Sunday, December 5, 2010

Pasar malam Tg Malim

Salam. Petang tadi sempat ke pasar malam. Macam biasa, memang ramai orang kat pasar malam ni. Misi sebenar adalah untuk mencari KFC, buku dan inner cotton. Tapi lain yang dicari, lain pula yang dibeli [adeyh]

Sepanjang WA di Tanjung Malim ni, setiap kali WA ke pekan memang tak sah kalau tak beli salah satu daripada makanan-makanan kat bawah ni. Jom kita tengok..

1. Cendawan goreng
Tengok tu, cepat je mangkuk cendawan tu dah kosong. Laris sungguh.

2. Char kue teow
Sedap wooo

3. Moi sup (bubur air)
Saudagar. Jenama sup yg terkenal kt Tg Malim ni.

4. Cucuk-cucuk
Ha..yg ni WA panggil cucuk-cucuk..ekekeke..sbb tak tahu nak panggil apa

OK. Yang ni WA baru je try tadi. Sebelum ni tak pernah cuba pun. Potato spring. WA pilih perisa black pepper. Sedapnya..sehingga menjilat lidi.

Potato spring

Yang ni pizza buatan sendiri. Sepotong RM 1.50 je.

Kemudian terbehenti kat apek yang jual beg yang ada 'feng shui'. Yang paling  WA ingat kata-kata dia ialah, "Mari beli beg ini, datang dari Korea. Buka, tutup dan tak keluar-keluar" Eer. Apakah? Sebenarnya dia tengah cakap pasal beg tu. Macam magik pulak aku tengok. Last-last aku beli lah jugak dengan harga RM 15 dua..Dayah juga turut menjadi mangsa. Hehe.

Demonstrasi menggunakan dompet itu

Dan last sekali...

WA sempat juga beli novel baru. Yeah. Macam best je...Tak sabar nak baca. Harap-harap novel ni best lah. Tadi sudah menghabiskan Sinergi. Novel tulisan Hilal Asyraf. 5 thumbs up. Recommended.

So, memang apa yang list kat atas tu awal-awal lagi dah tak ikut kan. Takpe la, pergi KFC tadi panjang sangat beraturnya...tak larat aih nak tunggu..Inner? Lain kali boleh beli..Yang penting WA happy sangat petang tadi.

4 comments:

RazFiRa said...

waw..cam best je novel tu..nak pinjam..hehehe

Alisya said...

Boleh2..hehe

fatynadia said...

eh, study dekat tg malim ka? wahh, dah lama tak pegi pasar malam sana.

Alisya said...

@fatynadia aah..best kan pasar mlm tg malim?