Saturday, June 11, 2011

Jozan tidak menghampakan dalam Maharaja Lawak minggu 11

Assalamualaikum buat semua bloggers!


Minggu ini menyaksikan sekali lagi lima kumpulan bersaing dalam Maharaja Lawak minggu ke-11 bagi meraih undian daripada para penonton. Bagi sesiapa yang menonton Maharaja Lawak di saluran Astro Warna pasti tidak kering gusi dengan gelagat lima peserta yang masih bertahan iaitu Jambu, R2, Sepah, Jozan dan Nabil. WA bukanlah peminat tegar Jozan tetapi lawak mereka pada minggu ini sangat tidak menghampakan. Memang pecah perut melihat gelagat Johan dan Zizan yang WA lihat sangat kreatif dalam berlawak. Dengan tv yang super besar dan yang paling WA tak boleh tahan masa Johan melakonkan aksi Hafiz dalam video klip Awan Nano. Serius lawak giler. Kumpulan Sepah juga tidak kurang hebatnya.


Tiada penyingkiran dibuat pada minggu ini dan WA ucapkan tahniah buat semua kumpulan. Pada minggu hadapan team Maharaja Lawak akan beraksi di Johor Bahru pula. Yeay! Tak sabar untuk tengok persembahan mereka pada minggu hadapan lebih-lebih lagi kumpulan Sepah (err..apa kes?)

Sekian sahaja alisya melaporkan untuk berita Wardah Alisya.

Peace yo!!

5 comments:

haffizmohdnoor said...

Jozan best.. tp kadang2 mcm sesat je lawak diorg haha

Apis dah masukkan dlm bloglist boleh tgk balik.. sori yer trlepas pndng.. thanks inform APis :D

Wardah alisya said...

Hafizz MohdNoor: Terima kasih..

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

Saya peminat Mael Lambuk !!

Wardah alisya said...

Bhaihaqi cool: Minat mail lambung ea...alisya minat sepah.hehe

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

Hahahaa , Bhai pn Minat Sepah ...
1 - Jozan
2 - Sepah
3 - Jambu
4 - Nabil