Monday, January 2, 2012

Baru masuk tahun baru sudah kecoh...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Celik je mata masuk tahun baru harapnya semua ok sajalah...tapi bila buka facebook dan lihat video ini, kusss semangat. Benda pertama yang terlintas dalam kepada aku ni kenapa mereka buat macam tu? Walaupun aku bukan lagi seorang mahasiswa, tapi sedikit sebanyak tempiasnya terasa juga. Sehingga kini, terlalu banyak berita berkaitan isu panas Adam Adli dilaporkan.

Pada mulanya, aku ingatkan si dia (AA) ni perjuangkan isu posting, tapi setelah melihat video tersebut dan mencari maklumat berkaitannya baru aku faham berkaitan isu ini. Sedih bila melihat keadaan sebegitu terjadi di universiti sendiri. Kalau macam ni gayanya, nak ke kampus pun takut...

Harap-harap isu ini tak memberi kesan kepada posting nanti. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. 

No comments: