Monday, July 18, 2011

Sanggupkah anda untuk menderma organ?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Masa Alisya online facebook, ternampak satu caption gambar "akhirnya tercapai nak hantar borang ni". Uish, rasa ingin tahu tu tinggi je. Maka dengan satu klik, terjawablah persoalan yang bermain di dalam kepala. 
National organ donor registration form
Dan antara soalan yang perlu dijawab ialah



Gulp. Telan air liur. Dan seorang sahabat tersebut telah tick pilihan jawapan A. Bagusnya. Banyak kali Alisya tanya pada diri, bersediakah untuk menderma organ? Hati mengatakan masih belum mampu...Di sini Alisya kongsikan sekali hukum bagi menderma organ ini.


[copy paste dari zaharuddin.net]


Bagi menjawab persaoaln berkaitan pemidahan organ, berikut disertakan ringkasan Fatwa Majlis Majma Fiqh terhadap isu derma dan pemindahan organ : 

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga. 
Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-
i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.
ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.
b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.
Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-
i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.
c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata
Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.
d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
Hukumnya : HARAM
e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersgt diperlukan.

f) Memindahkan anggota mayat kepada seorang yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

g) Memindahkan organ binatang kepada manusia
Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya
Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.

Semoga bermanfaat.

13 comments:

Izzati Liyana Sabri said...

err..cuak jeh. tak kot. :S

Unknown said...

err.. tak pernah terfikir... takot. huhu

Unknown said...

nice entry..
rsanya 1st time jumpa org cite pasal pendermaan organ dlm blog..
tahniah :)

myra yusreena said...

mcm best. sebab nanti kire cam part of us still ade kat atas dunie ney..tp takut jugak..hihi

Munn Jaafar said...

ntah le...tak terfikir pun lg.... =(

Norhalizah Mohamed said...

nice info.

Wardah alisya said...

@.izzati liyana. rasa takut tu ada kan?

Wardah alisya said...

@Minah Blur alisya pun tak pernah terfikir sebelum ni..hurm

Wardah alisya said...

@Cikgu Fikri entri ini tak seberapa...cuma dapat ilham di facebook..papepun trm kasih atas kata-kata perangsang.

Wardah alisya said...

@myra yusreena aah eh..tak pernah pulak terfikir camtu..pilihan di tangan anda~

Wardah alisya said...

@Munna takpe, sama-sama kita fikirkan..

Wardah alisya said...

@NorHalizah thank you :)

Wardah alisya said...

@armouris terima kasih share info berguna~