Saturday, December 31, 2011

Penghujung 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Nama saya Lulu. Saya tidak mahu toleh kebelakang lagi
Eh, esok dah 1 Januari 2012. Tak sedar masa begitu cepat meninggalkan kita. Sungguh. Melihat kembali ke belakang, banyak kenangan pahit manis yang kulalui. Aku tidak mahu cerita itu. Banyak yang sudah aku kongsikan, banyak juga yang aku sembunyikan. Aku cuma berharap yang baik-baik sahaja untuk 2012.

Buat semua, selamat tahun baru buat kalian. Mudah-mudahan tahun 2012 menjanjikan kejayaan yang sukses buat anda semua...

p/s: Bertambah 1 angka lagi pada umurku...

Dah jumpa pengganti shoutmix

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Kepada yang guna shoutmix tu, rasanya semua dah tahu yang mulai 2012, shoutmix tidak lagi memberikan servis percuma. Disebabkan itu, blog aku ni dah pun bertukar kepada shoutbox baru...

iShoutbox

Apa yang aku suka dengan iShoutbox ni, kita boleh tahu berapa orang tengah online. Tak payah susah-susah nak buat secara manual. Lepastu, ada features smilies dan USBC. Eh, shoutmix pun ada smilies apa... 
Ya betul, tapi iShoutbox sediakan kod untuk smilies tu sendiri.


Lagi...iShoutbox ada USBC. Kod untuk decorate font.

So, siapa-siapa yang masih mencari-cari shoutbox baru, bolehlah cuba iShoutbox ni. Link iShoutbox boleh klik sini.

Wednesday, December 28, 2011

Top 5 hits penulis novel Jemari Seni

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Ehem-ehem, yang pertama siapa lagi kalau bukan
HLOVATE


Aku tak tahu kenapa, sejak mula-mula aku terjumpa novel Hlovate, 5 Tahun 5 Bulan terus aku follow novel-novel dari beliau. Memang sempoi habis. Walaupun ada sesetengah orang yang tidak berapa senang dengan penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dalam satu novel, tapi aku tetap suka baca novel beliau. Aku suka dengan cara Hlovate sampaikan mesej-mesej Islam. Sekarang dah ada 8 novel dari Hlovate. Yang terbaru Contengan Jalanan. Novel favourite aku: aA+bB :)

Tempat kedua
NASZ

Hurm...aku rasa macam tak pernah lagi baca novel-novel beliau. Cari-cari kat google, Nasz popular dengan novel Sweet Sour.

Tempat ketiga
SYUD

First time aku baca novel Syud, tajuk dia Tentang Dhiya. Pun sempoi jugak. Lagi novel Syud yang aku baca, Baju Melayu Hijau Serindit. Memang macam magnet novel tu. Mungkin sebab warna hijau tu striking, memang aku tertanya-tanya la pasal apa cerita ni. 
Memang tak rugi aku baca novel ni. Kelakar.

Tempat keempat
IKA MADERA

Yang ni aku tak dapat nak cerita panjang, sebab aku memang tak pernah baca novel beliau. Mungkin lepasni boleh try baca...hurm...

Tempat kelima
RNYSA

First time dengar nama RNYSA, sebab baca 5 Tahun 5 Bulan - Hlovate. Habis je 5T5B memang aku cari novel Rnysa. RADHA - Relevankah aku di hatimu? Masa tu tersangatlah 'curious' nak tahu jalan cerita novel ni. Cover pun sweet je kan...pink macam blog aku ni.

Kepada kaki novel, ada nak suggest novel best tak?

p/s: Hlovate, bila nak publish novel lagi.....waiting~~~
credit gambar: google dan jemariseni.com

Tuesday, December 27, 2011

Gambar | Pemandangan hujan dari atas langit

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Dua tiga minggu ni boleh dikatakan hujan je kan...tapi hari ni alhamdulillah, langit cerah...tapi berangin. Kuat. Pernah tengok bagaimana hujan dari atas langit?

image via
Besar sungguh kuasa Tuhan kan? Sebab tu kadang-kadang, kat rumah hujan bukan main lebat lagi. Sampai bandar, aik, kering? tak hujan pun...

p/s: Tak pernah main hujan...hurm~

Monday, December 26, 2011

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Peluang terbuka kepada sesiapa yang nak tambah trafik dan blogwalking! Jom join segmen oleh mialiana.com.

Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011

Tapi....harus ada shoutbox dan selalu update blog. Mudah je kan?

Sunday, December 25, 2011

Pagi-pagi orang nak sembahyang subuh, tapi kau...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selamat pagi semua. Pagi subuh-subuh lagi aku dah terjaga sebab bunyi bising orang menjerit. Selepas kejadian ini, sekali lagi aku menyaksikan kejadian yang sama berulang di kejiranan aku.

Mangsa: Aku tak pasti sama ada tuan rumah atau kenalan tuan rumah yang buat majlis sambut Krismas.

Selepas jeritan itu, aku hanya nampak sebuah motosikal memecut laju meninggalkan kawasan perumahan kami. Pagi-pagi buta dah buat kerja tak elok. Aku simpati pada mangsa. Ye la, orang nak seronok-seronok sambut perayaan, tiba-tiba berlaku kejadian macam ni kan...silap-silap haribulan boleh trauma...

Aku harap mereka yang buat berkenaan akan mendapat pembalasan setimpal, kalau tidak atas dunia..kat akhirat sana..

p/s: Semakin takut nak pakai handbag.

Saturday, December 24, 2011

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST

Salam and greetings to all.

photo via

The first thing I will do with the Digi iPhone 4S is I will take a photo with a caption "My first day ever with iPhone 4S". Hahaha. Then, I want to explore the photo editing application and make some touch up with the photo. 

photo via
Finish with the photo, then I wanna try the Siri application. I wonder whose voice behind Siri? Hmmm.... I wanna ask Siri send text message, ask Siri to remind me of something, I just want to ask Siri many questions!

Then, I will explore the internet application. Update the facebook status and blog the new entry. Ahh..just sooo many things I want to do with the iPhone 4S. For more details about the iPhone 4S, click here.


Thanks Digi!

DiGi iPhone 4SURE 4 ME

Salam and greetings to all bloggers.

I think most of you already knows that iPhone 4S has been launched in Malaysia few weeks ago. Come out with two colours, black and white iPhone 4S is surely the most-wanted-smartphone these days. Thanks to Nuffnang and Digi as they are generously giving away one iPhone 4S to a lucky nuffnanger.

Here are the reasons why I want the iPhone 4S.
First - iPhone 4S comes with the intelligent and close assistant which will help you with all your questions and needs. Sounds exciting? Let me tell you, the first time I heard about it, I simply excited about this feature. Presenting to you, Siri. 
It's a whole new way interacting with your iPhone using just your voice - Scott Forstall, Senior Vice President iOS software



It's amazing right? I wish we can use this feature. Like what Scott said, Siri is an amazing assistant which listens to you, understands you, answer your question and can even accomplish task for you.

2nd - The iPhone 4S also has the 8-megapixel camera, auto focus, tab to focus and face detection in still images. When you capture the images, you can get the sharper photos with more detail and more accurate colour.
When you see the quality of the photos u get from this camera, it's hard to believe it came from a mobile phone - Bob Mansfield, Senior Vice President Hardware
I love to record video. The good news is this iPhone 4S has HD video recording which is up to 30 frames per second with audio. The best part is, it also has the video stabilization which will stabilize our recording.  Thats why I want this iPhone 4S the most.

3rd - I want to use this iPhone 4S for online application such as Facebook, Twitter, and Blog anytime anywhere as long as there are wireless connection.  And the most important part is, the iPhone 4S is designed with these features to reduce the environmental impact:
- Mercury-free LED-backlit display
- Arsenic-free display glass
- PVC free
- More info



For more details about the specification of the iPhone 4S, click here. I do wish that I'm the lucky nuffnanger.

Tuesday, December 20, 2011

Nombor bertuah II

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selepas nombor bertuah kali pertama di sini, kali ini aku nak kongsikan nombor bertuah yang kedua :)
Cantik nombor nya...


Kan? kan? kan?
Terima kasih kepada Nur Atiqah Ismail kerana sudi follow blog yang tak seberapa ni.
Tapi kan, bila klik profile takda link blog...nasib baik ada tinggal jejak dekat shoutbox...Rugi tau tak letak link blog...

Kalau nak kenal dengan Atiqah ni, jangan segan-segan klik banner blog beliau :)


#okbai
#Bisik-bisik: Masa sangat cemburu dengan aku...

Saturday, December 17, 2011

3 perkara yang sering berlaku ketika membeli-belah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Shopping. Siapa yang tak suka kan. Lagi-lagi perempuan. Memang kalau kata nak pergi shopping tu, tiba-tiba je rasa semangat kan...Window shopping pun tak apa, asalkan namanya shopping. Tapi dalam seronok nak shopping tu, ada je perkara yang akan buatkan aku takde mood nak shopping. Tapi aku tak tahulah perkara ni berlaku pada korang atau tak...

Gambar hiasan semata-mata

Situasi: Nak beli sandal baru

1. Susah nak jumpa yang betul-betul berkenan di hati
Punyalah besar shopping complex tu, tapi yang peliknya sandal yang nak beli tu tak jugak dapat. Ada je yang tak kena. 
- Warna tak menarik
- Tumit terlalu tinggi atau tapak terlalu nipis
- Kasut terlalu keras (ada kebarangkalian kaki akan melecet)
- Harga tak menepati bajet
#Macam-macam. Semua tak kena...Hai..kalau macam ni sandal sendiri jelah.

2. Dah jumpa yang berkenan, saiz pulak takde...
Adeh...ni lagi satu yang betul-betul buat aku #stress! Punyalah susah nak jumpa yang berkenan, boleh pulak takde saiz. Masa tu memang rasa nak menjerit je. Bila dalam situasi macam ni, ada dua pilihan je.
a) Beli dan bersedia untuk merasa kaki melecet.
b) Lupakan saja dan terus keluar dari kedai tersebut tapi dalam masa yang sama masih teringat-ingat sandal pilihan.

