Thursday, August 11, 2011

Tak sah kalau tak melencong tempat lain dulu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Hari ni selamat dah disuntik dengan vaksin HPV dos ke-2. Masih terasa sengal-sengal lagi tanganku ini. Wargh...kesakitannya sama macam masa suntikan vaksinasi Hepatitis B dulu. Tapi yang hep B tu lagi dahsyat la. Seminggu demam lepas suntikan tu. Tapi HPV alhamdulillah, tak demam-demam lepas suntikan pertama dulu. Tapi yang tak bestnya, yang kedua ni kena suntik kat tangan kiri..tangan yang dominan kot. Sebab aku kidal. Adeh..salah sendiri jugak tadi. Sampai-sampai je blur-blur terus duduk pergi inject. Tak terfikir pun nak tukar inject tangan kanan. Merana la tangan kiriku barang seminggu. So, untuk dos ke-3 pulak, satu bulan dari sekarang. Masa tu raya pulak. Insya Allah. 

Habis je sesi suntikan tu, sempat pulak melencong ke Harris ataupun orang panggil POPULAR. Dah alang-alang keluar kan...apa lagi. Sambil menyelam minum air lah. Ops..tak boleh minum, tebatal puasa nanti. Pusing-pusing dalam Harris tangan dah pegang buku Batu Bata Kehidupan oleh Hilal Asyraf. Padahal dah ada 2 buah buku kat tangan. Dilema, dilema. Ni kalau tambah lagi ni mau dekat seratus ni.

pic credit: LangitIlahi
Maka setelah berkira-kira dalam 30 saat, maka buku tersebut terpaksa aku lupakan buat seketika. Tapi aku ambil jugaklah majalah Solusi isu 34. Keluaran khas sempena Ramadhan dan Syawal. 

pic credit: solusi
Wah, belek-belek tengok ada checklist Ramadhan. Best-best. Tapi hari ni dah masuk hari ke-11. Takpe-takpe, belum terlambat lagi nak isi checklist tu. Siapa yang belum ada majalah ni lagi, baik pergi dapatkannya. Konpem tak rugi punyalah. Okay, cukuplah kot dulu. Daripada nak cerita pasal injection dah melalut promote buku pulakkan...
Selamat meneruskan ibadah puasa :)

4 comments:

Srikandi Cinta said...

saya dah dapatkan majalah tu.. memang tak rugi, banyak info yg fokus pada bulan Ramadhan ni.. semua isu keluaran solusi sangat best, sesuai dijadikan bahan rujukan kita :)

miZz_nizZ said...

hope tgn yg skit tu ok lek ek.=)

Wardah alisya said...

@Srikandi Cinta betul2..banyak info berguna dan sesuai dijadikan pedoman dan teladan buat kita semua..

Wardah alisya said...

@miZz_nizZ insya Allah..tapi ambil masa sedikit untuk elok..