Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Meneruskan cabaran hari ke-9. Beberapa hari yang lepas, Alisya dan kawan-kawan sudah selamat mengikuti Istiadat Konvokesyen ke-13 UPSI. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Akhirnya segala penat lelah dan usaha terbayar juga pada tanggal 28 Julai 2011 di dewan SITC, UPSI. Dewan itu telah menjadi saksi kami menjadi warga UPSI dengan menyertai minggu suai kenal (MSK) dan sekali lagi dewan itu telah menjadi saksi apabila kami melangkah dari dewan tersebut kami akan bergelar alumni anak kandung suluh budiman.
Begitu cepat masa berlalu. Kalau dulu, muka semua naif je. Perangai macam budak-budak. Tapi sekarang, setelah empat tahun, masing-masing sudah menjadi dewasa dan memikul satu tanggungjawab yang cukup berat apabila bergelar 'cikgu'. Memetik kata-kata pro-canselor YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Yahaya bin Ibrahim, "Once a teacher, always a teacher". Cukup besar makna kata-kata tersebut. Buat semua teman-teman seperjuangan, Alisya ucapkan tahniah buat kalian kerana berjaya menamatkan pengajian dengan wajah yang berseri-seri di samping keluarga tercinta. Perjalanan kita masih panjang kerana ini baru permulaan dalam menghadapi dunia sebenar. Cabaran menjadi guru pada masa kini lebih hebat.
Air menurun ke tepian panji
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin menunduk
4 comments:
tahniah wardah..wee.semoga kita pun akan mencapai seperti apa yang wardah dapat insyallah, doa dan usaha..
hard work pays! yes, u've said it! :)
congrats!
@Atiqah Sa'ahiry terima kasih atiqah! insya Allah...yang penting usaha + doa + tawakkal ~~
@Acikthanks acik!
Post a Comment