Thursday, December 30, 2010

Spageti Melayu

Salam dan hallu bloggers sekalian..

Apa khabar hari ni? WA harap semuanya ceria gumbira lah kan sebab Harimau Malaya dah menang semalam..dapat cuti lagi tu esok..hehe..

Tengah dok fikir nak masak apa tengah hari tadi, tekak ni tiba-tiba gatal pulak nak makan spageti..haa...tapi spageti WA ni lain sikit la..ikut tekak orang melayu..nak pedas-pedas sikit..baru sedap..

So, WA nak share sikit kat sini..tapi resepi ni ikut kepala WA ye..main campak sesuka rasa..maklumlah, WA tak berapa nak pandai sangat masak. Sikit-sikit boleh la..

Okay, bahan-bahan yang kita diperlukan:


1. Bawang merah - dihiris
2. Bawang besar - dimayang
3. Cili kisar/cili padi
4. Tomato/sayur
5. Bebola udang (ikut selera masing-masing)
6. Prego
7. Sos cili
8. Sos tomato
9. Daging kisar
10. Spageti
11. Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. First sekali, rendam spageti dalam air untuk beberapa minit (macam rendam bihun tu). Dalam masa yang sama, rebus air dalam periuk. Letak sedikit garam ye. Bila air dah mendidih baru masukkan spageti tadi.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan bawang merah dan cili kisar/cili padi. Setelah garing, masukkan sedikit air. Kacau rata dan biar mendidih.

3. Kemudian masukkan daging kisar, kacau sehingga daging masak. Dan masukkan bebola udang. Kacau rata.

4.  Pastu masukkan prego, sos cili dan sos tomato. Yang part ni, boleh masukkan ikut citarasa masing-masing. Ada yang suka masam sikit, ada yang suka pekat..terpulang.

5. Kemudian masukkan sayur dan bawang besar. Kacau rata dan selepas tu boleh masukkan tomato.

6. Setelah mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh letakkan sedikit perasa (Ajinomoto) jika perlu.

7. Setelah puas hati dengan rasanya, boleh padamkan api dan hidangkan. Dah siap pun. Senangkan?

Inilah hasilnya. Selamat mencuba.

No comments: