Monday, October 19, 2009

Rawatan islam

Semalam, diadakan sesi rawatan Islam di KHAR. Terdetik di hati, nak pergi ke? Pagi-pagi lagi hati rasa berdebar. Hati berbolak-balik antara nak pergi dengan xnak. Malamnya lagi aku sudah bertanya room-mate samada dia mahu pergi atau tidak. Dia juga sepertiku. Berbelah bagi. Katanya, jika aku nak pergi, ajak dia. Maka selepas balik dari midterm Kimia, aku ajak roomate ku itu untuk pergi. Hati berdebar-debar. Jam 2 kami turun ke surau KHAR. Setelah menunggu beberapa ketika, kami masuk ke dalam surau dan sesi rawatan dimulakan. Ustaz yang memberi rawatan adalah dari Pusat Rawatan Islam Darussalam. Alhamdulillah, debar di dada ini reda kerana tiada apa-apa masalah. =) Seterusnya ustaz itu memberi beberapa petua untuk mengelakkan gangguan2 ini. Antaranya ialah dalaman kita mesti kuat. Banyakkan membaca al-Quran kerana makhluk itu tidak tahan berada dalam badan orang yg sentiasa membaca Quran kerana mereka akan berasa panas. Selain itu, sebelum tidur paling kurang amalkan membaca al-fatihah, ayatul kursi dan tiga Qul. Seelok-eloknya amalkan selama 40 hari sebelum amalan-amalan itu menjadi sebati dengan diri kita. Banyak lagi sebenarnya amalan yang boleh kita amalkan. Selesai sesi soal jawab dgn ustaz, kami naik ke rumah masing2.... p/s: Berkongsi pengalaman =)

2 comments:

PUAN PIA said...

takut nk g rawatan islam tu..huhu

Sem lepas, wt kt bilik gapura..

Ramai jgk yg kena ala2 histeria..

huhu

Wardah alisya said...

sama la. sy pon takut jgk mula-mula. Berdebar tu jgn nk kata la. Sem lps, sy pergi jgk. tp masa tu wat kt surau...

p/s: sofia, boleh x sertakan links @ blog address? boleh sy follow balik =)