Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Malang tidak berbau. Itulah yang boleh saya katakan. Di rumah, boleh dikatakan dua minggu sekali akan ada seorang kakak datang untuk membantu membersihkan rumah. Nak dijadikan cerita, pagi tadi sampai sahaja di rumah dia terus mengutip sampah berupa daun-daun kering di luar rumah yang sebelum ini, perbuatan itu dilakukan akhir sekali setelah selesai semua kerja membersih di dalam rumah. Selain itu, kakak tersebut telah meng'offer'kan diri untuk membersihkan kipas dan lampu. Juga tidak terlintas di fikiran emak saya untuk menyuruhnya membuat kerja itu. Puasa-puasa ni, kita pun faham penat nak buat kerja.
Terdetik juga di dalam hati emak akan kelakuan kakak tersebut. Maka setelah selesai kakak tersebut membersihkan lampu, sewaktu hendak turun tangga, bedebukk! Bunyi benda jatuh diikuti dengan bunyi orang mengerang kesakitan. Ya Allah! Itu sahaja yang boleh diakatakan pada waktu itu. Mak segera bergegas turun dan membantu kakak tersebut dan kepalanya berdarah! Cemas juga ketika itu. Mak menjerit nama saya disuruh ambil kain tuala. Akibat terlalu panik, sampaikan kain lap tangan dapur saya ambil. Darah jangan cerita. Setelah berjaya mengurangkan darah yang keluar, waris kakak tersebut dihubungi dan setelah dipujuk, baru kakak tersebut bersetuju untuk dibawa ke hospital. Dan secara automatik saya yang kena mengemas rumah.
Penat jangan cerita. Saya pujuk hati dengan mengatakan Nabi SAW pernah berperang di bulan Ramadhan, inikan pula saya yang setakat vakum dan mengemop lantai. Di dalam rumah pula tu. Berbalik kepada kakak tadi, mak kata dia dikenakan 6 jahitan di kepala dan mujur, tulang selangkanya tidak patah. Kerana melihat kepada kesakitan kakak itu, dia seolah-olah jatuh mengiring. Sebab tiada seorang yang nampak bagaimana dia jatuh. Tahu-tahu sudah bedebuk di lantai.
Dugaan masa berpuasa Tuhan nak bagi. Bila Tuhan dah kata jadi, maka jadilah. Mujur tiada anggota badan kakak itu yang patah. Dugaan ketika sedang mencari rezeki yang halal. Semoga ibadah puasa pada hari ini diterima...aaamiinnn
2 comments:
hope akak tu okla..
@miZz_nizZ Insya Allah...dengan izin Allah, kakak tu boleh sembuh..
Post a Comment