Sunday, January 9, 2011

Love Live Life Green: Earth, Yes We Care

Salam hujung minggu kepada semua bloggers.
Apa khabar anda hari ini?

Okay, kali ini WA ingin bersama-sama support satu kempen yang telah dianjurkan oleh ThePotPetKing. Boleh klik sini untuk ke link. Kali ini tuan penganjur mengajak kita untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran kita terhadap alam semulajadi dan cara hidup 'hijau'.


Bagi WA sendiri, menjaga alam sekitar ni sememangnya penting sebab bumi yang kita duduki ini sudah terlalu tua. Lihat sahaja apa yang terjadi akibat perbuatan manusia sendiri. Antara langkah-langkah yang telah WA ambil dalam mengamalkan gaya hidup 'hijau' ialah WA seboleh-bolehnya tidak akan membuang sampah merata-rata seperti tisu, plastik air, gula-gula dan sebagainya. 

Selain itu, penggunaan polisterin juga akan seboleh-bolehnya WA elakkan tapi kalau tak boleh elak tu nak buat macam mana kan. Kalau kita pergi ke shopping complex pun, pada setiap hari Sabtu kita tidak akan dibekalkan dengan beg plastik. Dan kebiasaannya jika kita hendak menggunakan beg plastik juga, pasaraya akan bekalkan 'green bag', tapi kena bayar sikit lah..hehe. WA juga pernah ceritakan pasal greenbag pada entri lepas. Boleh klik sini.


Sebagai tanda WA menyokong kempen ini, WA telah buat satu gambar yang ala-ala banner di atas.


Jom ramai-ramai kita sokong kempen ini. Sayangi alam sekitar kita jika tidak generasi masa hadapan mungkin tidak dapat merasai keindahan alam seperti yang kita rasai masa kini.

Tag: Ijat, Dayah dan Hafiz

Sekian.

No comments: