Sunday, October 16, 2011

"My happiest moment"

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Setiap hari, setiap waktu, setiap saat, terlalu banyak benda yang berlaku di sekeliling kita. Dari kita kecil sehingga kita dewasa segala kenangan indah, pahit, masam dan manis tentunya masih segar di ingatan. Namun alangkah indahnya jika setiap kenangan itu dapat kita rakam dan simpan buat tatapan cucu cicit kita pada masa akan datang?

Dalam banyak-banyak kenangan dalam hidup aku, kenangan manis yang tiada gantinya pada aku ialah ketika zaman bergelar seorang pelajar. Sungguh, dari tidak mengenal huruf, sekarang sudah pandai membaca dan menulis pula. Sungguh, aku sangat rindukan zaman itu. Ah, masa tidak boleh diputar kembali kan? Oleh sebab itu, dalam menghabiskan waktu-waktu akhir bergelar pelajar, kurakamkan detik-detik manis ini bersama kawan-kawan agar ia menjadi bukti bahawa aku tersangat gembira pada waktu itu.


Lokasi gambar adalah di Mini Zoo, Taman Teruntum, Kuantan. Ketika dalam tempoh praktikal, sempat aku membawa teman-teman datang ke sini. Sesekali merehatkan minda menikmati keindahan semulajadi. Datang kembali ke tempat ini mengingatkan aku sewaktu kecil dahulu. Di sinilah tempat aku menghabiskan masa hujung minggu bermain-main di taman permainan ini. Dan sekarang aku berbangga kerana dapat membawa sahabat-sahabatku kembali ke tempat ini. Lebih berharga jika semua kenangan itu dapat dirakam dengan Olympus PEN-Lite E-PL3 ataupun Olympus PEN mini E-PM1!

Oh, ada apa dengan PEN Lite ataupun PEN mini itu? Haruslah anda semua bersama-sama menyertai peraduan terbaru daripada Nuffnang ini. Antara hadiah-hadiah yang mungkin dimenangi oleh anda:-

Tempat pertama: Olympus PEN Lite E-PL3 kit

Tempat kedua: Olympus PEN mini E-PM1 kit

Tempat ketiga hingga kelima: Olympus PEN leather carry-all bag

Menarik bukan? Menggoda betul hadiah-hadiah tu. Nak tahu lebih lanjut mengenai peraduan ini, sila klik link ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

p/s: Semua gambar hadiah adalah dari sumber ini.

4 comments:

merahitujambu said...

rindu jugak zaman tu...=)

Munna said...

goodluck =)

fiezah91 said...

kalau menang tu memang best la. hehe..

RAINS INDRANI FIRDAUS said...

tringat jugak zman studi dlu2...tadak duit je,mkn la maggi cup..huhuhuuu..