Saturday, January 7, 2012

Aiskrim untuk si sugar glider

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Lulu bersama tuannya. Saya cuma babysitter saja
Aku tak tahu istilah yang tepat bagi makanan untuk sugar glider ni, tapi setelah baca entri neon di sini, aku rasa istilah yang betul ialah smooties. Betul ke? Disebabkan aiskrim si Lulu ni dah lama habis, maka aku dengan rajinnya buat aiskrim untuk dia. Kalau masa mula-mula buat dulu aku guna HPW, madu dan scramble egg tanpa minyak, disebabkan kekurangan bajet, maka aku buat ala-ala neon sajelah.

Bahan-bahan:
Buah betik
Buah epal
Sedikit tomato
Madu

Cara-cara:
Blenderkan semua bahan di atas. Dan inilah hasilnya...
Mudah, cepat dan jimat


Dapat satu tupperware kecil. Cara penyimpanan: Disebabkan aku panggil nama dia aiskrim, maka sudah tentu aku simpan kat dalam freezer. Masa nak bagi makan, aku ambil sikit, bagi dia cair baru bagi Lulu tu makan. 

6 comments:

cik violet said...

rajin nye ;)

aDiB sYaZWaN said...

sugar glider?

diana said...

dia gigit orang tak??

Alisya said...

@aDiB sYaZWaN iya..sugar glider kesayangan..

Alisya said...

@diana kalau dengan orang tak kenal, biasanya dia garang sikit...gigit tu ada juga sikit-sikit..tapi jangan risau, tak sakit pun..hihi

myra said...

sy ni bole D katakn baru jga la bela sg..D hrp awk sudi la beri tunjuk ajr ea..