Showing posts with label maharaja lawak. Show all posts
Showing posts with label maharaja lawak. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

SEPAH | Juara Maharaja Lawak 2011

Juara bagi Maharaja Lawak 2011 jatuh kepada.....
SEPAH!!


Tahniah kepada Sepah. Kenapa WA suka sepah? Boleh tengok kat entri [ini]. Juara membawa pulang trofi dan wang RM 350,000. Tempat ke-dua pula dirangkul oleh Jozan, ke-tiga Nabil dan ke-empat Jambu. Tahniah juga diucapkan kepada yang lain. Papepun, dorang semua memang best malam ni.

Peace yo!!

Friday, June 24, 2011

Segmen: Dia Maharaja Lawak

Salam semua bloggers, 
Sudah lunch? Dah kenyang-kenyang tu, apa kata join WA sama-sama memeriahkan segmen; Dia Maharaja Lawak.
Boleh klik banner untuk join sekali. Atau [link]

Seperti yang diketahui, malam ini akan berlangsungnya final Maharaja Lawak kan. Pada pendapat Alisya, Sepah bakal menjuarai Maharaja Lawak pada malam ini. Sebab-sebabnya:
  1. Lawak mereka best.
  2. Lawak mereka dekat di hati.
  3. Dialog spontan dan logik - tak delah merapu sangat.
Go Sepah! Baik punyer..
Harap-harap lawak dorang malam ni terbaekkk!

Saturday, June 11, 2011

Jozan tidak menghampakan dalam Maharaja Lawak minggu 11

Assalamualaikum buat semua bloggers!


Minggu ini menyaksikan sekali lagi lima kumpulan bersaing dalam Maharaja Lawak minggu ke-11 bagi meraih undian daripada para penonton. Bagi sesiapa yang menonton Maharaja Lawak di saluran Astro Warna pasti tidak kering gusi dengan gelagat lima peserta yang masih bertahan iaitu Jambu, R2, Sepah, Jozan dan Nabil. WA bukanlah peminat tegar Jozan tetapi lawak mereka pada minggu ini sangat tidak menghampakan. Memang pecah perut melihat gelagat Johan dan Zizan yang WA lihat sangat kreatif dalam berlawak. Dengan tv yang super besar dan yang paling WA tak boleh tahan masa Johan melakonkan aksi Hafiz dalam video klip Awan Nano. Serius lawak giler. Kumpulan Sepah juga tidak kurang hebatnya.


Tiada penyingkiran dibuat pada minggu ini dan WA ucapkan tahniah buat semua kumpulan. Pada minggu hadapan team Maharaja Lawak akan beraksi di Johor Bahru pula. Yeay! Tak sabar untuk tengok persembahan mereka pada minggu hadapan lebih-lebih lagi kumpulan Sepah (err..apa kes?)

Sekian sahaja alisya melaporkan untuk berita Wardah Alisya.

Peace yo!!