Sunday, January 30, 2011

Doktor juga seorang blogger

Salam 1 Malaysia.

Sejuknya hari ni. Sudah dua hari berturut-turut hujan dari semalam. Nampaknya memang duduk kat rumah je la jawabnya kan. Entri ini sebenarnya WA tulis sebagai penghargaan kepada Dr Hafiz kerana telah menjadi follower Wardah Alisya. Macam tak percaya je. 


Terima kasih buat Dr kerana sudi follow blog WA yang tidak seberapa ini. Kepada yang belum kenal dengan Dr Hafiz lagi, boleh ke blog beliau di sini.

Friday, January 28, 2011

BEN ASHAARI BLOG

Assalamualaikum..

WA nak masuk lagi dalam bloglist abg Ben. Ingat nak masuk semalam. tapi rasa macam tak ada harapan je. Tapi disebabkan abg Ben bukak lagi list tu, WA tak nak lepaskan peluang!


Biasanya WA update blog sekali sehari ataupun 2 hari sekali. Setakat ni baru ada 157 entri. WA nak masuk dalam bloglist BA ni sebab BA ni fofular. Ramai user online kat blog BA. Kira macam promosi blog jugalah bila ada dalam bloglist BA. Untung-untung ada yang singgah blog WA nih. Sebenarnya BA dah banyak membantu WA menaikkan trafik secara tak langsung..sebab tu WA suka je join segmen BA ni. Terima kasih abg Ben!

Sekiranya blog WA popular, nak buat apa ya? Tak pernah terfikir pulak. Apa-apa pun WA tetap akan menulis seperti biasa dan WA akan berusaha untuk upgrade entri. Ilmu yang bermanfaat tu dapat pahala kan?

Okay, itu sahaja. 
Sekian.

COLOURFUL CONTEST

Salam kepada semua pembaca Wardah Alisya.

Anda suka tengok pelangi tak? WA suka..sebab apa? Sebab pelangi tu warna-warni. Cantik. Cakap pasal warna-warni ni, MRS WIEDA telah menganjurkan satu contest yang bertemakan warna-warni. Header beliau juga penuh dengan warna-warni. Menarik u olls!


Apa yang menariknya ialah, tuan penganjur memberi kebebasan kepada peserta bagi menghantar gambar yang penuh warna-warni itu. Pakaian ke barang ke tak kisah yang penting colourful! Maka dengan ini WA mempertandingkan gambar ini:


Ha..warna-warni tak? Bukan senang nak jumpa kolam tu. Masa Deepavali je jumpa. Gambar ini diambil masa WA nak balik kampung cuti semester lepas. Jumpa BFF dulu kat Times Square. Ok, kena lengkapkan slogan pula.

"Hidup ini colourful kerana terdapat pelbagai corak dan warna-warna kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap insan yang bernama manusia."

Kepada yang berminat, boleh join sehingga 14 Feb 2011. Terdapat 3 hadiah utama dan 2 hadiah saguhati tajaan WEIYDA COLLECTION untuk dimenangi. Sekian.

Thursday, January 27, 2011

Revolusi tudung si gadis

Assalamualaikum dan ucapan selamat WA ucapkan kepada semua.

Jika diimbas kembali masa WA kecil-kecil dulu, zaman muda remaja rata-rata pemakaian tudung si gadis lebih bertumpu kepada tudung bawal. Ala, tudung segi empat yang dilipat berbentuk segi tiga tu..yang ada sulam pada penjuru tudung tu. Kini trend pemakaian tudung tidak hanya bertumpu kepada tudung bawal malah berbagai-bagai tudung muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Cepat dan banyak. Ala-ala da boom gitu. Jom tengok evolusi tudung si gadis masa kini.

1. Tudung bawal


Tudung bawal ni memang boleh dikatakan setiap wanita memilikinya. Dari si gadis kepada makcik-makcik juga pasti ada. Yang membezakannya adalah 'volume' sulaman pada setiap tudung tersebut. Biasanya bawal no 1 menjadi pilihan. Selesa dan lembut dipakai. 

2. Tudung manjalara


Tudung manjalara ini pernah menjadi satu fenomena juga suatu masa dulu. Mula-mula keluar harga mahal giler. Tapi sekarang, orang dah tak pandang sangat dah tudung ni. Batu-batu kat tudung tu pun berevolusi. Macam-macam bentuk dan gaya ada. 

3. Tudung Bienda


Yang ni ala-ala gipsi gitu. Trademark anting-anting besar dan leher turtleneck untuk menutup leher.  Mungkin masa ni selendang mula diperkenalkan. Tapi fesyen macam ni tak ramai sangat gadis-gadis ikut, ntah kenapa ye?

4. Tudung Wardina


Kalau anda ingat lagi akan iklan sunsilk, masa tu Wardina mengenakan tudung. Masya Allah, cantiknya..maka semenjak itu, tudung Wardina pula mendapat tempat di hati si gadis. 

5. Tudung Wahida


Fenomena tudung Wahida tak kurang hebatnya. Masa ni 'awning' mula diperkenalkan. Salah satu penyelesaian kepada tudung yang selalu tidak menjadi/kemek di hadapan buat si gadis.

6. Tudung Ikin


Tudung Ikin juga menjadi fenomena yang tidak kurang hebatnya. Nampak elok je dengan muka dia. Diambah pula dengan lakonan Tiz Zaqyah yang mengenakan tudung sebegini dalam drama Nur Kasih. Lebih kemas dan praktikal.

7. Tudung Yuna


Pemakaian selendang atau shawls dalam bahasa omputihnya, kian mendapat tempat di hati gadis-gadis. Bermula dengan Yuna, gadis-gadis makin berani bereksperimen dengan shawls yang ada di pasaran. 

8. Tudung syria

Mudah dan ringkas.

9. Shawl bermanik di hujung (tak tahu nama sebenarnya apa)


Manik berjurai-jurai di hujung dan berwarna warni. Juga tidak perlu digosok kerana sudah sedia renyuk  begitu.

10. Shawl crumple


Yang ni hujungnya seperti itu (di dalam gambar). Silap-silap boleh jadi senjata oo..ketuk kepala orang pun sakit. Hehe. 

11. Pashmina


She's gorgeous! Siapa lagi kalau bukan Hana Tajima Simpson ini. Gaya pemakaian pashmina ala-ala Hana Tajima semakin menjadi trend si gadis. 

Jika dilihat dari senarai nombor 1 hingga 11, gaya pemakaian tudung si gadis bermacam-macam gaya sekarang ni. Daripada tudung kepada shawls. Daripada tiada corak kepada bercorak-corak dan pelbagai jenis material. Ditambah pula dengan aksesori-aksesori tambahan untuk melengkapkan gaya, si gadis semakin berani untuk mencuba pelbagai gaya baru. Walau apa sekalipun gaya bertudung si gadis, sama ada menutup aurat yang sepatutnya ataupun tidak, tepuk dada tanyalah selera masing-masing. 

Sekian.

P/S: Entri ini ditulis tidak bermaksud untuk mengguris hati mana-mana pihak. WA hanya ingin kongsikan berkenaan dengan trend pemakaian tudung sahaja dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak. Sumber gambar adalah dari Google. 

Wednesday, January 26, 2011

GEGAR BLOG SOALAN 4 (RM30 PREPAID)

Salam..


Try lagi!!
Berminat? Link

GEGAR BLOG SOALAN 3

Salam petang semua..

WA menyahut lagi cabaran soalan 3 yang tak kurang payahnya..


Jom join sekali?? Klik di sini.

GOOD LUCK!!

Tuesday, January 25, 2011

GEGAR BLOG SOALAN 2 BERNILAI RM50

Salam..alisya mencuba nasib..


1. Berapa jumlah bloglist dari mata hati?
15

2.Siapa follower ke-337 blog ini?
Abg eqbalzack.

3. Dah berapa lama owner blog berkawan dengan bff dia?
3 tahun, 6 bulan, 3 minggu dan 5 hari.

4. Cita-cita besar blogger ini?
Menjadi seorang novelis.

5. Bilakah segmen gegar blog ini dilancarkan?
19 Januari 2011

Sekian.

