Monday, August 29, 2011

Persiapan terakhir sebelum raya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Masing-masing sibuk ye..dah nak raya katakan..dalam kesibukan tu, biasanya apa yang korang buat ya? Macam alisya, biasanya akan sibuk menerima tempahan menggosok baju. Adeh...lemah semangat eden. Selalu lah tu tiap-tiap tahun. Buat nasi impit..susun kuih raya dalam balang, sediakan duit raya...tapi alisya takdelah. Belum kerja wo..so, tak dapat nak bagi duti raya. Rumah memang dah siap bersihkan hujung minggu sebelum raya tu. 

So, taklah penat sangat malam raya kan. Last sekali, tidur awal sebab paginya nak bangun tolong mak masak hidangan untuk pagi raya dan nak siap-siap pergi sembahyang raya. Wee... tapi yang ralat sikit tu, tak pergi terawih. Patutnya malam-malam akhir lagi semangat nak terawih, tapi lagi semangat buat persiapan raya jadinya. Kongsikan dengan Alisya aktiviti malam raya anda...Jangan lupa tinggalkan komen ya?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari Wardah Alisya

Sunday, August 28, 2011

Made by Malaysians | Super awesome

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Anda semua apa khabar? Dah tengok video made by Malaysians? Tak pernah dengar? Meh Alisya cerita meh... Video ini sebenarnya telah diilhamkan oleh vlog yang super awesome --> Matluthfi. Ilham ini tercetus sempena dengan hari kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini. Video promo Made by Malaysians boleh klik sini. Dah tengok? Setelah hampir 3 minggu, video Made by Malaysians dah keluar. Klik sini.

Waa...terharu sangat Alisya tengok..Walaupun negara kita terdiri daripada berbagai-bagai kaum, namun kita mampu duduk dalam satu negara yang harmoni.. Sayangi negara kita.. Jangan sampai kita dijajah kembali. Selamat hari medeka!

P/S: Entri pendek sebab nak siap-siap teruskan perjalanan ke kampung. Alisya minta maaf sebab tak dapat nak balas blogwalking. Jangan risau, nanti Alisya akan terjah korang balik!




Saturday, August 27, 2011

Baru ku tahu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Alhamdulillah, selamat sampai Kuantan petang tadi. Perjalanan so far, ok. Cuma jam masa nak masuk daerah Pekan. Banyak giler kereta. Rupa-rupanya YAB PM kita nak beri zakat.. Patutlah.. Tapi sebanyak-banyak kereta tu, banyak juga yang accident. Minta dijauhkan... Jauh lagi perjalanan nak sampai ke Kelantan nih.

Oh ya, kat Kuantan kebetulan hotel yang kami check in tu dekat dengan Megamall, maka haruslah singgah ronda-ronda kejap kan... Ramainya orang... Sale pun banyak wo.. Tengok jam dah pukul 6. Adik pulak teringin sangat nak berbuka dengan burger McD. Maka kami pun teruslah ke McD kan... Sampai je.. uih dah panjang beratur. Biar betik? Tengah-tengah baratur tu sekali boleh terjumpa pulak dengan ex-student masa praktikum kan.. Alahai.. Berbuka McD jugak ke? Ramai rupanya yang berbuka dengan fast food ya. Jeling-jeling KFC, panjang jugak beratur. Dapat je order, terus balik hotel balik. Berbuka kat bilik je la hari ni.. Malam-malam sikit karang baru cari nasi. Lapar.

Esok, pagi-pagi nak gerak. Doakan kami selamat sampai ke destinasi.

生日快乐.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


生日快乐
Shēngrì kuàilè


Hari ini merupakan hari lahir bonda tercinta. Kira entri ini Alisya tujukan khas buat dia la. Selamat hari lahir buat emak. Tiada orang lain dapat ganti tempat emak di dunia mahupun di akhirat kelak...Terima kasih kerana membesarkan Alisya dari kecil sampai sekarang..Segala budi emak hanya Allah yang mampu membalasnya...

Hari ini juga insya Allah kami akan pulang ke kampung. Perjalanan yang makan masa hampir 12 jam jika direct terus dari JB ni. Kampung emak di Kelantan. Dia seorang sahaja memandu sebab tak konfiden anaknya yang sorang ni boleh  bawa kereta dia atau tidak. Takpelah. Jadi co-pilot pun penat jugak. Tak boleh tidur. Kalau larat, sampailah kami di Kelantan hari ini. Kalau tidak, mungkin akan transit dulu di Kuantan. Teringin juga nak berbuka ramai-ramai di padang MPK. Nampak macam seronok je?

Friday, August 26, 2011

Tak sama rupanya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Aku baru perasan yang blog aku ni tak sama rupanya jika dibuka dengan browser yang berlainan. Alkesah pagi tadi aku tengok adik aku online menggunakan desktop rumah. Dia buka blog aku dan aku tengok eh..apsal lain rupanya nih? Browser yang digunakan ialah Internet Explore. Sila fokus pada anak panah berwarna merah.

Paparan menggunakan Internet Explorer
Gambar yang kedua pula menggunakan Google Chrome. 

Paparan menggunakan Google Chrome
Tulisan berbeza dan alignment "Wardah Alisya" juga tak sama. Mase edit blog ni, aku guna Google Chrome. Ingatkan samalah kan bila tengok guna browser lain. Rupa-rupanya tidak... Tak tahulah bagaimana rupa blog ni bila guna Mozilla pulak ya? Dulu pernah guna Mozilla, tapi sekarang setia pada yang satu. Chrome lagi best. 

So, aku nak mintak maaf la ya kalau view blog aku tengok nama senget benget ka, tak center ka..sebab view yang terbaik menggunakan Google Chrome. Yes! Pengguna browser lain jangan marah eh....

Thursday, August 25, 2011

Ummi 1st Lucky Draw

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Terima kasih Alumni Nurul Iman sebab tag alisya.

Klik untuk join
Dengan senang hatinya Alisya tag:
cek-tintan
bez amin

all the best!

Spontaneous Thursday 3 - Siapakah wanita cantik itu?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Credit: supermanlovesfireworks
Dia melukis kekuatan melalui masalah
Dia tersenyum saat tertekan
Dia tertawa saat hati sedang menangis
Dia tabah saat dihina
Dia mempersona kerana memaafkan
Dia mengasihi tanpa balasan
Dan dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi...

Kredit: Sabrinajali

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #12 - Buang sampah di tempat yang sepatutnya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Credit: Surfrider Foundation
Video by matluthfi - link


Tuesday, August 23, 2011

Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Segmen lagi...Jom-jom sape nak join klik je header Ben Ashaari tu ye.


Perhatian: Bloglist ini khas sepanjang dalam bulan Syawal sahaja. Selepas itu ia akan dibubarkan. Harap maklum.

Bisik-bisik: Semoga murah rezeki inche Ben tahun ni.

MARI MENAMBAH FOLLOWER SEBELUM RAYA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera



Klik banner untuk join sekali.
Ucapan raya daripada Wardah Alisya juga ada di sini.
Salam lebaran dari wardah alisya. Maaf zahir dan batin.

Blogwalking sebelum raya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera



Ehem-ehem, pejam celik pejam celik tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berpuasa. Mungkin ramai yang dah mula membuat persiapan raya. Namun, dalam keghairahan kita membuat persiapan raya, janganlah kita melupakan Ramadhan yang semakin meninggalkan kita. Mungkinkah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang? Wallahua'alam. 

Masuk mode segmen balik. Blogwalking sebelum raya? Ok, dalam segmen ini anda berpeluang untuk membuat ucapan sempena Aidilfitri. Buat semua pembaca sekalian, 
Wardah Alisya ingin mengucapkan selamat menyambut hari lebaran, maaf zahir dan batin. Semoga Aidilfitri kali ini akan membawa seribu erti kepada kita dan semoga segala amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini dapat diteruskan dalam bulan-bulan yang seterusnya. Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung, memandulah dengan berhemah. Takkan lari kampung dikejar. Ingatlah orang yang tersayang -Pesanan ikhlas daripada Wardah Alisya-
Segmen tutup jam 3 petang hari ini. Boleh klik banner untuk join sekali. 

Monday, August 22, 2011

Sengiya ke seriyau?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Kredit: Blog Aki
Sengiya? Aku pun tak tahu nak eja macam mana. Orang Kelantan je kot tahu perkataan ni. Tapi sebutan dengan ejaan serius lain giler. Dia macam sengi + ya. Tapi kalau bahasa baku seriyau kot istilahnya. Alkisah masa tengah potong buah mempelam nak buat kerabu petang tadi, aku teringat la pulak zaman duduk kolej dulu. Masa tu baru tahun satu. Housemate satu rumah pulak semua geng-geng Kelantan dan Terengganu. Aku sorang je lah Johorian tercampak kat situ. 

Satu hari, masa kitorang berkumpul dekat meja makan, borak-borak, sambil-sambil tu aku pun pergi ambil pisau nak potong buah mempelam. Disebabkan aku kidal, maka aku pegang buah tu tangan kanan, pisau sebelah kiri. Tengah duk potong tu, roomate aku cakap, "Fara, bagi akak la potong. Sengiya akak tengok." Sambil buat gaya ala-ala ngilu gitu. Aku, "Erk?" Sebab aku dengan konfidennya boleh potong buah tu. Tak ada masalah pun. Dan itulah pertama kalinya aku dengar perkataan sengiya. Kalau aku, biasa cakap ngilu je takpun seriyau. 

Moral of the story: Lain tempat, lain istilahnya...

Bisik-bisik: 
# Fara yang disebutkan ialah aku.
# Potong = kupas
# Tiada maksud double meaning dalam cerita di atas.

Saturday, August 20, 2011

Segmen Blog Gua Berat Tak?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Sementara tunggu berbuka ni, join satu lagi segmen oleh Inikisahtia. Kadang-kadang, blog berat, lambat loading juga menjadi punca kenapa orang tak suka datang blog kita.. So, kalau blog Alisya berat, bagitahu yer. Mana-mana yang boleh diperbaiki, Insya Allah akan ditambah baik.


Sape nak tahu blog dia berat ataupun tidak, boleh join segmen ini. Tutup Ahad, 2 petang. Klik banner kalau nak join sekaki.

Selamat berbuka~~~

Opocot terkejut!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Bukan apa, bila blogwalking buka banyak tab sekaligus, mau tak terkujat dengan remix lagu-lagu daripada blog-blog yang dibuka tadi. Pulak tu lagi best bila volume kuat pulak kan... tanjat boboi....adeyh...Mana satu nak dengar ni? Bila dah banyak-banyak lagu keluar, last-last mute jugak volume tu. Nasib baik bukan tekan pangkah kat blog.

Mula-mula berblog dulu, aku ada jugak letak lagu nih...siap playlist lagi. Tapi bila blogwalking, kebanyakan blog-blog otai takde pun pasang lagu. Dan kebanyakan blogger juga kurang suka dengan lagu di blog, apatah lagi yang autoplay. Bila baca tips-tips blogging, tiada yang mencadangkan agar memasang lagu di blog. Jadi, kat situ dah boleh belajar sendiri. Oo...rupa-rupanya ramai blogger tak suka lagu kat blog...

Sama-sama kita saling mengingatkan.

p/s: Pernah tengah-tengah malam blogwalking tiba-tiba kuar lagu rock! Mau tercabut jantung dibuatnya.


BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Haruslah join. Cepat sebelum terlambat...tutup jam 2 petang ini... 
Klik banner untuk join.

Thursday, August 18, 2011

Spontaneous Thursday 2 - Terawih

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

3layertea
...kecuali yang 'bendera merah' la..

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #11 - Marilyn Monroe

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Perhatikan betul-betul..

Speed typing by Martin Missfeldt

Tuesday, August 16, 2011

Patah tumbuh hilang berganti

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Alisya nak ucapkan terima kasih, thank you, trimas, syukran, xiexie kepada semua yang bagi sokongan pada Alisya kat entri ini. Korang memang best la! Kalau bukan blogger yang support blogger, siapa lagi ye tak?

Credit: Empunya gambar
Siapa setuju dengan ayat dalam gambar tu?

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Tutup jam 10 malam ini

Monday, August 15, 2011

Bila blog di 'unfollow'

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Lepas sahur tadi bukak dashboard jap..tengok komen..tengok follower..ehh..ada orang unfollow blog. Sentap ok. Terus takde mood dah. Aduyai...Rase baru je baca entri genkcorner; dugaan Ramadhan | follower hilang seorang. Alih-alih, blog sendiri pun sama da... Dugaan, dugaan...

Isu follower ni kalau dibincangkan memang tak habis. Bukanlah nak kata kejar follower sangat, tapi tanpa follower, siapalah seorang blogger itu. Ibarat tulis diari baca sendiri. Tak berkembang. Dan tidak dinafikan bagi sesetengah blogger, bilangan follower menjadi pembakar semangat untuk terus menulis dan menulis. 

Takpelah, pujuk diri sendiri. Agaknya dia dah sampai limit follow, jadi kena unfollow sesetengah blog.. Moral of the story, tak semua orang suka blog kita. Ada yang follow dengan ikhlas, ada yang follow untuk difollow balik.. Lepas ni kena upgrade lebih sikit dari segi entri. Kepada yang follow blog Wardah Alisya dan masih kekal hingga sekarang, saya ucapkan jutaan terima kasih atas kesetiaan anda. Tanpa anda, siapalah saya...

Sunday, August 14, 2011

Berkelakuan pelik sebelum jatuh

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Malang tidak berbau. Itulah yang boleh saya katakan. Di rumah, boleh dikatakan dua minggu sekali akan ada seorang kakak datang untuk membantu membersihkan rumah. Nak dijadikan cerita, pagi tadi sampai sahaja di rumah dia terus mengutip sampah berupa daun-daun kering di luar rumah yang sebelum ini, perbuatan itu dilakukan akhir sekali setelah selesai semua kerja membersih di dalam rumah. Selain itu, kakak tersebut telah meng'offer'kan diri untuk membersihkan kipas dan lampu. Juga tidak terlintas di fikiran emak saya untuk menyuruhnya membuat kerja itu. Puasa-puasa ni, kita pun faham penat nak buat kerja. 

Terdetik juga di dalam hati emak akan kelakuan kakak tersebut. Maka setelah selesai kakak tersebut membersihkan lampu, sewaktu hendak turun tangga, bedebukk! Bunyi benda jatuh diikuti dengan bunyi orang mengerang kesakitan. Ya Allah! Itu sahaja yang boleh diakatakan pada waktu itu. Mak segera bergegas turun dan membantu kakak tersebut dan kepalanya berdarah! Cemas juga ketika itu. Mak menjerit nama saya disuruh ambil kain tuala. Akibat terlalu panik, sampaikan kain lap tangan dapur saya ambil. Darah jangan cerita. Setelah berjaya mengurangkan darah yang keluar, waris kakak tersebut dihubungi dan setelah dipujuk, baru kakak tersebut bersetuju untuk dibawa ke hospital. Dan secara automatik saya yang kena mengemas rumah.

Penat jangan cerita. Saya pujuk hati dengan mengatakan Nabi SAW pernah berperang di bulan Ramadhan, inikan pula saya yang setakat vakum dan mengemop lantai. Di dalam rumah pula tu. Berbalik kepada kakak tadi, mak kata dia dikenakan 6 jahitan di kepala dan mujur, tulang selangkanya tidak patah. Kerana melihat kepada kesakitan kakak itu, dia seolah-olah jatuh mengiring. Sebab tiada seorang yang nampak bagaimana dia jatuh. Tahu-tahu sudah bedebuk di lantai. 

