawan!
Salam. Just drop by to say THANKS to my beloved friends: ::Nurfarahain bt. Md Sikin:: ::Illyasha Hazreny bt Zainudin:: As they were likely spent their precious time with me although in a just short period. May the ukhwah last forever ~ameen~
Monday, August 3, 2009
Mencari Pelangi
Salam to all.
Sempena cuti khas ni kan, banyak la jgk mase utk online. Jadi tangan tu mcm gatal2 je kn nk ke laman web JS. Wah..ada novel baru. Tak sia2 la Cik Agha bkak webpage JS tu. Hlovate pon ader. Suka2.. =)
Tajuknya: PeLangI
So...this is the trailer. (Hlovate)
KED’S STORY – HLOVATE
Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawal
a lady... a romeo... a skater...
Florida-Virginia ... Malaysia-USA
Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!
kalau nak diikutkan logik....
cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...
masuk akal ke?
* * * *
p/s: Mase pergi Harris hari Sabtu lps, buku ni xder lg. Sabar je la...xpe2, nt keluar lg. Ked's story belum pernah baca lg, even kt blog Hlovate. Harap2 yg ni pon best la mcm novel2 die yg dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)