Monday, January 24, 2011

GEGAR BLOG SOALAN 1



Salam...jawapan untuk soalan 1:


1. NAMA BLOG: http://norazlina81.blogspot.com (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: eina (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: housewife (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: ~Jom gegar blog!!! With Ben Ashaari~ (Wardah Alisya)


2. NAMA BLOG:  http://hasrulhassan.blogspot.com (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: hasrul hassan (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: bekerja sendiri (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Jawapan - segmen GEGAR BLOG ben ashaari (Wardah Alisya)

3. NAMA BLOG: http://nailofarhazirah.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: nailofarhazirah (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: Student UTM (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Majlis cukur jambul dan aqiqah syifa' (part 1)a (Wardah Alisya)

4. NAMA BLOG: http://nizamk.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: cik niza (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: pelajar UPSI (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Aku dah tengok cite khurafat (Wardah Alisya)

5. NAMA BLOG: http://sakuraaida.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: cik fafa (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: Student USIM (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Jadi cikgu memasak! What a wonderful experience (Wardah Alisya)

6. NAMA BLOG: http://pabilajarijemarimenari.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: pabilajarijemarimenari (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: Pelajar UMS kampus KK (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: meeting lagi....!!! (Wardah Alisya)

7. NAMA BLOG: http://leenismail.blogspot.com/  (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: cik leen (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: pelajar Muar Nursing College (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Saya sayang dia (!) (Wardah Alisya)

8. NAMA BLOG: http://mstutustylo.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: cnen afi (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: pelajar tahun 2 UIAM. (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: penat ber'jenazah (Wardah Alisya)

9. NAMA BLOG: www.qasehdalia.com (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: qaseh dalia adelia (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: kerani (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Kenapa bersedih? (Wardah Alisya)

10. NAMA BLOG: http://sicomot-comel.blogspot.com (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: ummi kalsum (Wardah Alisya)
PEKERJAAN:  Lepasan SPM 2010 (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Blogger Cap Kopi Terkutuk!  (Wardah Alisya)


11. NAMA BLOG: http://sayangoh.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: mar.i.am (Wardah Alisya)



PEKERJAAN: student UM (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: jengjalan...jengjalan... (Wardah Alisya)

12. NAMA BLOG: http://hikayatdangnaddy.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: ~naddy~ (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: student USM (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: "terlekat depan tv, haiz" (Wardah Alisya)

13. NAMA BLOG: http://syu-zana.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: syuzana (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: student UNISZA (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: berhenti mengejut dari tempat LI (Wardah Alisya)

14. NAMA BLOG: http://nottygirlz.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: mizz farah  (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: student UPSI (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: award dari FARAH (Wardah Alisya)

15. NAMA BLOG: http://safiyahezora.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: silent thinker (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: student UPSI (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: surprise birthday untuk cik beary (Wardah Alisya)

16. NAMA BLOG: http://sitinoorsakinah.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: sakinah88 (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: Pelajar IPG kampus tengku ampuan afzan (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: trivia (Wardah Alisya)

17. NAMA BLOG: http://mama-papa-darwish.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: mama darwish (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: kerja dgn sesebuah syarikat (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: 1st Qisya book (Wardah Alisya)

18. NAMA BLOG: http://areyougudgirl.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: sensei_syieda (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: pelajar IPG tengku ampuan afzan (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: aci ork?? (Wardah Alisya)

19. NAMA BLOG: http://pembarisaku.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: AmalinaNorrezi (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: student UNIMAS (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: what your colour contest.? (Wardah Alisya)

20. NAMA BLOG: http://adybudika.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: Ady Budika (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: Kerja dgn media prima (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Blog saya nak domain! (Wardah Alisya)

21. NAMA BLOG:  http://papamama-cintasuci.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: ummi_khalish (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: surirumah (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Contest review blog kak ina kl com (Wardah Alisya)

22. NAMA BLOG: http://semanisepal90.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: 'Adilah Mohd Arifin (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: Student Utem (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Sila kuruskan blog anda (Wardah Alisya)

23. NAMA BLOG: http://chummycliche.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: mainur hasnah (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: student UPSI (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: midterm @_@ (Wardah Alisya)

24. NAMA BLOG: http://fara-lala.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: fara-lala (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: masih bersekolah (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Happy birthday giveaway (Wardah Alisya)

25. NAMA BLOG: http://bellamalek.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: Bella (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: pelajar UM (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Jika wanita = sensitif (Wardah Alisya)

26. NAMA BLOG: http://nisamenaip.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: Nisa A. (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: student UNISEL (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: Contest: money guess (Wardah Alisya)

27. NAMA BLOG: http://goldazone86.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: awangku johan (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: cikgu (sekolah di sabah) (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: buat nombor peserta tuk sukan sekolah (Wardah Alisya)

28. NAMA BLOG: http://adilahisharudin.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: anaMuslimah (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: pelajar UiTM Segamat (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: surat 'cinta' seorang suami (Wardah Alisya)

29. NAMA BLOG: http://manyusoef.blogspot.com/ (Wardah Alisya)
NAMA BLOGGER: man yusoef (Wardah Alisya)
PEKERJAAN: production operation executive (Wardah Alisya)
ENTRI TERAKHIR: kualiti atau kuantiti entry yang dipertaruhkan? (Wardah Alisya)


Jumlah semua blog yang dah digeledah semua 29 bagi menjawab soalan-soalan BA. Tapi sebenarnya lebih...disebabkan agak sukar bagi WA nak isikan ruangan pekerjaan, maka 29 sahaja yang termampu.