Dugaan masa berpuasa Tuhan nak bagi. Bila Tuhan dah kata jadi, maka jadilah. Mujur tiada anggota badan kakak itu yang patah. Dugaan ketika sedang mencari rezeki yang halal. Semoga ibadah puasa pada hari ini diterima...aaamiinnn

Friday, August 12, 2011

Giveaway Photo Edit by xamreenaxeer

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Wah, dah lama tak join GA. Tiba-tiba teringin mencuba nasib di bulan yang mulia ini. Maka inilah jawapan Alisya. Setelah dikira dicongak umur blog xamreenaxeer ialah dua puluh tujuh hari bersamaan dengan tiga minggu enam hari. Kalau tidak silap perkiraan Alisya lah..

Slogan pulak:-
Saya nak zamreenaxeer edit kan gambar saya kerana belum pernah orang lain selain saya yang meng'edit' gambar saya. Selain itu, saya bukanlah seorang yang pro dalam edit-mengedit ini.
Jika ada ada rezeki Alisya di bulan yang mulia ini, maka dapatlah Alisya hadiah berupa Photo Edit Services beserta kad raya daripada xamreenaxeerARTWORKS. Sape-sape yang nak join juga, silakan klik link ini atau banner cantik di atas. Sekian.

Tarikh tutup: 22/08/11

Thursday, August 11, 2011

Tak sah kalau tak melencong tempat lain dulu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Hari ni selamat dah disuntik dengan vaksin HPV dos ke-2. Masih terasa sengal-sengal lagi tanganku ini. Wargh...kesakitannya sama macam masa suntikan vaksinasi Hepatitis B dulu. Tapi yang hep B tu lagi dahsyat la. Seminggu demam lepas suntikan tu. Tapi HPV alhamdulillah, tak demam-demam lepas suntikan pertama dulu. Tapi yang tak bestnya, yang kedua ni kena suntik kat tangan kiri..tangan yang dominan kot. Sebab aku kidal. Adeh..salah sendiri jugak tadi. Sampai-sampai je blur-blur terus duduk pergi inject. Tak terfikir pun nak tukar inject tangan kanan. Merana la tangan kiriku barang seminggu. So, untuk dos ke-3 pulak, satu bulan dari sekarang. Masa tu raya pulak. Insya Allah. 

Habis je sesi suntikan tu, sempat pulak melencong ke Harris ataupun orang panggil POPULAR. Dah alang-alang keluar kan...apa lagi. Sambil menyelam minum air lah. Ops..tak boleh minum, tebatal puasa nanti. Pusing-pusing dalam Harris tangan dah pegang buku Batu Bata Kehidupan oleh Hilal Asyraf. Padahal dah ada 2 buah buku kat tangan. Dilema, dilema. Ni kalau tambah lagi ni mau dekat seratus ni.

pic credit: LangitIlahi
Maka setelah berkira-kira dalam 30 saat, maka buku tersebut terpaksa aku lupakan buat seketika. Tapi aku ambil jugaklah majalah Solusi isu 34. Keluaran khas sempena Ramadhan dan Syawal. 

pic credit: solusi
Wah, belek-belek tengok ada checklist Ramadhan. Best-best. Tapi hari ni dah masuk hari ke-11. Takpe-takpe, belum terlambat lagi nak isi checklist tu. Siapa yang belum ada majalah ni lagi, baik pergi dapatkannya. Konpem tak rugi punyalah. Okay, cukuplah kot dulu. Daripada nak cerita pasal injection dah melalut promote buku pulakkan...
Selamat meneruskan ibadah puasa :)

Spontaneous Thursday 1 - Be a man

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


.:Seek for 'halal' relationship:.