3. Dah jumpa yang berkenan, saiz dah ada...tengok harga. Mahalnya...(over budget)
Bila berada dalm situasi macam ni aku memang rasa macam nak hantuk je kepala kat dinding. Pilihan:
a) Beli dan akan pokai untuk hari-hari berikutnya
b) Tidak beli dan hantuk kepala kat dinding. (Eh, aku datang sini nak beli sandal ke??)
Ha sudah.....tolong jangan dibuat benda-benda yang menyakitkan badan tu.

Kesimpulan: Ko tu yang cerewet sangat kot........
(p hantuk kepala kat dinding laju-laju)

Tuesday, December 13, 2011

Entri tak bertajuk

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


aku mahu jadi mawar berduri

Hari ni aku dapat satu panggilan yang telah membuatku mengenang kembali kenangan lama. Ala-ala memory lane gitu. Haih....susah betul bermain dengan hati dan perasaan ni. Nak fikir lebih-lebih takut terperasan pulak. Maklumlah, perempuan memang cepat perasan. Ouch. Jangan marah ya gadis-gadis di luar sana.

Bukan apa. Kadang-kadang aku takut aku salah buat tafsiran. Walaupun sebenarnya tak baik macam tu. Tapi, sebagai perempuan, aku juga punya 'pride' sendiri. Malulah kalau nak over tanya lebih-lebih. Mungkin pihak sana cuma hanya anggap kita sebagai kawan. Kan?

Jawapan nak sedapkan hati...biar masa menentukan...

#Bisik-bisik: Penat betul main tarik-tarik tali ni....

Sunday, December 11, 2011

Family first

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Pengorbanan seorang ibu. Walau sibuk macam mana pun di tempat kerja, famili tetap nombor satu.
Walaupun jadi orang nombor satu di pejabat, di rumah dia tetap yang kedua selepas ayah.
Sebelum menunaikan tanggungjawab di pejabat, tanggungjawab di rumah diselesaikan terlebih dahulu.
Di pejabat kerja, di rumah lagilah banyak 'kerja'.


Di saat diri ini kesedihan, pelukan ibu paling diperlukan [sumber gambar]

Namun seorang ibu tetap tersenyum dan sabar menguruskan kerja di pejabat mahupun di rumah.
 Tidak pernah kedengaran walau satu rungutan yang terkeluar dari mulut ibu.
Penatnya, usah cerita. Cuma tidak ditunjukkan di hadapan anak-anak.
Betapa besar pengorbanan ibu.
Terima kasih ibu.
Tanpa kasihmu ibu, siapalah anakmu ini.

Thursday, December 8, 2011

Segmen up follower dengan sepantas kilat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Dah lama tak join segmen..





Siapa yang nak join sekali boleh klik link ni
http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2011/12/segmen-up-follower-dengan-sepantas.html
BELOM COBA, BELOM TAW!
 #bisik-bisik: kejujuran itu penting~

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday #22 - The power of eyes

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


pic credit


# Dari mata turun ke hati~

Tuesday, December 6, 2011

Percaya pada kebolehan diri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Kadang-kadang sebelum kita buat sesuatu tu, rasa macam tak boleh je kan. Rasa je la. Tapi bila dah lepas, lah..aku boleh buat rupanya. Ingatkan susah sangat...tapi sebenarnya kita boleh je buat perkara tu. Antara nak dan tak nak je.

Dulu, aku selalu kena marah dengan ayah sebab fikir macam tu. Sebab kadang-kadang rasa tak tercapai akalmu, nak capai target tu. Tapi alih-alih, eh? Dah lepas pun....boleh pun buat. Saje je kan...

Sebenarnya, nak buat apa pun, kena ada satu sikap percaya pada diri. Aku boleh buat. Walaupun pada mulanya nampak terrrrsangat payah nak lalui, percayalah tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Biasalah, bukan senang nak berjaya. Mesti rasa yang pahit-masam-kelat dulu, barulah dapat rasa yang manis pada akhirnya...Tak gitu?

Monday, December 5, 2011

Satu panggilan itu sudah mencukupi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hanya dengan satu panggilan, impaknya berbeza-beza pada setiap individu. Ya. Satu panggilan telefon itu sudah mencukupi untuk...

Menggembirakan orang lain. Aku dapati panggilan telefon yang dibuat sudah cukup untuk membuatkan orang yang dilawan bercakap senyum sampai ke telinga. Tak kurang juga yang gembira sepanjang hari. Selalunya, bila aku down atau sedih, aku akan membuat panggilan kepada orang yang boleh mengurangkan kegundahan hati aku. Dan sudah semestinya nombor "emak" yang ditekan. 

pic credit
Tapi dengan satu panggilan itu juga boleh membuatkan seseorang itu menangis. Aku juga pernah mengalaminya. Tapi tu masa tengah bercinta monyet lah...Bercakap telefon pun boleh menangis? Dah tak betul agaknya. Memang masa tu kepala aku memang tengah tak betul. Perempuan dan emosi memang tak boleh dipisahkan. Gelak kat diri sendiri.

Panggilan itu juga boleh menukarkan orang kepada 'ogre' bila panggilan itu membuatkannya marah. Kan dah tak cantik dah jadi makhluk hijau. Well, situasi macam ni jarang berlaku kat aku. Buat apa nak marah-marah....dalam telefon je pun. Tak beri kesan pun kat orang yang kena marah. Paling-paling, aku tekan butang merah je terus. Tak payah banyak cerita.