Sekian.

Jom gegar blog buat kepala aku bergegar!

Salam semua bloggers. Kepada blogger-blogger yang join segmen Ben Ashaari, Jom Gegar Blog pasti sudah tahu akan soalan 1 yang telah dikeluarkan oleh BA. Wow! Memang kasi kepala WA gegar. Kenapa? Kerana soalannya memang boleh menggegarkan kepala.

Soalan 1:
Senaraikan:

  • Nama blog
  • Nama blogger
  • Jika bekerja, tulis pekerjaannya
  • Jika pelajar U, di mana beliau belajar
  • Entri terakhir blogger tersebut
Boleh rujuk senarai nama GEGAR BLOG di sini.

P/S: Blog yang bakal diterjah semuanya berjumlah 714! Banyak giler. Good luck kepada semua yang join!

Saturday, January 22, 2011

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool

Salam semua,
WA telah ditag!

Jom join contest gambar tak nampak muka paling cool. Wah, macam-macam jenis contest sekarang ni yek. Dianjurkan oleh HadifaR_R. Tarikh tutup: 25 03 2011.


Gudluck to olls!

Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG!

Salam petang..

WA join segmen abg Ben lagi...


WA beratur panjang nak beli tiket..Huh..memang bergegar blog macam ni. Apa-apapun boleh klik sini untuk tahu lebih lanjut.
Pesanan penaja: Cepat sebelum terlambat!

Creative header competition!

Ucapan salam dan selamat kepada semua rakan bloggers sekalian. 

Tengah buat apa tu? Masa WA blogwalking tadi, WA terjumpa satu blog yang menganjurkan contest untuk mereka header blog. Apa yang menyebabkan WA tertarik untuk join contest ni ialah, tuan penganjur tu cakap, "Jangan takut untuk mencuba sebab mana tau anda bakal menjadi pemenang bertuah". Haa..betul-betul. Positive thinking! WA setuju sangat. Sebenarnya ini kali pertama WA join contest yang melibatkan design header. Mana taknya, header blog WA pun takde lah cantik sangat tapi untuk contest ni macam ada magnet je tarik. Hehe. Tak salah kan mencuba?


Untuk maklumat lanjut berkenaan contest ni, boleh klik sini. Pesanan tuan penganjur, yang penting kreatif dan authentic. Eh, macam pernah dengar je perkataan authentic tu??..rasa auhtentic mee sedap..hehe


Kepada Ziza (nama tuan penganjur contest)...terimalah rekaan header blog dari WA yang tak seberapa ni:


Tarikh tutup penyertaan: 31 Januari 2011.
Tag: loqman hakim


P/S: I hope you like it :)

Tolonglah ganti kain pelikat tu

Salam. Pertama sekali, entri kali ini WA bukanlah nak membebel atau memburuk-burukkan orang, tapi WA sekadar ingin memberi pandangan yang WA rasakan perlu untuk mereka-mereka yang berkenaan membuat sedikit perubahan.

Tengok tajuk tu? Kenapa dengan kain pelikat? Salah ke pakai kain pelikat? Kain pelikat dan lelaki memang tak dapat dipisahkan, macam perempuan dengan kain batik lah. Fair and square. Kain pelikat ni memang senang nak pakai, sarung dan kemaskan di pinggang. Cukup mudah, tak sampai 1 minit dah siap. Tapi, persoalannya di sini, salah ke pakai kain pelikat? Jawapan WA, tak salah...tapi boleh jadi salah sekiranya kain pelikat itu dipakai ketika keluar makan malam kat kedai tomyam. Adeh...kut ye pun tak menyempat, agak-agaklah cik abang nak keluar rumah pun. Kat tempat awam tu. Yelah, WA tahulah rumah sekangkang kera je dengan tempat makan, tapi kalau ye pun tukarlah kain tu pakai seluar. Kalau dah malas sangat, pakai seluar track pun ok apa? 

WA bukan apa, mungkin disebabkan WA dah terbiasa dengan peraturan "Dilarang memakai kain pelikat atau kain batik kecuali di bilik @ rumah masing-masing ". Tu kalau buat hal mau kena saman dengan pak guard. Kalau dari surau tu WA fahamlah. Ok lah, WA fikir positif kat sini. Mungkin cik abang tu baru balik sembahyang kat surau. Tu yang tak tukar tu. Tapi yang WA pelik tu selamber je satu family ni pakai baju tidur pergi  makan. Baik mak budak, baik bapak budak. Nasib baik tak pakai baju kelawar.

Source: Link, Credit: Dato Lat
Apa yang WA nak sampaikan kat sini ialah, walau sedekat mana pun rumah dengan tempat makan, pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan dan tempat. Banyak mata yang memandang. Tak gitu? Maaflah ye kalau entri WA kali ni ada buatkan sape-sape terasa. WA tiada niat nak buatkan anda berasa begitu. Sekian.

Saturday, January 15, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Salam dan hallu-hallu semua..

Petang-petang hari Sabtu nih jom kita join satu contest yang berkaitan dengan gambar hitam putih. Ingatkan gambar dulu-dulu jer hitam putih, tapi sekarang pun boleh buat gambar hitam putih dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, ye tak?


Boleh klik link untuk terjah ke blog penganjur. Hadiahnya lumayan taw. RM100 dan hadiah boleh dipilih oleh contestant tu sendiri. Wow! Menarik bukan? Haa...apa lagi, jom ramai-ramai join contest ni.

Okay, gambar hitam putih yang WA pertandingkan ialah ~~


Ha..bukan semua orang dapat peluang main buaian camtu. Haha. Kira sepatutnya dua orang budak yang dah besar panjang tu dah tak boleh main kat situ, tapi disebabkan gambar hitam-putih, ala-ala mengembalikan nostalgia masa kecik-kecik dulu la...boleh?

Okay, soalan yang WA puas fikir dari tadi. Kalau menang RM100 tu, nak hadiah apa? Hm...soalan yang tak ada dalam skema jawapan nih. Setelah difikir-fikirkan, WA lebih prefer bank in kan duit tu..dapat buat belanja masa praktikum nanti. Tapi kalau tuan penganjur nak beri dalam bentuk barang juga, bagi WA pashmina je lah. Boleh? (Gaya boleh menang je kan?) Hey, semua contestant ada chance okay!

Dengan ini, WA dengan senang hatinya mengajak: IntanKuTerpilih, miss lasagna, Bukan Photographer, Sunah Mohammad, dan Ijat untuk join contest ni.

Tarikh tutup penyertaan: 1 March 2011.
TQ.

Friday, January 14, 2011

Saya pelajar UPSI

Salam. 

Ye, WA pelajar UPSI..Universiti Pendidikan Sultan Idris.. Tapi kenapa orang selalu cakap Universiti Perguruan Sultan Idris..Pelik sungguh bunyinya..

Kenapa WA tiba-tiba expose belajar kat mana nih? Sebenarnya post kali ini ada bersangkut paut dengan satu segmen dalam Blog Pilihan Malaysia (BPM) iaitu segmen sahabat blogger: Universiti awam. Boleh terjah di sini.

WA adalah batch 2007/08 kos Pendidikan Sains (AT16) Fakulti Sains dan Teknologi...tapi sekarang dah tukar kepada Fakulti Sains dan Matematik. Dah tujuh semester dah bertapa kat bumi Tanjung Malim tu..sekarang dah semester 8...super senior dah. Hehe. Tak lama lagi praktikum.

Kalau nak cerita pengalaman, memang banyak sangat pengalaman sepanjang kat UPSI nih.. Pahit, manis, masam, masin semua ada.. Pengalaman manis banyak sangat terutama sekali masa WA sekelas pergi fieldtrip. Dalam sibuk-sibuk dengan assignment dan mini projek, sempat lagi pergi 'bercuti'. Tapi balik dari fieldtrip memang penatlah...

Entri-entri masa pergi fieltrip dulu pernah WA kongsikan dalam entri-entri lepas. Boleh klik mana yang berkenan:

Dalam banyak-banyak fieldtrip tu, dekat Kuala Gandah lah yang paling WA tak boleh lupa. Konon nak mandikan gajah, alih-alih gajah yang mandikan kita. Masa pergi tu Jihan tengah buat penggambaran lagi untuk program tv yang dekat ASTRO tuh..


Pengalaman pahit pun ada juga. Tapi yang tu WA simpan sendiri sajalah..Tapi semua tu dah jadi kenangan dah..Masing-masing akan bawa diri sendiri tak lama lagi. Lepas raya cina nanti WA dah mula praktikum..Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis belajar dah (tapi belum habis lagi taw).

Gambar kenangan bersama satu kelas:

Fieldtrip di Deerland
Gambar kenangan selepas tamat perasmian penutup minggu alam sekitar
Sekian.

Thursday, January 13, 2011

BLOGGER GEGARKAN 'U'

Salam dan hallu2..

Petang-petang ni WA join segmen Ben Ashaari khas buat pelajar-pelajar IPTA/IPTS tanpa mengira bidang.


1. Belajar mana? Jurusan? Tahun?
WA belajar kat UPSI..sapa lagi yang belajar kat UPSI angkat tangan! Kos Pendidikan Sains (AT16) major subjek Biologi..dah tahun akhir dah...lepas raya cina nanti insya-Allah akan mula praktikum. Doakan WA eh?

2. Asal mana? Umur?
WA asal Kuantan...tapi sekarang menetap di Johor Bahru. Umur? Alhamdulillah dah 22 tahun hidup kat muka bumi ni. Tak lama lagi masuklah 23 tahun (tua dah..)

3. Kenapa amek jurusan tu?
Hm..cita-cita asal WA sebenarnya nak jadi pensyarah..amek cikgu ni kira first step la nak jadi pensyarah tu. Tapi, bila dah pergi sekolah, seronok jugak mengajar. Layan budak-budak..Macam-macam perangai. So, cita-cita nak jadi pensyarah tu WA hold lah dulu (simpan dalam poket). Kalau ada rezeki, WA nak sambung masters, tapi buat masa ni, ngaja kat sekolah je la dulu..kutip pengalaman...

4. Cita-cita?
Kalau tengok kad 001 WA masa sekolah dulu pilihan 1: Pensyarah 2: Arkitek 3: Doktor
Haha..kecik-kecik kan...Main taram je semua. So, kalau tengokkan memang WA nak jadi pensyarah. Tapi buat degree education. Maknanya kena jadi cikgu lah..Ngaja jugak kan...

Salam kenal dari WA. Kepada yang dah start sem baru tu, selamat buat assignment! Hehe.

Wednesday, January 12, 2011

Good Friends Are Always Close To The Hearts

Salam..setelah 2 minggu ditag, akhirnya WA tunaikan juga hutang tag oleh IntanKuTerpilih. Bukan tak nak buat awal-awal memandangkan WA bukanlah orang yang layak untuk membuat review terhadap blog orang lain kerana blog WA sendiri serba kekurangan. Memandangkan telah ditag, WA tunaikan jugalah sebab ia semacam menghantui selagi WA tak buat..hehe.


Review ini hanyalah sekadar pandangan peribadi daripada WA sahaja...harap kak Hajar jangan ambil hati ye jikalau WA tersalah kata.

1. Apakah nama pena yang sesuai diberikan untuk blog IntanKuTerpilih?
Nama pena IntanKuTerpilih tu OK saja sebab WA sendiri menggunakan nama Wardah Alisya untuk sebagai ganti nama diri WA. Walaupun mula-mula tahu kak Hajar ada blog, tertanya-tanya juga kenapa IntanKuTerpilih? dan menyebabkan WA lebih nak panggil kak Intan daripada kak Hajar. Tetapi itu hak masing-masing, suka hati lah nak guna nama apa pun kan...

2. Apakah perunbahan yang perlu dibuat oleh blog IntanKuTerpilih?
Memandangkan kak Hajar telah menukar rumah barunya, maka WA rasa tiada apa-apa yang hendak dikomen sebab rumah baru ni lebih kemas dan tersusun berbanding dengan rumah yang sebelumnya. Header pun lawa. Simple but nice!

3. Apakah komen anda terhadap blog IntanKuTerpilih?
Komen WA, blog IntanKuTerpilih ni best je. Banyak juga info dan tips yang dikongsikan di samping entri-entri yang bersifat personal. Terdapat juga entri yang sangat informatif dan berguna untuk blogger yang baru nak aktif macam WA ni. Loading blog IntanKuTerpilih pun cepat. Lain-lain WA tak ada apa dah nak cakap.

