Thursday, January 27, 2011

Revolusi tudung si gadis

Assalamualaikum dan ucapan selamat WA ucapkan kepada semua.

Jika diimbas kembali masa WA kecil-kecil dulu, zaman muda remaja rata-rata pemakaian tudung si gadis lebih bertumpu kepada tudung bawal. Ala, tudung segi empat yang dilipat berbentuk segi tiga tu..yang ada sulam pada penjuru tudung tu. Kini trend pemakaian tudung tidak hanya bertumpu kepada tudung bawal malah berbagai-bagai tudung muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Cepat dan banyak. Ala-ala da boom gitu. Jom tengok evolusi tudung si gadis masa kini.

1. Tudung bawal


Tudung bawal ni memang boleh dikatakan setiap wanita memilikinya. Dari si gadis kepada makcik-makcik juga pasti ada. Yang membezakannya adalah 'volume' sulaman pada setiap tudung tersebut. Biasanya bawal no 1 menjadi pilihan. Selesa dan lembut dipakai. 

2. Tudung manjalara


Tudung manjalara ini pernah menjadi satu fenomena juga suatu masa dulu. Mula-mula keluar harga mahal giler. Tapi sekarang, orang dah tak pandang sangat dah tudung ni. Batu-batu kat tudung tu pun berevolusi. Macam-macam bentuk dan gaya ada. 

3. Tudung Bienda


Yang ni ala-ala gipsi gitu. Trademark anting-anting besar dan leher turtleneck untuk menutup leher.  Mungkin masa ni selendang mula diperkenalkan. Tapi fesyen macam ni tak ramai sangat gadis-gadis ikut, ntah kenapa ye?

4. Tudung Wardina


Kalau anda ingat lagi akan iklan sunsilk, masa tu Wardina mengenakan tudung. Masya Allah, cantiknya..maka semenjak itu, tudung Wardina pula mendapat tempat di hati si gadis. 

5. Tudung Wahida


Fenomena tudung Wahida tak kurang hebatnya. Masa ni 'awning' mula diperkenalkan. Salah satu penyelesaian kepada tudung yang selalu tidak menjadi/kemek di hadapan buat si gadis.

6. Tudung Ikin


Tudung Ikin juga menjadi fenomena yang tidak kurang hebatnya. Nampak elok je dengan muka dia. Diambah pula dengan lakonan Tiz Zaqyah yang mengenakan tudung sebegini dalam drama Nur Kasih. Lebih kemas dan praktikal.

7. Tudung Yuna


Pemakaian selendang atau shawls dalam bahasa omputihnya, kian mendapat tempat di hati gadis-gadis. Bermula dengan Yuna, gadis-gadis makin berani bereksperimen dengan shawls yang ada di pasaran. 

8. Tudung syria

Mudah dan ringkas.

9. Shawl bermanik di hujung (tak tahu nama sebenarnya apa)


Manik berjurai-jurai di hujung dan berwarna warni. Juga tidak perlu digosok kerana sudah sedia renyuk  begitu.

10. Shawl crumple


Yang ni hujungnya seperti itu (di dalam gambar). Silap-silap boleh jadi senjata oo..ketuk kepala orang pun sakit. Hehe. 

11. Pashmina


She's gorgeous! Siapa lagi kalau bukan Hana Tajima Simpson ini. Gaya pemakaian pashmina ala-ala Hana Tajima semakin menjadi trend si gadis. 

Jika dilihat dari senarai nombor 1 hingga 11, gaya pemakaian tudung si gadis bermacam-macam gaya sekarang ni. Daripada tudung kepada shawls. Daripada tiada corak kepada bercorak-corak dan pelbagai jenis material. Ditambah pula dengan aksesori-aksesori tambahan untuk melengkapkan gaya, si gadis semakin berani untuk mencuba pelbagai gaya baru. Walau apa sekalipun gaya bertudung si gadis, sama ada menutup aurat yang sepatutnya ataupun tidak, tepuk dada tanyalah selera masing-masing. 

Sekian.

P/S: Entri ini ditulis tidak bermaksud untuk mengguris hati mana-mana pihak. WA hanya ingin kongsikan berkenaan dengan trend pemakaian tudung sahaja dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak. Sumber gambar adalah dari Google. 

7 comments:

Cik Ain said...

dulu tak pning kpala pasl pemilihan tudung, tapi sekarang pening kepala, Terlalu banyak pilihan tudung sekarang, sampai dah tak tahu nak kenakan yang mana satu, heehee :)

Wardah alisya said...

cik ain: yang penting selesa di pakai dan nampak kemas..hehe

niesz said...

ha a kan..mcm2 betul skang ni fesyen tudung..lps ni fesyen mcmane plak ek..hehe..tudung bwl skang pon mcm da x laku je..

updated entry :orang parit order pizza

cik bunga said...

iyelah..pening ngan macam2 tudung d pasaran.. tapi yg penting diri sendiri selesa dan tutup mana yang perlu di tutup..karang ikut ngat fesyen sampai lupa lak niat asal nk bertudung...wallahualam

Wardah alisya said...

niesz: tdung bawal masih mempunyai peminatnya yg tersendiri..WA sedang membayangkan fesyen tdung tahun 2020.hehe

Wardah alisya said...

cik bunga: betul2..niat tu penting.

rhm slzr said...

tudung wardina and tudung manjalara tu yg ayu je kalau pakai.