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #10 - Don't pick me!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Pic credit

Happy fasting :)

Monday, August 8, 2011

Remember: Why I want to get married


I reblog this from khaihan
Why I want to get married?


pic credit: thephorographer.com.my
because I want my eyes to see someone special, someone halal, knowing that she is my gift from Allah. 

because I want someone who loves Allah and loves me because she loves Allah. 

because I want somebody to share my happiness and praise Allah with me, someone to cry my tears with me and make du’a with me and someone to love and love Allah with me. 

because I want to have children of my own to love and care and share with a gift from Allah. 

because I want to share Allah’s beautiful creations and praise His name with someone who Allah has fated to be with me since I was born. 

because verily, with a halal partner, my life and everything I do with my wife will be halal in the eyes of Allah. 

because I am a gift from Allah to someone, and I want to let her feel Allah’s love through me.  

-Muhammad Khairy Farhan

Sunday, August 7, 2011

40 VIP BLOG GARY

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahatera

Wah..alisya nak termasuk dalam 40 orang VIP tu...boleh cari nama Wardah Alisya kat dalam follower Gary tu.


Sape nak termasuk dalam VIP blog Gary boleh klik banner atau link ini. Penyertaan akan ditutup bila dah cukup 40 blog. Cepat sebelum terlambat.

Selamat bepuasa di hujung minggu~

Saturday, August 6, 2011

Pengalaman berpuasa di hostel

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Siapa pernah duduk asrama? Seronok kan... Tapi bila dah keluar asrama barulah rasa seronoknya. Masa dalam asrama rasa nak keluar je.. Tapi itulah manusia, tak pernah bersyukur dengan apa ada. Sebenarnya Alisya tulis entri ni sebab nak respon entri ini by iPai. Nak tulis kat ruangan komen, panjang berjela pulak jadinya nanti.


Alisya mula duduk asrama masa umur 14 tahun. Budak baru tingkatan 2 masa tu. Lepas PMR, masih lagi duduk di asrama. Tapi masa tu dah tukar sekolah. Yang Alisya nak cerita ni, pengalaman puasa masa tingkatan 4 dan 5 la. Dah jadi 'kakak' lah masa tu. 

Subuh
Bermula dengan bersahur, biasanya Alisya tak turun dewan makan. Malas. Selalu Alisya sahur kat dalam dorm je. Makan roti dengan kurma. Lepas sahur tu terus siap-siap mandi segala dan pergi surau. Masa ni memang sembahyang 5 waktu sehari semalam berjemaah. Lepas solat, bacaan al-Mathurat dan tadarus sekejap kalau sempat. Target bulan puasa nak khatamkan Quran. Lepastu sekolah sampai pukul 2.30 petang. Habis lambat sikit masa tu sebab kelas Alisya ambil subjek bahasa arab. 

Zuhur dan Asar
Habis waktu sekolah, solat Zuhur dan balik dorm rehat. Pastu sambung prep sampai 4.30 petang. Solat, dan lepastu riadah pulak. Fuhh, memang terkejar-kejar masa tu. Kelakar pulak bila ingat-ingat balik. Habis je riadah semua cepat-cepat pergi dewan makan (DM). Sebab nak 'chop' tempat. Kalau tak 'chop' DM penuh...pastu tak dapat makan sekali dengan geng-geng. Memang jelas perangai kebudak-budakan masa tu ye.


Maghrib
Lepas 'chop' tempat, kitorang siap-siap mandi dan kemudian beramai-ramai ke DM. Masa ni semua muka senyum je. Dah nak berbuka lah katakan. Oh, masa ni beratur panjang ambil makanan. Yang 'kakak-kakak' ni dah ambil makanan siap-siap lepas riadah. So, sampai DM terus pergi tempat duduk lah kan. Sementara tunggu azan, kitorang zikir ramai-ramai. Azan Maghrib je, akan ada seorang wakil baca doa dan alhamdulillah, berbuka dah.

