Saturday, August 6, 2011

Pengalaman berpuasa di hostel

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Siapa pernah duduk asrama? Seronok kan... Tapi bila dah keluar asrama barulah rasa seronoknya. Masa dalam asrama rasa nak keluar je.. Tapi itulah manusia, tak pernah bersyukur dengan apa ada. Sebenarnya Alisya tulis entri ni sebab nak respon entri ini by iPai. Nak tulis kat ruangan komen, panjang berjela pulak jadinya nanti.


Alisya mula duduk asrama masa umur 14 tahun. Budak baru tingkatan 2 masa tu. Lepas PMR, masih lagi duduk di asrama. Tapi masa tu dah tukar sekolah. Yang Alisya nak cerita ni, pengalaman puasa masa tingkatan 4 dan 5 la. Dah jadi 'kakak' lah masa tu. 

Subuh
Bermula dengan bersahur, biasanya Alisya tak turun dewan makan. Malas. Selalu Alisya sahur kat dalam dorm je. Makan roti dengan kurma. Lepas sahur tu terus siap-siap mandi segala dan pergi surau. Masa ni memang sembahyang 5 waktu sehari semalam berjemaah. Lepas solat, bacaan al-Mathurat dan tadarus sekejap kalau sempat. Target bulan puasa nak khatamkan Quran. Lepastu sekolah sampai pukul 2.30 petang. Habis lambat sikit masa tu sebab kelas Alisya ambil subjek bahasa arab. 

Zuhur dan Asar
Habis waktu sekolah, solat Zuhur dan balik dorm rehat. Pastu sambung prep sampai 4.30 petang. Solat, dan lepastu riadah pulak. Fuhh, memang terkejar-kejar masa tu. Kelakar pulak bila ingat-ingat balik. Habis je riadah semua cepat-cepat pergi dewan makan (DM). Sebab nak 'chop' tempat. Kalau tak 'chop' DM penuh...pastu tak dapat makan sekali dengan geng-geng. Memang jelas perangai kebudak-budakan masa tu ye.


Maghrib
Lepas 'chop' tempat, kitorang siap-siap mandi dan kemudian beramai-ramai ke DM. Masa ni semua muka senyum je. Dah nak berbuka lah katakan. Oh, masa ni beratur panjang ambil makanan. Yang 'kakak-kakak' ni dah ambil makanan siap-siap lepas riadah. So, sampai DM terus pergi tempat duduk lah kan. Sementara tunggu azan, kitorang zikir ramai-ramai. Azan Maghrib je, akan ada seorang wakil baca doa dan alhamdulillah, berbuka dah.

Isyak dan terawih
Lepas berbuka, terus pergi surau untuk solat Maghrib dan kemudian sambung tadarus sampai Isyak. Solat Isyak dan tarawih. Masa ni boleh dikatakan dugaan hebat jugak. Sebab mata kuyu mengantuk. Jadi boleh faham-faham lah kan masa terawih tu macam mana. Habis terawih sambung prep malam pulak. Masa ni  lagilah. Boleh dikatakan ramai yang tersengguk-sengguk. Tak kurang jugak yang tidur terus. 

Bunyi je loceng terus balik dorm. Pukul 11 lights off. Dan rutin berulang kembali.

p/s: Haa kan dah berjela-jela panjang entri ini. 

6 comments:

H.J said...

rasa best je imbau kembali zaman dahulu kala..aha

Ashraf Jalil said...

time skolah xpernah dok asrama..cmbest je..:D

iPai said...

hee ... alisya, pengalaman yang menarik ...

sanggup ye lepas riadah nak chop tempat .. lg2 dah akak sangat ... hehe

haa, masa terawikh tuh mesti ngantuk kan ? agaknya sebab kepenatan student tuh macam berlebihan sedikit ..


apa2 pun thanx sebab share pengalaman kat asrama .. nanti tambah laa mana2 bahagian cerita asrama yg best ..

mesti ada orang nak baca .. macam asyraf jalil tuh

Alisya said...

@H.J yep..kenangan masa sekolah tak dapat dilupakan.

Alisya said...

@Ashraf Jalil alisya rasa seronok duduk asrama..macam2 pengalaman masam manis pahit kelat semua ada..

Alisya said...

@iPaithanks jugak sebab singgah blog alisya nih..

duduk asrama ni jadualnya padat..sebab tu bila malam je dah kepenatan..hihi