Pejam celik pejam celik tahun 2009 sudah hampir melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar, usia juga semakin meningkat. Beberapa jam sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru iaitu tahun 2010.
Sepanjang tahun 2009 ini, banyak cubaan dan dugaan yang berlaku. Mane taknya, dua sem sudah berlalu iaitu sem 4 dan sem 5. Kepada kawan-kawan yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan lepas tu, aku ucapkan tahniah kepada kamu semua. Aku tumpang gembira dengan pencapaian yang cemerlang itu. Semoga sem 6 ni lebih cemerlang hendaknya.
Semester 6 sudah hampir seminggu kulalui. Melihatkan subjek yang diambil dan tugasan yang perlu diselesaikan pada semester ini, sedikit sebanyak aku berasa sedikit 'goyang' apatah lagi semester ini subjek-subjeknya agak 'berat'. Untuk subjek Ekologi sahaja sudah ada 3 kerja lapangan yang perlu dilakukan. Aku harap tiada perkara buruk yang berlaku sepanjang kerja lapangan tersebut dan semoga kami satu kumpulan dapat bekerjasama dengan baik. Kawan-kawan semua, doakanlah ye...
Bercakap tentang azam, hm...tak semua azamku tercapai untuk tahun 2009 ni. Walaubagaimana pun terdapat satu azam yang berjaya aku capai. Nak tahu apa dia? Biarlah rahsia...
Akhir sekali, disebalik kesedihan itu pasti ada kegembiraan sesudahnya...disebalik kepayahan itu pasti ada kesenangan sesudahnya dan disebalik kesempitan itu tentu sekali adanya kelapangan. Terpulang kepada pemikiran masing-masing. Dan aku harap semester 6 ini akan meninggalkan memori paling manis sepanjang pembelajaranku di UPSI ini. Insyaallah...
Thursday, December 31, 2009
Sunday, December 27, 2009
Santau vs Avatar
Dua hari berturut-turut tengok wayang! Tak pernah lagi aku buat sebelum ni. But I just did.
Santau--> Tak expect pun nak tengok so mind set aku takdelah set ke mode takut or seram. Neutral je. Masa tengok pun boleh cool lagi. Tak macam mase tengok Histeria dulu. Cuak. Tapi Santau, macam tak caya je aku boleh rilek. Cerita dia, O-K la...Maka disebabkan cerita tu, adik aku tak dapat tidur dua hari berturut-turut. And he is a guy! Pengajaran daripada cerita ni: Kawan masih boleh makan kawan walaupun kawan baik sendiri.
Santau--> Tak expect pun nak tengok so mind set aku takdelah set ke mode takut or seram. Neutral je. Masa tengok pun boleh cool lagi. Tak macam mase tengok Histeria dulu. Cuak. Tapi Santau, macam tak caya je aku boleh rilek. Cerita dia, O-K la...Maka disebabkan cerita tu, adik aku tak dapat tidur dua hari berturut-turut. And he is a guy! Pengajaran daripada cerita ni: Kawan masih boleh makan kawan walaupun kawan baik sendiri.
Avatar--> Pada mulanya aku tak berminat langsung nak tengok cerita tu. Orang Arab kata apa, takda 'zuk' nak tengok. Disebebkan tiket pun dah dibeli, maka dengan paksa relanya aku tengok la jugak. Tapi bila dah duduk tengok, ai macam best la pulak. Rasa nak jadi saintis jer. Berbaloi r tengok. Seronok je rasa. Apa yang aku dapat daripada cerita ni...semua makhluk ciptaan Allah mempunyai fungsinya yang tersendiri yang kadang-kadang kita tak sedar. Terdapat hikmah disebalik segala penciptaanNya. Hanya manusia yang kurang mahu bersyukur...
Wednesday, December 23, 2009
steam+boat=steamboat?
Apakah? Seperti yang kita tahu steam ialah wap air manakala boat pula ialah sejenis pengangkutan air. Tetapi jika dua perkataan ini dicantumkan maka jadilah ia perkataan steamboat. Lain pula maksudnya. Steamboat ialah sejenis makanan berupa makanan laut atau seafood mentah yang direbus di dalam periuk yang mempunyai lubang ditengah-tengahnya. Seafood ini direbus seberapa lama mengikut citarasa orang itu sendiri. Ada yang suka mentah, separuh masak, dan masak sepenuhnya. Makanan yang direbus tidak terhad kepada seafood sahaja malah boleh dipelbagaikan kepada sayur-sayuran, tauhu, soohon dan sebagainya. Selain itu, steamboat ini boleh juga dimakan bersama menu sampingan yang lain seperti ketam masak cili dan lain-lain. Kuah steamboat pula boleh dipilih mengikut citarasa samada mahukan sup ayam ataupun tomyam. Kepada yang sukakan makanan laut, steamboat mungkin merupakan makanan yang paling enak untuk dimakan tetapi kepada yang kurang menggemarinya, steamboat boleh jadi satu 'nightmare' kepada orang tersebut. Kenapa? Terdapat sesetengah orang yang alah kepada makanan laut. Jadi, berhati-hati ya. Kenapa aku cerita pasal steamboat? Sebab semalam ayah belanja kami makan steamboat =)
P/S: Hm...bagi aku yang tidak biasa makan steamboat, agak kurang enak rasanya bila ia menuruni anak tekak aku ni. Jangan marah ha...
