Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Bermulanya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Bulan Oktober dibuka dengan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bermula pada hari ini, 02/10/2013 dan akan berakhir pada 09/10/2013. Tentunya pelajar-pelajar tidak kurang guru-guru juga merasai debaran peperiksaan ini. Tahun terakhir kan...

Semalam, pelajar-pelajar aku datang mohon restu, minta maaf dan sebagainya. Jelas aku lihat ada sedikit gentar dalam hati mereka. Ya, aku juga turut merasainya. Walaupun aku tidak lagi mengajar mereka pada tahun ini. Jadi aku nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar tingkatan 3 batch 98 khasnya. Ingat, segala USAHA, penat belajar, bangun malam, tusyen, group discussion dan sebagainya akan terbayar dengan kejayaan. Insya Allah..

Tapi, ia mestilah diiringi dengan
DOA + TAWAKKAL

Sedikit tips:

1. Sebelum tidur pastikan slip peperiksaan, kad pengenalan dan alat tulis yang berkaitan sudah dimasukkan ke dalam beg. Kalau ada kertas matematik, jangan lupa kalkulator, protraktor dan jangka lukis (compasses)

2. Pastikan baju sekolah telah digosok supaya tidak kelam kabut sekiranya terbangun lewat

3. Tidur awal supaya dapat keesokannya otak dalam keadaan fresh.

4. Semak jadual supaya anda betul-betul tahu subjek apa yang akan dijawab keesokan harinya

5. Sebelum ke sekolah, alas perut dengan sedikit makanan. Susu, roti, biskut dan sebagainya.

6. Salam tangan ibu bapa dan mohon mereka doakan agar dapat menjawab soalan dengan tenang

7. Selepas tamat kertas peperiksaan, JANGAN sesekali berbincang atau mencari jawapan. Ini untuk mengelakkan daripada emosi terganggu untuk kertas seterusnya.

8. Dan yang terakhir, setelah tamat peperiksaan, bertawakkallah dan mohon doa tanpa henti agar dipermudahkan pemeriksa yang akan menanda kertas kita tu nanti..

Usaha sudah, doa sudah, kini tinggal anda untuk buat yang terbaik, berikan yang terbaik, muntahkan segala tips-tips dan apa yang telah dipelajari di atas kertas nanti..

SELAMAT BERJAYA.

Tuesday, November 8, 2011

Kejadian ragut di sebelah rumah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Mulakan hari anda dengan bismillah. Alkisah, pagi-pagi lagi secara tidak sengaja telah menyaksikan satu kejadian ragut di sebelah rumah. Tengah-tengah bersiap-siap nak pergi kerja, tiba-tiba terdengar seorang perempuan menjerit. Kebetulan tingkap bilik aku mengadap rumah jiran tersebut. Kelihatan seorang perempuan sedang cuba untuk menyelamatkan begnya dari diragut oleh dua buah motor namun cubaannya hanya sia-sia. 

Kejadian berlaku kurang dari tiga minit. Aku yang tertengok pun tak sempat nak buat apa-apa. Kesian perempuan tu. Pagi-pagi nak pergi kerja dah kena ragut. Tu depan rumah tu. 

Tips buat para gadis dan wanita, 
  • Simpanlah dompet dan handphone anda bukan di dalam handbag. 
  • Sekiranya anda hendak ke kereta, ambil siap-siap kunci anda. Jangan sampai kat kereta baru nak cari kunci.
  • Masuk je dalam kereta, terus lock pintu walaupun anda belum start enjin kereta.
  • Jangan letak handbag di atas kerusi penumpang. Seelok-eloknya letak di dalam boot kereta atau di bahagian letak kaki penumpang hadapan.
*Malang tidak berbau. Kalau nak jadi, depan rumah pun boleh.

p.s: Minta dijauhkan segala kejadian yang tidak elok....