Friday, August 26, 2011

Tak sama rupanya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Aku baru perasan yang blog aku ni tak sama rupanya jika dibuka dengan browser yang berlainan. Alkesah pagi tadi aku tengok adik aku online menggunakan desktop rumah. Dia buka blog aku dan aku tengok eh..apsal lain rupanya nih? Browser yang digunakan ialah Internet Explore. Sila fokus pada anak panah berwarna merah.

Paparan menggunakan Internet Explorer
Gambar yang kedua pula menggunakan Google Chrome. 

Paparan menggunakan Google Chrome
Tulisan berbeza dan alignment "Wardah Alisya" juga tak sama. Mase edit blog ni, aku guna Google Chrome. Ingatkan samalah kan bila tengok guna browser lain. Rupa-rupanya tidak... Tak tahulah bagaimana rupa blog ni bila guna Mozilla pulak ya? Dulu pernah guna Mozilla, tapi sekarang setia pada yang satu. Chrome lagi best. 

So, aku nak mintak maaf la ya kalau view blog aku tengok nama senget benget ka, tak center ka..sebab view yang terbaik menggunakan Google Chrome. Yes! Pengguna browser lain jangan marah eh....

8 comments:

Anonymous said...

ak jarang guna google crome..x best

- abdul hadi abdul muti - said...

aik? saya pakai chrome, tapi kenapasaya punya view macam pakai ie? huhu

Wardah alisya said...

@sifu im browser apa yg lagi best?

Soul Seeker said...

setia kat chrome dari dulu sampai sekarang :)

Unknown said...

dalam mendesign blog atau website, antara perkara yang perlu diambil kira ialah web browser, jenis tulisan dan resolusi komputer..

bab web browser seperi yang diberitahu..

bab jenis tulisan pula..mungkin jenis tulisan yang kita gunakan ada di komputer kita tapi tiada di komputer lain..antara penyelesaiannya..menjadikan tulisan tersebut dalam bentuk imej

resolusi komputer juga main peranan..bagi resolusi 1024x768 agak berbeza hasil paparan dengan 2000x1024

Wardah alisya said...

@Faris Adli owh..begitu rupanya..terima kasih kerana sudi berkongsi info...

KinosKoko said...

aku x pkai chrome..x reti..haha

Anonymous said...

Saya tahu ini tidak tepat pada subjek , tetapi saya memiliki situs web menggunakan program yang sama juga dan saya mendapatkan masalah dengan komentar saya menampilkan . apakah ada pengaturan saya kurang? itu bisa dilakukan Anda dapat membantu saya keluar ? thanx .