Isyak dan terawih
Lepas berbuka, terus pergi surau untuk solat Maghrib dan kemudian sambung tadarus sampai Isyak. Solat Isyak dan tarawih. Masa ni boleh dikatakan dugaan hebat jugak. Sebab mata kuyu mengantuk. Jadi boleh faham-faham lah kan masa terawih tu macam mana. Habis terawih sambung prep malam pulak. Masa ni  lagilah. Boleh dikatakan ramai yang tersengguk-sengguk. Tak kurang jugak yang tidur terus. 

Bunyi je loceng terus balik dorm. Pukul 11 lights off. Dan rutin berulang kembali.

p/s: Haa kan dah berjela-jela panjang entri ini. 

GA dari Sheeszshira Shiraz

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Setelah sekian lama tak join GA, hari ini Alisya men'join'kan diri di bulan yang mulia ini. Jom tengok siapa yang anjurkan.


Boleh juga klik link ini. 5 pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan random.org. Siapa-siapa yang nak join, jangan segan silu klik banner atau link tu yer. All the best!

Friday, August 5, 2011

Tergugat iman aku

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Tajuk bikin gempak je kan...Nasib baik dah berbuka. Kalau siang hari ni, mau terliur jugak nih.. Gambar tu Alisya ambil dari tuan punya blog ni


Mintak maaf, Alisya nak copy banner tak boleh. Jadi Alisya gunting je la ye. Jom terjah ramai-ramai tuan punya blog di sini. Korang macam mana pulak? Makanan apa yang boleh buat korang kecur air liur?

Header baru

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Apa khabar semua? Pejam celik pejam celik sudah masuk hari ke-5 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Oh, header itu sudah tukar la. Sebenarnya, Alisya tak terror pun buat header nih... Lepas sahur tadi, tangan gatal-gatal nak try buat. Itulah jadinya. Sebelum-sebelum ni Alisya guna header ini. Guna Shabby Blogs punya, tinggal letak gambar je.


Lepastu Alisya join contest ini dan ehh..menang la..dapat 3 header..tapi alisya guna yang ini


Terbaru, yang ada sekarang tu lah..So, Alisya nak tanyalah pendapat semua, header mana yang lebih elok?

Thursday, August 4, 2011

Nak berbuka mesti kena ada nasi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Beberapa minit lagi akan berkumandang azan Maghrib menandakan sudah masuk waktu berbuka di kawasan anda dan sewaktu dengannya. Mesti da bersiap-siap kat meja makan kan? Banyaknya makanan....hurm, jangan sampai membazir sudah la ya?

Siapa yang berbuka je mesti kena ada nasi? Korang? Alisya pun sama lah... Okay, jom-jom kita terjah pemilik blog ini. Apa agaknya yang perlu ada ketika berbuka...


Kenapa Alisya promote blog dia? Klik sini. Jom terjah ramai-ramai! Klik je banner yang comel tu.

Selamat berbuka!

Wednesday, August 3, 2011

Segmen | Singgah Sahur Pucukdanubi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Jom ramai-ramai meriahkan segmen Singgah Sahur Pucukdanubi. Sape nak join klik je banner kat atas tu.

Sahur jangan tak sahur.


p/s: Wah, blog pucukdanubi dah berwajah baru. Simple but nice!

Wordless wednesday #9 - Ramadhan's checklist

Assalamualaikum w.b.t and greetings to all

credits

Jom terjah ramai-ramai

ENTRI MELEKAT SEHINGGA JAM 8.10 PAGI ESOK. BOLEH BACA ENTRI BARU DI BAWAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Alhamdulillah, sudah masuk hari kedua kita berpuasa pada hari ini. Sahur apa pagi tadi? Ke...tak bangun sahur... Okeh, seperti yang dijanjikan, Alisya akan promote blog yang join segmen ini semalam. Terlebih dahulu, Alisya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi join segmen Alisya semalam. Walaupun tak ramai, tapi Alisya dah suka sangat dah tu. 

Jom kita tengok makanan apa yang mesti ada ketika a t i e n a b e r n berbuka



Selamat menempuhi cabaran dan dugaan puasa di hari yang ke-2.

Tuesday, August 2, 2011

Day 9: Something you're proud of in the past few days

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Meneruskan cabaran hari ke-9. Beberapa hari yang lepas, Alisya dan kawan-kawan sudah selamat mengikuti Istiadat Konvokesyen ke-13 UPSI. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Akhirnya segala penat lelah dan usaha terbayar juga pada tanggal 28 Julai 2011 di dewan SITC, UPSI. Dewan itu telah menjadi saksi kami  menjadi warga UPSI dengan menyertai minggu suai kenal (MSK) dan sekali lagi dewan itu telah menjadi saksi apabila kami melangkah dari dewan tersebut kami akan bergelar alumni anak kandung suluh budiman.

Begitu cepat masa berlalu. Kalau dulu, muka semua naif je. Perangai macam budak-budak. Tapi sekarang, setelah empat tahun, masing-masing sudah menjadi dewasa dan memikul satu tanggungjawab yang cukup berat apabila bergelar 'cikgu'. Memetik kata-kata pro-canselor YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Yahaya bin Ibrahim, "Once a teacher, always a teacher". Cukup besar makna kata-kata tersebut. Buat semua teman-teman seperjuangan, Alisya ucapkan tahniah buat kalian kerana berjaya menamatkan pengajian dengan wajah yang berseri-seri di samping keluarga tercinta. Perjalanan kita masih panjang kerana ini baru permulaan dalam menghadapi dunia sebenar. Cabaran menjadi guru pada masa kini lebih hebat. 


Air menurun ke tepian panji
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi 
Semakin berisi semakin menunduk


Hard work pays! Alhamdulillah~

Day 8: Short term goals for this month and why

Segmen: Makanan/minuman yang mesti ada ketika berbuka puasa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Hari ini Alisya teringin nak buat segmen sempena dengan bulan Ramadhan yang telah tiba. Harap-harap ada yang sudi join la. Segmennya mudah saja iaitu:-

1. Tajuk segmen: Makanan/minuman yang mesti ada ketika berbuka puasa.


2. Letak banner blog Wardah Alisya dalam entri dan linkkan ke entri ini.

3. Beritahu Alisya makanan (termasuk kuih-muih) atau minuman yang wajib ada ketika berbuka puasa. Contohnya, masa berbuka mesti kena ada kuih cara 3 biji. 

4. Korang ceritalah kenapa mesti ada makanan/minuman tu.

5. Siap? Copy link entri anda ke ruangan komen entri ini.

Disebabkan kita sekarang sedang berada dalam bulan yang mulia ini, Alisya dengan berbesar hati akan mempromosikan blog korang yang join segmen ini selama satu hari (24 jam) di blog ini mengikut giliran.

Tarikh tutup segmen: Malam ini jam 12 tengah malam.

Monday, August 1, 2011

Day 8: Short term goals for this month and why

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, matlamat Alisya ialah untuk pergi solat terawih sebanyak hari yang mungkin. Tahun-tahun sudah, awal-awal puasa je yang semangat. Hurm..tak baguslah begitu kan. Ni dah duduk kat rumah, rasanya haruslah selalu pergi terawih. 'Exercise' yang baik di bulan Ramadhan. Dan satu lagi, Alisya berazam untuk membaca kitab suci al-Quran sekurang-kurangnya satu muka setiap hari. Mudah-mudahan Alisya mampu melawan nafsu malas dalam diri Alisya ni. Haih, kalau rajin bukak blog, kitab suci pun harus rajin baca lor...Jangan fikir saham dunia je..saham akhirat pun kena jaga jugak Alisya!

Kenapa? Macam dalam entri Alisya yang ini, Alisya mengharapkan Ramadhan pada kali ini lebih bermakna dan 'terisi'. Mahu rebut banyak-banyak ganjaran yang percuma dari Tuhan. Alisya tidak mahu jadi seperti kata-kata yang terdapat dalam entri ini. Doakan Alisya berjaya!

Sekian.