Salam dan ucapan selamat kepada semua..
Mula-mula sekali senyum dulu :)
Kenapa?
Sebab WA akan mengimbau kembali kenangan semasa SPM dahulu dalam segmen kenangan waktu SPM oleh Bangku Kosong
WA amek SPM tahun 2005. Masa tu duduk asrama...terperuk di bumi Mersing dua tahun. Masa tu main friendster je..facebook takda lagi..nak telefon famili pun guna public phone je...sebab tak mampu nak ada handset lagi.
Ingat lagi masa tu, 24 jam mengadap buku..kecuali masa makan, solat, ke tandas, tidur...petang-petang pergi riadah pun still bawak note kecik-kecik lagi [takut punya pasal nak SPM]. Adik-adik junior semua dah balik kampung..sebab masa tu dah cuti sekolah. Tinggallah kami abang-abang dan kakak-kakak Tingkatan 5 sahaja bersama-sama dengan warden asrama.
Perbualan atau borak-borak masa tu tidak lain tidak bukan hanyalah berkaitan akademik sahaja...fuhh..hebat sungguh penangan nak SPM. Hari first exam, breakfast kat dewan makan agak special berbanding hari-hari biasa. Siap dengan telur separuh masak lagi yang mana sebelum ni makcik dewan makan tak pernah jamu kami dengan telur separuh masak..Special sungguh layanan yang diterima masa tu..Lepastu, kami berkumpul dekat dataran dan ketua pelajar akan bacakan doakan yang di'amin'kan oleh kami dan guru-guru yang bertugas. Berdebar tak perlu cerita. Dup dap dup dap. Tapi bila dah dapat kertas, alhamdulillah semua ok..
Seperti biasa, habis je paper macam-macam riak muka dapat dilihat. Riuh jangan cerita. Hehehe.. Balik je hostel, terus pergi public phone telefon mak cerita paper hari tu macam mana. Dan begitulah hari-hari berikutnya...Bila fikir-fikir balik, dah lama rupanya WA tinggalkan zaman sekolah...[dah tua rupanya aku] - Baru sedar ye. Begitulah serba sedikit kenanganku semasa SPM...
p/s: Sangat rindu kepada warga INTEM @ SMSSI...
p/s: Sangat rindu kepada warga INTEM @ SMSSI...
6 comments:
salam .. ulat buku ehh .. hehehe.. mesti score ni.
Terima kasih kerana join segmen.
wah!!! kenangan lalu kembali agi,.hihi,..
hasrul hassan: Wsalam...hehe, xde la ulat buku sangat..bila malas tu dah datang tolak tepi jgk buku tu..hehe..nanti buat segmen lagi ye :)
Dayat: Ye..jom imbau kembali kenangan dolu-dolu..hehe
lawa naa gambaq kerusi tu. hehe macam kat taiping ja?
fatynaia: lawa bangku tu tapi kena tanya en bangku kosong..hehe..
Post a Comment