Saturday, October 1, 2011

Aku dan lagu [Day 10 blogger challenge]

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Cerita pasal lagu, korang dengar lagu tak? Sebenarnya, aku nak menyiapkan 30 days blogger challenge. Hadoi. Liat betul nak membuatnya ye tak?

Lagu yang aku dengar bila aku sedih, marah, gembira atau bosan? Sebenarnya tak tentu. Kalau aku sedih, biasanya aku akan dengar lagu-lagu yang berentak perlahan. Kadang-kadang dengar lagu tu lagi buat aku sedih. Baik tak payah kan. Kalau aku tengah marah atau 'bengang' dengan sesuatu biasanya aku akan dengar lagu-lagu linkin park. Biar kasi bergegar kepala. Kalau gembira pulak, of course lah lagu yang ceria. Tapi kadang-kadang dalam semua mood tu, aku tak dengar lagu pun. Lebih baik duduk diam, tenangkan fikiran. Ataupun menghadap yang Esa. Itu lebih baik bagi aku. Takdelah ingat Dia masa susah je. Masa senang pun kena ingat jugak. 

2 comments:

aimie amalina said...

hehehe
dgr lagu layaaaann je
i love muzik2!=]

NasZ said...

saya kalau sedih, dengar lagu rancak. baru layan.hehe.

MOHD NASER.com