Wednesday, January 19, 2011

Tolonglah ganti kain pelikat tu

Salam. Pertama sekali, entri kali ini WA bukanlah nak membebel atau memburuk-burukkan orang, tapi WA sekadar ingin memberi pandangan yang WA rasakan perlu untuk mereka-mereka yang berkenaan membuat sedikit perubahan.

Tengok tajuk tu? Kenapa dengan kain pelikat? Salah ke pakai kain pelikat? Kain pelikat dan lelaki memang tak dapat dipisahkan, macam perempuan dengan kain batik lah. Fair and square. Kain pelikat ni memang senang nak pakai, sarung dan kemaskan di pinggang. Cukup mudah, tak sampai 1 minit dah siap. Tapi, persoalannya di sini, salah ke pakai kain pelikat? Jawapan WA, tak salah...tapi boleh jadi salah sekiranya kain pelikat itu dipakai ketika keluar makan malam kat kedai tomyam. Adeh...kut ye pun tak menyempat, agak-agaklah cik abang nak keluar rumah pun. Kat tempat awam tu. Yelah, WA tahulah rumah sekangkang kera je dengan tempat makan, tapi kalau ye pun tukarlah kain tu pakai seluar. Kalau dah malas sangat, pakai seluar track pun ok apa? 

WA bukan apa, mungkin disebabkan WA dah terbiasa dengan peraturan "Dilarang memakai kain pelikat atau kain batik kecuali di bilik @ rumah masing-masing ". Tu kalau buat hal mau kena saman dengan pak guard. Kalau dari surau tu WA fahamlah. Ok lah, WA fikir positif kat sini. Mungkin cik abang tu baru balik sembahyang kat surau. Tu yang tak tukar tu. Tapi yang WA pelik tu selamber je satu family ni pakai baju tidur pergi  makan. Baik mak budak, baik bapak budak. Nasib baik tak pakai baju kelawar.

Source: Link, Credit: Dato Lat
Apa yang WA nak sampaikan kat sini ialah, walau sedekat mana pun rumah dengan tempat makan, pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan dan tempat. Banyak mata yang memandang. Tak gitu? Maaflah ye kalau entri WA kali ni ada buatkan sape-sape terasa. WA tiada niat nak buatkan anda berasa begitu. Sekian.

3 comments:

Azan said...

betul3x..
kalo tiba2 terlucut kain pelekat tu, kan dah jadi tayangan free..
orang sekeliling plak x selesa..
nak mkn pn terbantut..

Syazwani Zulkefli said...

haha.
betul tu.
tambah2 perempuan kalau pakai kain batik kat tmpat public.lagilah serabut mata.
kalau kat klinik,pmandangan tu dh jd cm biasa.mcm tak kisah org tgk dia.

Wardah alisya said...

azannudin: kain terlucut? euww...tak nak tengok..memang boleh terbantut nak makan.hehe

syazwanizul: ada jugak ea org pakai kain batik g klinik...emergency sangat dah tuuu...