Salam..setelah 2 minggu ditag, akhirnya WA tunaikan juga hutang tag oleh IntanKuTerpilih. Bukan tak nak buat awal-awal memandangkan WA bukanlah orang yang layak untuk membuat review terhadap blog orang lain kerana blog WA sendiri serba kekurangan. Memandangkan telah ditag, WA tunaikan jugalah sebab ia semacam menghantui selagi WA tak buat..hehe.
Review ini hanyalah sekadar pandangan peribadi daripada WA sahaja...harap kak Hajar jangan ambil hati ye jikalau WA tersalah kata.
1. Apakah nama pena yang sesuai diberikan untuk blog IntanKuTerpilih?
Nama pena IntanKuTerpilih tu OK saja sebab WA sendiri menggunakan nama Wardah Alisya untuk sebagai ganti nama diri WA. Walaupun mula-mula tahu kak Hajar ada blog, tertanya-tanya juga kenapa IntanKuTerpilih? dan menyebabkan WA lebih nak panggil kak Intan daripada kak Hajar. Tetapi itu hak masing-masing, suka hati lah nak guna nama apa pun kan...
2. Apakah perunbahan yang perlu dibuat oleh blog IntanKuTerpilih?
Memandangkan kak Hajar telah menukar rumah barunya, maka WA rasa tiada apa-apa yang hendak dikomen sebab rumah baru ni lebih kemas dan tersusun berbanding dengan rumah yang sebelumnya. Header pun lawa. Simple but nice!
3. Apakah komen anda terhadap blog IntanKuTerpilih?
Komen WA, blog IntanKuTerpilih ni best je. Banyak juga info dan tips yang dikongsikan di samping entri-entri yang bersifat personal. Terdapat juga entri yang sangat informatif dan berguna untuk blogger yang baru nak aktif macam WA ni. Loading blog IntanKuTerpilih pun cepat. Lain-lain WA tak ada apa dah nak cakap.
Sekian.
p/s: fuhh...selesai juga buat tag ni..lainkali tag lagi ye..ahaks.
No comments:
Post a Comment