Tapi dalam banyak-banyak panggilan, aku paling takut dengan panggilan yang berbaur kecemasan. Mintak dijauhkanlah dengan panggilan-panggilan yang macam ni. Silap-silap boleh gugur jantung dibuatnya. 

Panggilan apa yang anda dapat hari ini?

Saturday, December 3, 2011

Bloglist setahun, rebut peluang dapatkan trafik

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Jalan-jalan blogwalking tadi, membawa aku kepada blog Anastasyea. Dah lama dah follow blog dia..dan beliau sedang buka penyertaan untuk bloglist selama setahun! Bukan senang nak ada peluang tu. Tahniah buat  blog Anastasyea atas kejayaan trafik blog 250K. Kalau blog aku ni, bilalah nak dapat trafik macam tu...


Gambar bukti untuk syarat keempat. Sudah like (kantoi dah nama fb aku), dan google +. Semoga murah rezeki anastasyea tahun ni. Menang Nikon D90. Ameen.

So, sape-sape yang nak join bloglist ni, boleh klik link blog Anastasyea. Tarikh tutup pada 11.12.11 jam 11.59 malam.

Thursday, December 1, 2011

Rokok dan kopiah; kenapa di"private"?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Buat peminat-peminat Matluthfi, mesti pernah dengar video tentang rokok dan kopiah kan? Siapa dah pernah tengok? Aku pernah tengok sekali dan baru ingat nak tengok lagi sekali. Tapi apa yang terpapar pada skrin ialah:

"rokok dan kopiah"
this video is private

Lorh...baru nak tengok lagi..kenapa dah private? Baru ingat nak fahamkan video tu dengan sefaham-fahamnya. Dah macam nak buat assignment pulak kan... Tengok mula-mula hari tu tak berapa nak faham mesej yang cuba Matluthfi sampaikan. Tapi aku memang suka ending dia. Dan disebabkan video tu, aku dah ter"suka" dengan lagu Penakut - Yuna. 

Apa-apapun, kepada Matluthfi, walaupun aku tak tahu kenapa video tu diprivate, aku harap ko tak serik lagi nak hasilkan video yang super awesome! Ramai fans ko yang akan support ko dari jauh...

p/s: Bajet macam matluthfi baca je mesej ni kan...

Tuesday, November 29, 2011

Andai masa boleh diulang kembali

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Sejak dua minggu ni, susah betul nak berupdate blog.  Bila badan dah tak mampu bekerja dan otak terlalu penat, memang tengok saje lah blog ni. Sibuk. Bolehkah itu dijadikan alasan. Orang lain pun sibuk jugak...sempat je update blog...Ok, itu diorang, bukan aku...(alasan tipikal)

Bila jadi cikgu tadika ni, ingatkan kerja senang. Rupa-rupanya...tak semudah yang disangka. Kalau tak percaya, cuba jadi cikgu tadika. Tengok boleh tahan tak. Bila perhatikan kanak-kanak kecil yang lincah ni, memang aku rindukan zaman hidung berhingus tu. Ingat lagi ke? Seronok je aku tengok budak-budak ni. Tak fikir apa. Tahu main, makan, tidur. Dan selalu jugak buat aku terfikir, dulu aku kecik-kecik macam ni jugak ke??


Kalau nakal sikit mesti kena marah. Selalu jugak kena pukul dulu. Biasanya tapak tangan dengan betis yang jadi mangsa. Tapi pendidikan awal kanak-kanak ni, memang memberi impak pada kanak-kanak tu sendiri. Sebab, dari kanak-kanak itulah dia akan membesar jadi dirinya yang sekarang ini. Kalau tersilap dari kecil, susah hendak baiki bila dah besar panjang nanti. 

Memang seronok masa zaman tu. Tapi tu kalau masa boleh diputarkan kembali. Sekarang, dah dewasa, kena pikul tanggungjawab sendiri. Setiap perbuatan akan ada kesannya pada diri sendiri, keluarga dan orang keliling. Masa ni, kalau tersilap langkah mungkin boleh membawa sesalan seumur hidup. Ye tak?

Kesimpulan: Aku rindu zaman kanak-kanak dulu.

Saturday, November 26, 2011

Blog Wardah Alisya diserang malware?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Huh?
Bukak je blog, tiba-tiba keluar warning macam ni. Ha sudah...malware apa pulak ni...
Maka dengan gigihnya aku google tutorial nak remove malware ni. Semua dah dicuba. Tak jadi jugak. Check template, semua ok. Cari perkataan yang popular macam nikbir, mommpypink85, ripway semua takde. Dah tu kat mana pulak?

Masak...masak...Dah la blog aku ni dah macam anak tiri dua minggu ni. Kena demam malware pulak? Dahla tuan blog pun demam. Bila baca betul-betul warning tu, baru jumpa site yang ada malware tu.
Terus delete link tersebut. Buka blog, dah takde amaran warna merah.
Nasib.....Sia-sia je aku delete bloglist. Nampaknya kena cari bloglist baru lah ye??

Bisik-bisik: Kadang-kadang bila panik, tak nampak solution depan mata. Hmm....

p.s: Ada lagi ke malware kat blog aku???

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday #21 - Cover your aurat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
picture : fatherofzayd.tumblr

#Please cover it, not wrap it


Sunday, November 20, 2011

Cubaan pertama melukis doodle

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Setelah beberapa jam mengadap depan laptop, akhirnya aku berjaya menghasilkan satu doodle berdasarkan tutorial dari entri "Lukis spongebob guna excel pun boleh" oleh yoUnique! Wah, lepas baca entri tu terus rasa nak cuba buat. Belum cuba, belum tahu dapat buat ke tidak, ye tak?

Dan dengan gigihnya aku google gambar Pororo. Kenapa Pororo? Ntah, mungkin sebab aku baru je lepas tengok Running Man kot? Influence Haroro lah ni~


Gambar Pororo ni sebenarnya aku dah gunting terlebih dahulu menggunakan FotoFlexer. Itu pun belum clean cut. Sila abaikan. Almaklumlah, empunya badan ni tak tahu nak guna Photoshop. Jadi, kita gunalah apa yang ada. So, setelah beberapa jam, inilah hasilnya....


Tolong jangan gelak



Ok, memang berbeza sangat. Banyak yang kena improve lagi nih. Tunjuk ajar ku sifu! Apa-apapun aku nak ucapkan terima kasih kepada cik yoUnique sebab tak lokek ilmu ajar macam mana nak buat doodle guna excel ni. Bak kata cik yoUnique,
Sila cuba sekarang dan lihat betapa senangnya nak buat kalau imaginasi dan kesungguhan digunakan pada tahap tertinggi
See...aku dah pun buktikan kata-kata cik yoUnique ni. Yang penting, minat dan sabar..mesti jadi punyalah. Tak gitu?

Friday, November 18, 2011

Gaji pertama

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Ada yang rindu tak? Eh, tetibe kan...Ok, bercerita pasal gaji pertama...Kat sini, aku nak tanyalah kepada korang semua tentang pengalaman dapat gaji pertama. Wah, masyukk gitu kan.. Apa korang buat dengan gaji tu? Bagi pa ma ke, enjoy ke...beli barang kemas ke...apa-apa saja. Nak jugak tahu cara korang belanjakan wang hasil titik peluh sendiri. Kalau boleh, kongsikan jugaklah berapa gaji masa tu...

Macam aku, gaji pertama insya Allah nak belanja mak dan ayah makan (belum belanja lagi). Tapi yang special punya la. Gaji pun tak seberapa (RM 700++), tapi alhamdulillah...dari tak buat apa-apa langsung, sekurang-kurangnya ada duit poket sendiri. Takkan nak harapkan duit mak ayah lagi...

Kepada yang pernah bekerja, tak senangkan nak cari duit ni. Baru tahu susah payah mak bapak cari duit. Mane lah mak tak marah bila membazir. Duit tak jatuh dari langit nak oii...

Korang macam mana pulak?

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday #20 - What am I doing?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera




p/s: All the best buat adik-adik SPM 2011!

Sunday, November 13, 2011

Ombak rindu ke pawagam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Sebuah lagi filem adaptasi daripada novel yang akan ditayangkan di pawagam. Tak lain tak bukan Ombak Rindu. Gigih kot menghabiskan novel tu masa sekolah dulu. Sanggup tak tidur semata-mata nak tahu ending kisah Hariz dengan Izzah ni. Tabik spring sama Fauziah Ashaari sebab bikin gua tak tidur malam dulu. 


Tengok trailer movie tu, pelakon semua hebat-hebat. Maya Karin pegang watak Izzah, Lisa Surihani pegang watak Mila. Oh ho...rasa macam clash habis pulak. Yela, Izzah kan gadis kampung, yang tak tahu apa-apa dan Mila pulak watak agak daring, moden gitu. Ha...apa-apa pun, jangan judge dulu. Cerita belum tengok lagi kan... 


Dan jangan tak tahu, selepas Ombak Rindu masih ada sambungan kisah Hariz dan Izzah ni. Cinta..tiada akhirnya dan Rindu Cintaku. Tapi bagi aku Ombak Rindu yang terbaiklah. Harapnya, filem Ombak Rindu ni tidak mengecewakan peminat lah ye. Ramai ni yang nak pergi tengok 1 Disember ni. Tak gitu?

HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Salam hujung minggu


Link segmen, boleh klik banner


Nama blogger: Wardah Alisya
Nama blog: Wardah Alisya
Mula blog: Julai 2009
Target blog 2011: Update 1 entri 1 hari. Walaupun kadang-kadang tersasar, blog tak berupdate dua tiga hari. Target follower sebelum berakhir 2011 pula ialah seribu follower. Tercapai? Akan kutunggu hingga akhir tahun ini.

Tutup sebelum 10 pagi

#Bisik-bisik: Suka bebenor buat last-last minit ye...

Saturday, November 12, 2011

Ada yang rindu ke?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Update kali ni nak menjawab tag daripada cik Zareliqa Afiqa :: Bila jejari bercherita. Dah lebih seminggu baru nak jawab. Jangan marah ha..Dua hari blog tak berupdate. Ada yang rindu ke??

11 perkara tentang Wardah Alisya
1. Wardah Alisya -- bukan nama sebenar
2. Sudah tamat belajar
3. Nak tahu lagi? Klik sini

Soalan yang perlu dijawab daripada Afiqa:

1. Berapa lama jadi blogger?
Mula-mula jadi bloggr tahun 2009, bulan Julai.


2. Umur?
Saya calon SPM 2005
(korang kira sendiri, boleh tak cam tu?)


3. Dah ada boifren/girlfren?
Errr...pass


4. Apa yang menarik kat pasangan yang buat korang tak tido malam?
Pass.


5. Guna perfume? Perfume apa?
PURE Perfume inspired by Paris Hilton


6. Suka makan coklat?
Suka je


7. Jika korang kartun, kartun apa yang korang nak jadi?
Doraemon - sebab boleh guna mesin cahaya masa


8. Korang rasa daku seorang..?
Peramah dan sweet


9. Suka blog daku?
Suka


10. Pakai handphone apa?
Nokia 7310 Supernova


11. 10 tahun akan datang...anda seorang?
Isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak soleh dan solehah.
(boleh jawab camtu?)  

Sekian. Tak tag siapa-siapa.

#Baru lepas tengok AIM. Tahniah kepada pemenang...
Greyson Chance? Confirm lepas ni ramai yang google + youtube pasal dia.

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday #19 - Selalu tak buat macam ni?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


picture credit: weheartit.com


p/s: Senyum je tengok gambar ni. Macam pernah buat je?

Tuesday, November 8, 2011

Kejadian ragut di sebelah rumah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Mulakan hari anda dengan bismillah. Alkisah, pagi-pagi lagi secara tidak sengaja telah menyaksikan satu kejadian ragut di sebelah rumah. Tengah-tengah bersiap-siap nak pergi kerja, tiba-tiba terdengar seorang perempuan menjerit. Kebetulan tingkap bilik aku mengadap rumah jiran tersebut. Kelihatan seorang perempuan sedang cuba untuk menyelamatkan begnya dari diragut oleh dua buah motor namun cubaannya hanya sia-sia. 

Kejadian berlaku kurang dari tiga minit. Aku yang tertengok pun tak sempat nak buat apa-apa. Kesian perempuan tu. Pagi-pagi nak pergi kerja dah kena ragut. Tu depan rumah tu. 

Tips buat para gadis dan wanita, 
  • Simpanlah dompet dan handphone anda bukan di dalam handbag. 
  • Sekiranya anda hendak ke kereta, ambil siap-siap kunci anda. Jangan sampai kat kereta baru nak cari kunci.
  • Masuk je dalam kereta, terus lock pintu walaupun anda belum start enjin kereta.
  • Jangan letak handbag di atas kerusi penumpang. Seelok-eloknya letak di dalam boot kereta atau di bahagian letak kaki penumpang hadapan.
*Malang tidak berbau. Kalau nak jadi, depan rumah pun boleh.

p.s: Minta dijauhkan segala kejadian yang tidak elok....

Sunday, November 6, 2011

Weekend husband and father

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Bagaimana sambutan Aidiladha anda pada tahun ini? Kat sini (maksudnya JB), sambutan Aidiladha tak berapa meriah macam kat kampung (di Kelantan). Suasana raya tu tak rasa. Adeh, kalau kat kampung ni, confirm-confirm meriah.

Walaupun macam tu, tahun ni sambutan Aidiladha tu istimewa sikitlah..sebab tarikh hari ini bersamaan dengan anniversary perkahwinan kedua orang tua aku. Alhamdulillah. Tak sambut pun, tapi tengah hari tadi, mak aku masak special sikitlah. Faham-fahamlah sebab apa... Pulak makcik dari KL datang bertandang..kena muliakan tetamu, ye tak?

Bercerita pasal weekend husband and father ni, ada sape-sape yang satu kapal dengan aku? Maksudnya, suami atau ayahnya hanya ada di rumah hujung minggu lah... Sebab kerja jauh... Dalam kes aku, weekend father la.. sebagai seorang anak, aku dapat lihat pengorbanan yang begitu besar dilakukan oleh kedua orang tuaku. Ayah yang kalau boleh akan cuba untuk balik tiap-tiap minggu (kl-jb-kl). Mak yang begitu gigih menjaga kami seorang diri tanpa suami di sisi. Hanya dapat berjumpa hujung minggu.

Alangkan yang baru berkapel pun kalau boleh tiap-tiap hari nak jumpa, nikan pulak yang dah kahwin, ye tak? Tapi, tu lah pengorbanan mereka... Aku memang tabik spring toing toing toing lah dengan mak dan ayah. 

Sungguh besar pengorbananmu, hanya Tuhan dapat membalasnya... 

Terima kasih emak, terima kasih ayah...

Ieyza Afieyna 1st Giveaway

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Tag dari Nasz
Terima kasih ye...




Klik banner untuk sama-sama join.
Tarikh: 3 Nov - 16 Nov 2011

Tag:
Mya
Ayu Nushka

All the best to you!


Saturday, November 5, 2011

Eid mubarak

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


credit
Translation: This eid, think about your family and friends before thinking about food.
Salam aidiladha~

Wednesday, November 2, 2011

SEGMEN BLOGLIST KERI: Sebarkan walau 1 ayat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Sambil join bloglist, sambil menyebarkan ilmu


Bila seharian di tempat kerja, balik pun dah petang...dan sudah tentu terdapat 1001 perkara yang masih bermain difikiran tentang apa yang berlaku sehari-hari. Ada hari yang ceria, ada hari yang melemahkan semangat. Walau apapun, bersyukurlah kerana kita mempunyai yang Esa untuk meluahkan segala yang terbuku di hati.

credit
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" [Ar-Ra'd, 28]

Tuesday, November 1, 2011

Jom makan jari nak?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Wah, ramai betul yang datang menyerang blog aku dua tiga hari nih.. Nih semua sebab segmen Nasz la nih. Macam-macam senjata dorang bawak. Mercun, bom, pistol air semua ada. Terima kasih aku ucapkan kat korang semua. Mana yang follow tu, Insya Allah aku akan follow balik, tapi kalau yang tak letak link tu ambil masa sikitlah aku nak jejak korang balik. Hujung minggu je yang aku betul-betul free.

Berbalik kepada topik hari ini, jom makan jari? Ha ha, tolong jangan bayangkan aku ajak korang makan jari sendiri ya. No no never. Makan jari tak boleh, makan KFC bolehla.. Takdelah, aku sebenarnya nak berkongsi satu trivia yang menarik tentang KFC.

So betul tak kefahaman aku ni? "Eat your fingers off" tu maksudnya makan jari kan? Kan? Kalau salah sila betulkan ya. Maklumlah, saya budak baru belajar.......

Sunday, October 30, 2011

Graduan ISMP kecewa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Pemberitahuan: Entri ini sekadar perkongsian dan pandangan peribadi penulis. Tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak. 

Lemah semangat bila dengar kenyataan TPM berkenaan posting tadi. Apalah nasib kita-kita yang ISMP ni ya? Bagi yang tidak tahu ISMP tu apa, ISMP ialah singkatan bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Maknanya semua graduan ISMP akan jadi cikgu la secara teorinya. Tapi pada hakikatnya, tak semua jadi cikgu. Sebabnya? Anda tahu jawapannya. 

Aku kongsikan serba sedikit luahan rasa mereka yang kecewa dengan kenyataan TPM dalam buletin utama tadi,

buletin utama: ahad, 30 october 2011

isu GSTT tjuk brita tp jwpnnya utk GST
proses penempatan guru mengambil masa sperti yg kita pernah lakukan sblum2 ni.diutamakan kpd bakal guru tajaan (KPM).Yang tiada tajaan (ptptn) boleh cr kerja lain dulu...sbb mereka tdk terikat dgn kerajaan..(ayt TPM tan sri muhyiddin yasin) sekian~ ='(
pakat2 cr kja len laa...terguris rsa hati...
 Nampaknya tajuk berita hari ini menjadi isu hangat bagi kita semua yg menunggu penempatan. apalah nasib kita tahun 1987 selalu kena benda mcm ni. sabar je la wahai kwn2. lagi2 yg xmendapat tajaan KPM spt saya. mcm dianaktirikan. seronok kan belajar 4 taun dlm bdg perguruan semangat nak jadi cikgu. last2 TPM boleh ckp suruh cari kerja lain dlu. hambeek nk sgt jadi cikgu. seronok bukan?hoho :(
Tetiba rasa 4thun ni sia2 jer...bleh x kerajaan bagi balik masa, belanja yang terbuang dan sia2 je tu... tmbah lgi dgn harapan tinggi ibubapa...Kalo yg ptptn xda jaminan posting, nak byr mcamana pinjaman tu nnti. Nak keja apa kalo bidang yg khusus kat Ijazah tu PENDIDIKAN?
 terfikir sejenak.....kita yg dah habis ni pun tertunggu2 utk POSTING..rasa sakit hati dgn ape yang diluahkan tadi...TERFIKIRKAH kita dgn adik2 kita yg sedang blaja dan turut ambik kursus PENDIDIKAN????klu mereka tahu akan berita ini, mesti mereka akan susah hati....kesian aku tgk mereka....hope xmenganggu fikiran mereka.....teruskan usaha anda...sehingga memegang SEGULUNG IJAZAH.....INSYAALLAH, kita akan jumpa jalan yg terbaik.......amin...
::kesedihan melanda >> penempatan guru bukan tajan...tiada jaminan.....sabarlah ye semua GURU GST....terima kasih kerajaan...terima kasih TPM Muhyiddin Yassin atas berita sedih itu::
*semua luahan rasa di atas dipetik dari laman facebook

Ada yang sedih, ada yang marah, ada yang kecewa. Belum rezeki nampaknya. Takpelah, kita cari kerja lain dulu. Apa-apapun, PTPTN tetap kena bayar. Bila dah ada rezeki nanti, jadi cikgu elok-elok. Tak payah nak gaduh-gaduh dengan GSTT ke, tajaan KPM ke, PTPTN ke, semua sama. Semua nak jadi cikgu. Semua akan bekerja di bawah satu bumbung juga.