Sunday, December 20, 2009
Aku dan Remaja
Remaja. Sangat sukar diduga. Waktu transisi daripada kanak-kanak kepada dewasa. Jika silap percaturan, mungkin akan membawa kepada penyesalan seumur hidup. Tetapi kepada insan yang mampu memanfaatkan zaman remajanya, sudah tentu banyak kenangan manis yang terlakar dalam hidupnya. Ok, sudah. Actually aku nak tanya korang. Pernah tak korang baca majalah Remaja? Aku mula mengenali majalah ni, masa aku tingkatan dua dulu...Sebelum ni aku tak tahu pun akan kewujudan majalah ni. Jadi, bila dibelek-belek, diselak-selak, banyak informasi baru yang membuatkan aku tertarik untuk membelinya. Paling banyak majalah ni aku beli masa dekat matrikulasi. Walaupun timetable 'packed' dengan segala kelas dan tutorial, aku rasa majalah ni mampu menghilangkan sedikit tekanan yang aku alami. Orang kata untuk 'light reading' la. Lagipun masa tu laptop pun belum ada. Jadi, xde lah nak online atau layan cerita-cerita korea. Bila sudah menjejakkan kaki di menara gading ni, aktiviti membeli majalah ini jadi semakin berkurang. Kenapa? Mungkin sebab dapat online twenty four seven kut. Aku agak terkejut jugak dengan koleksi majalah ni yang aku ada. Banyak juga bila dikumpul. Alamat penuhla kotak simpanan buku aku. Alright, aku rasa cukup setakat ini dahulu. Di luar angin bertiup sangat kencang seperti mau hujan. Minta diri dulu =)
Thursday, December 17, 2009
Salam Maal Hijrah
Salam.
Aku cuma mahu ucapkan,
Selamat Tahun Baru 1431H.
Semoga tahun baru ini membuka satu lembaran yang suci bersih
dan lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Monday, December 14, 2009
Derita merindu
Aku suka dengan lagu ini. Derita merindu. Lagu yang cukup mendalam maknanya. Credit to Ahli Fiqir =)
"Seandainya kau berada di depan mata Mudah untuk aku berkata-kata Supaya dapatku melihat seraut wajahmu Walaupun belum tentu kau mahu bertemu Apalagi memandangku Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan… Aku masih terkilan"Hmm...macam terkena batang hidung sendiri pula. Iyakah??
Catatan masa lalu
Entah sejak bila tabiat suka mencatat apa sahaja yang boleh dikira sebagai kenangan ini bermula. Kata orang menulis diari. Namun kebiasaan itu semakin berkurang di matrikulasi disebabkan oleh kekangan masa. Jika berkesempatan, aku suka membuat aktiviti 'gunting dan tampal' seperti di waktu tadika dahulu. Muka hadapan diari itu akan ku tampal dengan gambar daripada majalah. Biasanya Ujang atau Remaja yang menjadi mangsa. Dengan menulis, segala kesedihan dan kerisauan sedikit sebanyak akan hilang dari diriku ini. Aku juga dapat menilai kembali perjalanan hidupku pada hari tersebut. Antara muka hadapan diariku. Pada tahun 2006, 2007 dan 2008 ---covernya sahaja lah ye...
Sekarang? Masih lagi menulis. Tetapi di laman blog pula. =)
Friday, December 11, 2009
Jangan ganggu tidurku lagi!
Thursday, December 10, 2009
Masih belum mahu tidur
Haish! Sangat geram dengan blog ini. Kenapa sudah di-edit post nya tidak mau tukar? Haila. Geram. Sangat. Sekarang udah lewat malam. Tinggal saya seorang saja yang belum tidur..Mula lah nak merapu di tengah-tengah malam begini. Tak tahu mengapa, tergerak hati nak cari balik kengkawan masa sekolah rendah dahulu. Sejak pindah rumah, da 'lost contact' dengan dorang...Cari dekat facebook. Ada yang jumpa. Da kerja pun dorang. Ada yang da kahwin pun. Aku jer yang masih berjuang di medan ilmu. Takpe, takpe. Bersabarlah...Tiba-tiba rasa pedih pulak mata ni. Tu tandanya, mata ni minta berehat cik agha oi. Faham-faham je la. Hoho. Ok la. Rasanya aku patut tidur sekarang. Sign out. Turn off pc.
Gudnights~
Tuesday, December 8, 2009
Jauh perjalanan luas pemandangan
2 Disember 09
- Pulang ke kampung, bertolak pada jam 1030 pagi. - Sampai di Terengganu, perjalanan tidak dapat diteruskan kerana hujan yang sangat lebat ditambah dengan jalan yang pecah-pecah serta berlubang-lubang. - Maka kami bermalam di Batu Buruk, Terengganu.
3 Disember 09
- Perjalanan diteruskan - Alhamdulillah, kami sampai di kampung halaman pada waktu petang - Hujan lebat - Air banjir sudah sampai dalam kebun getah di hadapan rumah
4 Disember 09
- Melawat pakcik di Hospital Perdana. - Ziarah makcik di Machang.
5 Disember 09
- Balik ke Johor Bahru. - Di Terengganu, singgah di pantai Teluk Mak Nik. Makan satar dan otak-otak. - Tidur di Kuantan semalaman.
6 Disember 09
- Perjalanan diteruskan. - Singgah di Tanjung Leman, Mersing. - Sampai di Johor Bahru jam 5 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)