Salam.
Ye, WA pelajar UPSI..Universiti Pendidikan Sultan Idris.. Tapi kenapa orang selalu cakap Universiti Perguruan Sultan Idris..Pelik sungguh bunyinya..
Kenapa WA tiba-tiba expose belajar kat mana nih? Sebenarnya post kali ini ada bersangkut paut dengan satu segmen dalam Blog Pilihan Malaysia (BPM) iaitu segmen sahabat blogger: Universiti awam. Boleh terjah di sini.
WA adalah batch 2007/08 kos Pendidikan Sains (AT16) Fakulti Sains dan Teknologi...tapi sekarang dah tukar kepada Fakulti Sains dan Matematik. Dah tujuh semester dah bertapa kat bumi Tanjung Malim tu..sekarang dah semester 8...super senior dah. Hehe. Tak lama lagi praktikum.
Kalau nak cerita pengalaman, memang banyak sangat pengalaman sepanjang kat UPSI nih.. Pahit, manis, masam, masin semua ada.. Pengalaman manis banyak sangat terutama sekali masa WA sekelas pergi fieldtrip. Dalam sibuk-sibuk dengan assignment dan mini projek, sempat lagi pergi 'bercuti'. Tapi balik dari fieldtrip memang penatlah...
Entri-entri masa pergi fieltrip dulu pernah WA kongsikan dalam entri-entri lepas. Boleh klik mana yang berkenan:
Dalam banyak-banyak fieldtrip tu, dekat Kuala Gandah lah yang paling WA tak boleh lupa. Konon nak mandikan gajah, alih-alih gajah yang mandikan kita. Masa pergi tu Jihan tengah buat penggambaran lagi untuk program tv yang dekat ASTRO tuh..
Pengalaman pahit pun ada juga. Tapi yang tu WA simpan sendiri sajalah..Tapi semua tu dah jadi kenangan dah..Masing-masing akan bawa diri sendiri tak lama lagi. Lepas raya cina nanti WA dah mula praktikum..Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis belajar dah (tapi belum habis lagi taw).
Gambar kenangan bersama satu kelas:
Fieldtrip di Deerland |
Gambar kenangan selepas tamat perasmian penutup minggu alam sekitar |
2 comments:
Datang melawat pelajar Upsi
Salam Singgah daripada pelajar UTP
Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy
Selamat datang
Post a Comment