Saturday, December 4, 2010

Pengemas terhebat

Salam. Alhamdulillah, peperiksaan akhir untuk semester ini telah secara rasminya telah tamat pada 031210 semalam jam 1030 pagi. Keluar dewan peperiksaan senyum je [bukan sebab boleh jawab]. Dalam kepala dah start merancang segala bagai apa yang hendak dibuat. So, sampai je kampus terus pergi makan dulu..lapar kot..

Kemudian pusing-pusing jap cuci mata..Balik rumah kononnya semangat nak terus kemas tapi WA postpone dulu sebab barang-barang terlalu banyak maka WA hanya merehatkan diri dahulu sebelum memulakan proses mengemas. 

Selepas berkumandangnya azan maghrib, barulah mula mengemas apa yang patut. Makin kemas, makin menggunung pulak barang-barang WA..[hahahaha]. Entah apa barang je kan. Tapi yelah, mana nak diletak baldi-baldi, bakul sampah, buku-buku semua. Tu belum masuk pakaian lagi, kasut..[erk, banyaknya]. Entah muat ke tak kereta pakcik adnan tu. Hehe.

Akhirnya proses mengemas siap dalam pukul 10 lebih. Barang bertimbun tak tahu nak kata apa. Sampah juga. Bila cerita pasal final sem ni, biasalah kan akan masuk gear memory lane kan..Tapi tak nak cerita pasal tu dulu. Yang tu WA akan buat entry khas ok..


Banyakkan...tu belum masuk dua beg lagi kat dalam bilik. Ok lah..cukup dulu setakat ni..bilik WA sekarang memang dah kosong. Loker pun. Tinggal baju nak pakai utk 3 hari ni je sebelum balik kampung..hoyeh!

No comments: