Wednesday, February 29, 2012

Sekali dalam 4 tahun

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Masa buat buku rekod petang tadi baru perasan, eh, hari ni 29 feb rupanya. Besok dah 1 Mac...cepatnya masa berlalu. Macam air. Buat sesiapa yang menyabut hari lahir pada hari ini, selamat hari lahir. Empat tahun sekali tu baru baru boleh wish happy birthday. Kalau umur panjang, kita akan jumpa lagi 29 feb empat tahun dari sekarang.

So, hari ni, hari yang lebih penat dari biasa. Mungkin sebab kerja lebih masa. Tapi confirm, kejap lagi mesti susah nak tidur. Otak tu ligat berfikir. Selalunya macam tu lah.Tahu-tahu je dah pagi. Sambung lagi rutin harian macam biasa. Semoga esok akan lebih produktif dari hari ini.

Sedap pulak aku tengok ceri ni
eh? link

Sunday, February 26, 2012

Asyik novel je

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Rasa janggal pula bila lama dah tak menulis. Aku tak ke mana pun. Cuma rutin harian yang sibuk menyebabkan aku tidak sempat untuk menulis. Bagi pelajar IPT, mesti ramai yang sudah gunakan vaucer buku tu kan. Jadi disebabkan adik aku dah tak tahu nak beli apa lagi dengan vaucer tu, maka aku dengan senang hatinya memberi cadangan untuk beli apa. 

Ha..sudah semestinya novel! Aih, novel lagi? Daripada burn vaucer tu, baik beli sesuatu kan? Jom tengok novel apa yang aku beli.


Siapa yang pernah baca dua-dua novel di atas? Kongsilah sikit preview...korang, beli apa?

Thursday, February 16, 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Setelah sekian lama tak join segmen Ben Ashaari, hari ini dengan beraninya aku join segmen beliau.




Kritik jangan tak kritik. Aku terima seadanya. Kalau berani, join sekali. Klik banner di atas.

P/S: Terima kasih yang datang kritik!

Monday, February 13, 2012

Demam Vanila Coklat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Apa khabar semua...lama blog tak berupdate. Alasan tipikal...sibuk...hehe..tapi memang sibuk tau..
dalam sibuk-sibuk tu, sempat jugaklah aku tengok drama vanila coklat.
Mula-mula aku tak tengok pun, tapi kalau dah hari-hari orang kiri kanan asyik cakap pasal vanila coklat je, mau aku tak curious nak tahu..

Bila dah tertengok tu...haaaa..kan dah tak boleh stop.
Baru habis tengok sampai episod 6. tengok online.

Asyik gaduh je kan Amir dengan Zara ni. Ada je yang tak kena. Lama-lama nanti suka lah tu...Parents dorang pun sempoi je..

So, kepada peminat-peminat vanila coklat jangan lupa esok jam 9 malam.

Wednesday, February 8, 2012

Kembali bertugas

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Huargh, setelah 4 hari bercuti tidak termasuk Jumaat, hari ini aku kembali bertugas. Rasanya orang lain pun sama macam aku kan? Harap-harapnya kita dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Dah lama tak berdiri lama-lama, lenguh pulak kaki aku ni...penat...

Tapi dalam banyak-banyak penat, 'penat otak' la yang aku rasa paaaaaling penat sekali...hurm...kalau boleh rehat macam ni kan best..

credit

selamat bertugas semua.

Saturday, February 4, 2012

Entri tak bertajuk 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


credit

Mari kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW
Salam maulidur rasul

Thursday, February 2, 2012

Begitukah anda?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera



Monday blues di hari Isnin
Tapi tak sabar nak hari Jumaat
sebab cuti di Sabtu dan Ahad
;p