Saturday, October 15, 2011

Situasi wanita tanpa make-up

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Wanita dan alat kosmetik sudah menjadi seperti isi dan kuku. Peralatan make-up merupakan antara benda wajib yang perlu ada di dalam tas tangan wanita, betul tak? Paling minimum pun mesti ada compact powder dan lip balm atau gincu.


Mengikut pemerhatian aku secara rambang, wanita jarang atau langsung tidak bermake-up apabila:-
1. Pergi ke pasar
Setakat nak beli ikan, ayam, sayur tu tak kan nak pakai make-up beriya kan? Buat membazir je.. Yang asas mungkin la, bedak dan lip balm, nanti karang terkejut pulak orang kat pasar tengok muka pucat. Tapi ada ke orang pergi pasar pakai blusher, bulu mata palsu segala? 

2. Pergi klinik 
Ha, situasi pergi klinik ni merujuk kepada wanita itu sendiri yang sakit. Bukan kawan, ibu atau kakak yang meneman ye. Kalau nak bangun pun tak larat, memang aci pergi je la klinik tu takde make-up pun. Nama pun orang sakit kan...

3. Dalam rumah
Yang ni memang dah boleh dipanggil macam "I cannot live without make-up" dah ni kalau pakai make-up jugak. Memang saje je nak make-up tu cepat habis kan...

Setakat ni 3 tu je lah yang aku terfikir. Kalau ada lagi boleh tambah kat komen ye. 

Bisik-bisik: Natural beauty lebih cantik bagi aku... 

3 comments:

RHI said...

akak yang lain2 memang tak penting, yg penting bedak dan lipstik tak tinggal huhuhu

Zul fattah said...

aku tak pakai make up ni.. huhuh

Anonymous said...

hahaha... ye betul2.. sy akan bermekap bile kua meroyan :P