Monday, December 31, 2012

Suka duka pahit manis 2012

Tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirainya
Ya, begitu cepat masa berlari meninggalkan kita. Seolah-olah berlumba dengan manusia siapa yang dapat mendahului siapa.
Tahun 2012 menyaksikan aku bukan lagi bergelar pelajar. Tidak lagi memakai nametag bertali. Tidak lagi menaiki bas untuk ke kelas.
Tahun ini menjadi titik mula hidupku yang baru nak 'naik', yang baru nak menapak mencari hidup.
Alhamdulillah mungkin rezeki berpihak pada aku. Awal tahun Januari aku menerima tawaran untuk menjadi guru sementara di sekolah menengah berhampiran dengan rumah keluarga aku. Dan di situ lah bermulanya rutin aku sebagai seorang guru.

Lima bulan sebagai guru sementara bukanlah suatu tempoh masa yang pendek bagiku. Mungkin kerana beban tugas yang banyak menyebabkan aku terfikir untuk berhenti. Teringat juga zaman bergelar mahasiswa dahulu. Lebih mudah rasanya. Kerana tidak terikat dengan tanggungjawab dan komitmen mungkin. Tapi, aku gagahi juga. Aku cuba laksanakan tanggungjawab itu dengan sehabis baik, yang aku mampu. Dan pada pertengahan Mei, secara rasminya aku telah menjadi seorang guru.

Dan buat pertama kalinya Syawal pada tahun ini rumah aku didatangi oleh pelajar-pelajar yang nak datang beraya. Pertama kali juga aku 'memberi' hasil titik peluh sendiri. Perasaan gembira itu hanya Tuhan yang tahu. Kini 2012 akan melabuhkan tirainya. Diam tak diam pejam celik dengan rutin yang sama setiap hari sudah tiba di penghujungnya. Aku berharap yang baik-baik sahaja untuk 2013 yang mendatang. Berjumpa jodoh mungkin? Mudah-mudahan...

3 comments:

Mak Wardah said...

InsyaAllah 2013 akan memberi seribu rahmat

Wardah alisya said...

@makwardah terima kasih...

Rahsia Hati Huda said...

wow. bestnya jadi cikgu