Insya Allah, rezeki Tuhan di mana-mana. Yang penting kita usaha dan yakin dengan limpah rahmat-Nya. Kita cari pengalaman dulu. Mudah-mudahan dengan pengalaman yang kita kutip tu, dapat kita gunakan di sekolah nanti.

#Bisik-bisik: Aku bukan tak sedih, daripada menunggu sesuatu yang belum pasti, lebih baik cari pengalaman dulu. Belum rezeki...

SEGMEN NASZ: PERANG BLOGGER

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selamat petang buat anda sekalian. Buat apa tu? Aku baru je balik kenduri. Alhamdulillah, kenyang makan hari ni (ada ke lepas makan lapar?). Petang-petang macam ni dari duduk je baik join segmen kan. Okeh, sekali lagi segmen dari Nasz.

klik banner untuk join

Dah bersedia dengan kelengkapan perang ke semua?

Amaran dari tuan segmen (copy paste):
AMARAN : SETIAP BLOGGER YANG JOIN SEGMEN NI DIWAJIBKAN MENERJAH SEMUA BLOG YANG JOIN SEGMEN INI JUGA. SO, SEBELUM NAK JOIN, KORANG FIKIRKAN DULU SAMA ADA KORANG BOLEH ATAU TAK TUNAIKAN KEWAJIBAN INI. 
Ada bran?

Saturday, October 29, 2011

Malam ni semua tengok bola ke?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Dah start pun bola...dengar-dengar macam sengit je. Antara nogori dan ganu, siapakah yang akan menjulang pulang kemenangan Piala Malaysia?  Korang sokong team mana? Aku? Usah ditanya... aku pun tak tahu nak sokong yang mana satu.

Apa-apa pun, harapnya pemain-pemain tidak menghampakan peminat masing-masing lah.. Kalah menang tu adat lah. Kalau takde yang kalah, takdelah yang menang. Ye tak? Yang penting, semangat kekitaan dalam team masing-masing. Dan aku pasti pemain-pemain tu sendiri akan mempamerkan aksi cemerlang masing-masing. Yang menonton di rumah, siap dengan kuaci, kacang segala ke?

Friday, October 28, 2011

Trivia nombor 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
If all numbers are arranged in alphabetical order, "EIGHT" would be the first number, "ZERO" would be the last number
credit 


p/s: maaf entri pendek. badan kurang sihat...

Thursday, October 27, 2011

Spontaneous Thursday 9 - Protection without bodyguard

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Surah Fatiha protects one from the anger of Allah
Surah Yaseen protects one from the thirst of the Day of Judgement
Surah Waqi'ah protects one from poverty and starvation
Surah Mulk protects one from the punishment of the grave
Surah Kauthar protects one from the enmity of the enemy
Surah Kafiroon protects one from Kurf at the time of death
Surah Ikhlas protects one from hypocrisy
Surah Falaq protects one from calamities
Surah Naas protects one from evil thoughts
credit: Siraat-e-Mustaqeem

pic credit

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWER

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Klik banner untuk join sekali


Ramai nampaknya yang dah join kempen ni. So, aku pun nak join sekaki. Kepada yang baru pertama kali datang blog ini, selamat datang aku ucapkan. Blog aku ni biasa je.. Blog personal. Kalau ada cadangan atau penambahbaikan, bagitahu yer. 

Trimas~

Wednesday, October 26, 2011

Superman prank dalam lecture hall

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selamat pagi semua. Juga selamat hari Diwali bagi yang menyambutnya. Pagi-pagi ni aku nak kongsi satu video prank dalam lecture hall. Sepanjang aku pergi lecture, tak pernah pulak aku jumpa prank macam ni. Dekat universiti korang penah tak? Tapi yang ni, memang bikin satu dewan gelak. 



p/s: Saborjelah...

Sunday, October 23, 2011

Pelik ya kalau ada tanda lahir di muka?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Selamat pagi semua..Dah bangun ke belum nih? Semalam tak dapat nak update sebab internet buat hal. Nasib baik pagi ni dah ok. Sabar je la.. Pada entri kali ini, aku nak tanya pada pembaca-pembaca semua. Pelikkah kalau ada tanda lahir di muka?


Bagi sesetengah individu, adanya tanda lahir di wajah mungkin akan menyebabkan berlaku konflik dalaman seperti rendah diri dan tiada keyakinan kerana diejek rakan, menjadi tumpuan dan sebagainya. Turut merasai pengalaman yang sama, termasuklah adik aku yang tengah. Sejak kecil lagi dia sering menjadi tumpuan kerana tanda lahir di wajahnya. Mula-mula bersekolah tu dia sedih jugalah dengan wajahnya, namun berkat tiupan semangat daripada keluarga, dia berjaya mengatasi konflik dalaman yang dialaminya. 

Gambar raya dua tahun lepas

Satu kekurangan pada dirinya diubah menjadi satu kelebihan yang tidak semua orang miliki. Ibarat satu dalam seribu. Bagi aku, setiap ciptaan Tuhan itu terdapat hikmahnya. Walaupun adikku bertanda di wajah, tanda itu tidak menjadikannya nampak hodoh. Namun, itulah yang menjadi 'seri' pada wajahnya.