Sekian.

p/s: fuhh...selesai juga buat tag ni..lainkali tag lagi ye..ahaks.

Sunday, January 9, 2011

Pause sekejap

...daripada blogwalking kerana memberi laluan kepada

ANUGERAH JUARA LAGU 25

Vote for Yuna and Faizal Tahir!

Love Live Life Green: Earth, Yes We Care

Salam hujung minggu kepada semua bloggers.
Apa khabar anda hari ini?

Okay, kali ini WA ingin bersama-sama support satu kempen yang telah dianjurkan oleh ThePotPetKing. Boleh klik sini untuk ke link. Kali ini tuan penganjur mengajak kita untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran kita terhadap alam semulajadi dan cara hidup 'hijau'.


Bagi WA sendiri, menjaga alam sekitar ni sememangnya penting sebab bumi yang kita duduki ini sudah terlalu tua. Lihat sahaja apa yang terjadi akibat perbuatan manusia sendiri. Antara langkah-langkah yang telah WA ambil dalam mengamalkan gaya hidup 'hijau' ialah WA seboleh-bolehnya tidak akan membuang sampah merata-rata seperti tisu, plastik air, gula-gula dan sebagainya. 

Selain itu, penggunaan polisterin juga akan seboleh-bolehnya WA elakkan tapi kalau tak boleh elak tu nak buat macam mana kan. Kalau kita pergi ke shopping complex pun, pada setiap hari Sabtu kita tidak akan dibekalkan dengan beg plastik. Dan kebiasaannya jika kita hendak menggunakan beg plastik juga, pasaraya akan bekalkan 'green bag', tapi kena bayar sikit lah..hehe. WA juga pernah ceritakan pasal greenbag pada entri lepas. Boleh klik sini.


Sebagai tanda WA menyokong kempen ini, WA telah buat satu gambar yang ala-ala banner di atas.


Jom ramai-ramai kita sokong kempen ini. Sayangi alam sekitar kita jika tidak generasi masa hadapan mungkin tidak dapat merasai keindahan alam seperti yang kita rasai masa kini.

Tag: Ijat, Dayah dan Hafiz

Sekian.

Saturday, January 8, 2011

Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway

Salam petang,
Kali ni WA nak join giveaway yang dibuat oleh saudara Izamir Ridzwan.


Nama pun pendrive giveaway kan..Jadi sudah semestinya hadiah itu ialah pendrive kan? kan?

Spesifikasi hadiah:
::Kingston Data Traveler 101 G2::
::4GB::

4 pemenang akan dipilih melalui random.org..
So, the lucky one akan dapatlah pendrive itu..

tag:

GOODLUCK TO ALLS!

Wednesday, January 5, 2011

Seratus lima puluh juta

Salam dan hallu semua...

Hari ini WA nak kongsikan satu lagu bebas (indie) yang WA dengar best je. Sempoi je. Sebenarnya lagu ni baru WA dengar bila adik WA tunjukkan video seorang budak perempuan main gitar nyanyi lagu ni...Boleh tahan..maka WA pun google dan terjumpa penyanyi asal lagu ni...dah jadi follower pun kat blog dia. Boleh klik sini.

Lirik lagu seratus lima puluh juta:

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

"Dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya

aku lagi kenal dia"

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

Di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

"Sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau salah nya saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua

saya kenal sayang saya"

Buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua



-FynnJamal-


p/s: Lirik lagu daripada blog FynnJamal. TQ.

Tuesday, January 4, 2011

Lucky Giveaway by Cik Dya

Salam dan hallu semua...

Apa khabar semua? WA harap semuanya sihat dan ceria-ceria lah ye di tahun baru ini..Sudah 2 hari WA tak update blog ni...Update2 je terus join GA...

Tunggu apa lagi? Jom kita join giveaway yang telah dianjurkan oleh cik Dya.


Hadiahnya berupa felt keychain untuk 12 orang yang bertuah tau.. Harap-harap lah WA antara orang yang bertuah tu...cabutan akan dibuat melalui random.org.. Okaylah tu kan..

Giveaway ini akan berakhir 25 Januari 2011. Jom join ramai-ramai.

Alisya nak tag follower baru WA lah:
1. kA
2. edean
3. simplemama

Terima kasih.