Tuesday, September 27, 2011

Lappy kesayangan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hai semua. Dah lunch ke belum? Harap-harapnya semua dah kenyang lah ye? Cerita pasal lappy kesayangan ni sebenarnya aku telah men'join'kan diri dalam 1st segmen Santri: Komputer kesayanganku. Tapi tajuk entri aku lappy kesayangan...boleh tak tuan segmen? Sebab aku ada laptop je..takda komputer. Mula-mula beli laptop ni, masa sem 1 kat u. Dalam tahun 2007 gitu. Masa tu teruja giler kot. Pulak tu ada webcam lagi. Semangat kot ambil gambar guna webcam. Haha. Lawak sangat masa tu. Dah macam "kera dapat bunga". Betul ke peribahasa ni?

Sekarang dah grad, lebih kurang 4 tahun dah lappy ni bersama aku. Alhamdulillah, lappy ni masih lagi bernyawa dan berjasa pada aku. Bagai menatang minyak yang penuh tu. Tak pernah jatuh dan setakat ni dah dua kali format. Tu pun sebab nak upgrade os daripada XP kepada Vista dan yang kedua tukar kepada Windows 7. Inilah dia lappy yang aku sayang sangat-sangat tu.


Model: Acer Aspire 4720
Ram: 2.00 GB
Hard Disk: 120 GB
Processor: Intel(R) Core(TM)2 Duo CPU

Masa mula-mula beli ram tak banyak lah...tapi makin lama, upgrade sikit demi sikit. Tapi disebabkan umur lappy ni dah banyak, kadang-kadang, ada jugaklah hang. Yang penting kena sabar. Tak gitu? Kalau tengok keyboard aku letak sticker jawi, kecuali X,C, V. Aku dah buang stickernya. Dah teruk sangat dah. 

Aku memang sayang lappy ni. Banyak sangat dah jasa 'dia'.

Kepada sesiapa yang nak join sekali segmen ni, boleh klik link ini. Pencarian Alisya masih diteruskan... Klik sini untuk join sekali. Trimas~~~

3 comments:

Santri T.P.I.N.I said...

terima kasih wardah sebab sudi join segmen ni... entri yg menepati syarat2 yg diperlukan! best!!

Nini Hartini said...

wow stickerjawi eh? akk punye pc sticker korea. hehee

good luck.

NasZ said...

sayang betul lappy dia ek? hehe. sila jaga lappy anda elok2.

MOHD NASER.com